Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, November 17, 2017

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam
Bismillahiwalhamdulilah.
Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017.
Kelas 6 USM
Pelbagai cabaran yang kami lalui bersama dalam menyusuri 'Journey of the Champion 6A UPSR'.
Kelas 6 UIAM
Semoga anak-anak tahun 6 2017 ini menjadi insan soleh dan solehah dunia dan akhirat.aamiin.
#BestofLuckUPSR2017
#Bye..anak-anakustazahthn62017

Rabu, November 15, 2017

KBS dan KCJ Peringkat Daerah Kuala Selangor 2017

Salam

BismillahiwalAlhamdulilah.

Pada 13-14 November 2017 di Warisan Sembilang & Training Center,Jeram,Selangor telah diadakan Program Kem Bestari Solat dan Kem Cemerlang Jawi khusus untuk anak-anak murid yang bersekolah rendah di daerah Kuala Selangor.

Alhamdulilah,saya berpeluang untuk menjadi salah seorang Urus setia bagi kem ini sebagai Penolong Penyelaras KCJ.Walaupun pada hari kedua kem ini saya terpaksa mengundurkan diri atas komitmen pada 'core bisness'  saya iaitu program dakwah yang berlangsung pada hari kedua iaitu pada 14 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor.

Namun, Tahniah pada team JK KBS dan KCJ kerana dapat melaksanakan kedua-dua kem ini dengan jayanya dengan kehadiran peserta tahun4 dan 5 yang seramai 163 orang murid.

Terima Kasih kepada Unit Program j-QAF,PPD Kuala Selangor dan semua pihak yang telah bersama-sama melaksanakannya dengan lancar.
Semoga KBS dan KCJ ini dapat memberi manfaat buat anak-anak murid SR daerah Kuala Selangor dan dapat melaksanakan ibadah solat dengan sempurna keranaNYA juga buta Jawi dapat dikurangkan.

#sayasukasolatdanbelajarjawi
#selamatmajujaya

Jumaat, November 10, 2017

Jamuan tahun 6 2017

Salam

Bismillahiwalhamdulilah..
Alhamdulilah,hari ini berlangsung jamuan akhir tahun bagi murid-murid tahun 6 2017.Majlis berjalan lancar hingga ke akhirnya.Terima kasih kepada semua warga SKI yang telah berusaha keras sepanjang perjalanan anak-anak tahun 6 ini dalam menyusuri Kecemerlangan dalam bidang Akademik dan Sahsiah diri..Terutama team guru  tahun 6 2017.

Antara aktiviti yang dijalankan : Bacaan doa,Ucapan Wakil murid tahun 6,Ucapan Penyelaras tahun 6,Ucapan GB,Ucapan NYDP PIBG,Persembahan Montaj dan Penyampaian hadiah kepada semua guru dan murid yang telah menyertai program PASCA UPSR 2017 serta Jamuan Makanan Kesyukuran tahun 6 diselitkan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada murid.

paparan sebahagian foto terindah tadi :
anak-anak kelas 6 UIAM
anak-anak kelas 6 USM
Alhamdulilah..nikmat makanan dari Allah dirasai bersama ..
Barisan team guru tahun 6 dan JK PIBG yang sangat dedikasi..Alhamdulilah...dapat bekerjasama dengan mereka di sepanjang 'Journey of the Champion' 6 A UPSR :
Barisan Pendidik SKI yang sentiasa membantu dan bekerjasama dengan kami unit Kecemerlangan UPSR 2017 ;
Alhamdulilah..Terima Kasih semua..
bergambar bersama sahabat-sahabat guru yang hebat 

Semoga Kecemerlangan UPSR pada tahun ini dapat berkelipan cahayanya nanti..
Insha Allah
#journeyoftheCHAMPION 6A UPSR
#selamatmajujaya

Isnin, November 06, 2017

Rombongan Sekolah ke Negeri Pahang

Salam

BismillahiwalAlhamdulilah

Hari Sabtu
4.11.2017
Rombongan Sekolah

 bersama sahabat baik cikgu Nik

#alhamdulilahprogramberjalanlancar
#hilangkanstresssekejap jala-jalanMalaysia

Jumaat, November 03, 2017

Tahniah!! Cikgu Nik...

Salam..
Alhamdulilah..hari ini meraikan kenduri kesyukuran buat sahabat baik ku ..cikgu Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib dan suaminya di SKI..

Tahniah sahabatku...BarakaAllahulakuma bilkhairi..........aamiin..
Semoga Bahagia ke Syurga..
Sayang selalu my fren..

#ainititiancinta
#rasamacamnakkahwinlapulak

Khamis, November 02, 2017

Aktiviti Pasca UPSR (Unit Bahasa Arab) 2017

Salam

Bismillahiwalhamdulilah

Alhamdulilah,hari ini diteruskan lagi Aktiviti Pasca UPSR ..kali ini giliran unit Bahasa Arab pula...

Aktivitinya ialah membina lukisan Skrap dalam Bahasa Arab mengikut kumpulan..
Syukran anak-anak ustazah yang telah berusaha keras dalam menghasilkan lukisan skrap yang terbaik....

#sayasukabelajarBAHASAARAB
#jomberbahasaArab

Sabtu, Oktober 28, 2017

JU NKIW ZON TENGAH KPM 2017

Salam

Bismillahiwalhamdulilah..

Alhamdulilah...tulisan ku pada kali ini lebih terarah dalam meluahkan rasa bahagia dan bersyukur dapat bekerjasama dengan sahabat-sahabat Jurulatih Dakwah Selangor yang sangat komited dalam tanggungjawab masing-masing.Pada kali ini program yang telah berlangsung ialah NKIW Zon Tengah di Nur Laman Bestari,Ulu Yam Selangor.

Biar foto-foto ini berbicara...Terima Kasih Ya ALLAH.
Semoga Allah merahmati dan memberi kekuatan kepada kami dalam melebarkan dakwah Islam yang sebenar kepada anak bangsa kami..aamiin
#nkiwOKT2017

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...