Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Januari 15, 2017

Ladap : Pendidikan Abad 21

Salam
team bahasa Arab :Ustazah Aini,Ustazah Rina dan Ustazah Ida menerima cenderahati daripada GB atas pembentangan mikroteaching terbaik

Alhamdulilah,semalam 14.1.2017 telah diadakan Latihan dalam kumpulan yang bertajuk Pendidikan Abad 21.

Terdapat 4 Slot membincangkan berkaitan dengan pendidikan terkini dan diakhiri dengan pembentangan simulasi mikroteaching dan RPH matapelajaran oleh semua guru SKI mengikut subjek masing-masing...

Alhamdulilah, Tahniah untuk semua kumpulan atas pembentangan yang sangat memberi manfaat untuk saya dalam memantapkan kemahiran PdP di dalam kelas..Insha allah..

#selamatmajujaya

Khamis, Januari 12, 2017

Program Transformasi Diri Unit Bimbingan dan Kaunseling Tahun 6 2017

Salam

Sahabat yang dirahmati Allah,

Berlangsung pada hari ini program PTD Peringkat SKI di bawah selian Cikgu Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib selaku guru Kaunseling sekolah..


Semoga KECEMERLANGAN menjadi milik kami 6A UPSR Insha Allah ..aamiin

#selamatmajujaya
#journeyofdCHAMPION 6A UPSR 2017

Ahad, Januari 08, 2017

Perjuangan Bermula lagi...UPSR 2017

Salam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Dialog Prestasi guru-guru tahun 6 bersama ibu bapa pada 6 Jan 2017/Jumaat di Dewan Rafulin SK Ijok

Alhamdulilah dan Selawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad alaihissalam dan keluarga baginda..

ucapan GB
 ucapan Tn Mejar Kamaruddin (wakil PIBG SKI)

Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang diberikan kapada hambamu ini...sekali lagi saya diberi peluang untuk menerajui perjuangan anak-anak CHAMPION dalam skuad Kecemerlangan UPSR 2017.

satu lagi cabaran dan tugas berat untuk digalas olehku...namun atas rasa ingin melihat bangsa ISLAM ku maju kehadapan akan ku teruskan dan sahut mengikut kemampuan diri..Insha Allah..Semoga Allah membantuku..

Terima kasih pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan kepada ku..
guru-guru yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak Cemerlang tahun 6 2017

Semoga Kecemerlangan yang dirancang untuk  anak-anak UPSR tahun 2017 ini menjadi kenyataan dan kemenjadian murid kearah insan yang cemerlang dalam akademik dan cemerlang dalam akhlak dapat di realisasikan dan diterbitkan.

#journeyofdchampion 6A UPSR 2017
#gurukelas6USMdanmerangkapSETIAUSAHAthn 6
#selamatmajujaya

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...