Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Mei 26, 2017

Selamat Bersara...

Salam
Alhamdulilah...
Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack...
#selamatberehatdaritugas-tugaskeguruancikguZACK
#jasamutetapdikenang
#SelamatmenyambutRAMADANesok

Rabu, Mei 17, 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ianya adalah tarikh keramat 16 Mei 2017 /Selasa yang merupakan Sambutan Hari Guru. Rasanya kebanyakan sekolah di Malaysia ini meraikannya.

Terima Kasih kepada semua guruku yang telah mendidik diri ini sedari kecil sehinggalah sekarang.Semoga Allah sentiasa melindungi kalian dimana berada.aamiin.

Terima Kasih juga untuk anak-anak murid SKI yang telah memberiku hadiah dan doa..Semoga kalian sentiasa maju dalam diri dan menjadi murid yang berakhlak dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.

Dilampirkan foto program semalam :
Aktiviti : Ucapan dan Bacaan Perutusan,Ikrar dan Nyanyian Hari Guru,Pelancaran C-MATH@VLE,Penyerahan hadiah oleh murid kepada guru-guru,Sukaneka Guru,Penyampaian Hadiah,Persembahan guru dan murid serta Jamuan

 Selamat Hari Guru 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
#shh..ilovesahabatguruSKI
#gurupembinanegarabangsa
#selamatmajujya

Jumaat, Mei 12, 2017

Ceramah Isra' dan Mikraj peringkat SKI

Salam
dilampirkan program  hari ini anjuran panitia Pendidikan Islam.
Ceramah Isra' dan Mikraj 1438H
 Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Nurfadlina..
penghargaan terima kasih kami kepada penceramah jemputan:
#perjalananisramikrajygteragung
#jomtambahilmu

Selasa, Mei 09, 2017

Program Kesihatan Bulanan -Senamrobik

Salam
Seperti biasa...anjuran unit HEM..senamrobik setiap bulan...
#badansihatotakpuncergas
#selamatmajujayautk PKSR pertengahan tahun 2017

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...