Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Julai 30, 2016

Kalam Jamaii Negeri Selangor 2016

Salam.
Alhamdulilah,hari ini saya diberikan peluang sebagai hakim untuk menghakimi dalam acara persembahan Kalam Jamaii bagi peringkat Negeri Selangor 2016 yang diadakan di SMK (P) Sri Aman ,Petaling Jaya, Selangor.
Alhamdulilah, terima kasih kepada JPS atas peluang yang diberikan itu.Sesungguhnya banyak perubahan telah dapat dilihat oleh saya kepada semua daerah dalam pemantapan item-item bagi acara Kalam Jamaii bahasa Arab.

Tahniah kepada daerah Klang yang telah berjaya untuk mewakili Negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan yang akan di adakan pada bulan Ogos depan.

Tahniah juga kepada daerah Kuala Selangor yang mendapat Naib Johan bagi tahun 2016 ini.Alhamdulilah... Insha allah tahun depan kita cuba lagi ye ke arah mendapat gelaran sebagai Juara.
#terimakasihsahabathakimsemua
#selamatmajujayayangberjaya
#jommeriahkankalamjamaiiARAB

Jumaat, Julai 22, 2016

Selamat Hari Raya 2016

Salam

Aktiviti : Bacaan Yaasin dan Tahlil/Ucapan GB/Penyampaian Cenderahati BAKSI/Takbir Raya/Tayangan Video Hari Raya/Jamuan Raya

Dilampirkan

Hari Kemenangan  by Siti Nurhaliza

Dilangit dibumi bertasbih
Memuji kebesaran
Mengalir air mata ini
Sedari keagungan
Maha Esa...

Jendela dan pintu di hati
Terbuka seluasnya
Memohon meminta menanti
Keampunan dari-Nya

Berseru bersahutlah kita semua
Bersyukur bertahmidlah kepada-Nya
Doa dan tangisan merayu
Merayu keampunan

Oh.. oh... oh...

Inilah hari kemenangan
Inilah hari keberkatan
Sebulan kita berpuasa
Menewaskan semua godaan

Inilah hari keampunan
Inilah hari kemaafan
Antara kita dan Yang Esa
Juga kita sesama insan

#sukasangatlaguini  ALLAHUKBAR sungguhindahmelodinya
 
#selamatharirayaAidilfitriMaafZahirBatin2016
#alhamdulilahkenyangmenikmatijuadahHARIRAYA

Rabu, Julai 20, 2016

Mahrajan j-QAF (KALAM JAMAII) Daerah Kuala Selangor 2016

Salam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulilah,hari ini saya bersama team hakim acara Kalam Jamaii Daerah Kuala Selangor telah menghakimi Mahrajan j-QAF 2016 di SK Bukit Badong. Bahagian penghakiman bagi acara ini ialah dari segi Suara, Isi , Persembahan dan Bahasa.
Alhamdulilah,pencarian kami telah dapat dicari bagi mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 30 Julai 2016 yang bertempat di Daerah Petaling Utama. Tahniah kepada sekolah yang telah mendapat tempat Pertama dan Usaha lagi untuk sekolah-sekolah yang tidak berjaya.Apa-apa pun, bagi saya semua sekolah yang telah menyertai tadi adalah terbaik dikalangan yang terhebat.

Detail Mahrajan j-QAF seperti berikut :
 - Nama program : Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaii) sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Kuala Selangor
-Tarikh: 20 Julai 2016/15 Syawal 1437H
-Hari : Rabu
-Tempat : Dewan Rafulin,SK Bukit Badong
-Anjuran : PPD Kuala Selangor ( Unit Pendidikan Islam)
-Hakim : Ustaz Abdul Aziz Mudakir,Ustaz Mohd Razali Abdullah Sani,Ustazah Norulaini Mohd Nawi,Ustazah Nor Azian Yaakob dan Ustazah Nur Fadlina Abdullah)
-Sekolah yang menyertai : SK Parit Empat,SK Parit Serong,SK Bandar Baru,SK Bukit Badong,SK Dato Maharajalela,SK Puncak Alam 2 dan SK Saujana Utama)

Lampiran foto acara Kalam Jamaii :
Taklimat syarat-syarat pertandingan oleh Ketua Hakim : Ustaz Abdul Aziz Mudakir

 Kumpulan 1
 Kumpulan 2
Kumpulan 3
 Kumpulan 4
 Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7

Tahniah sekolah yang telah berjaya!!! Alhamdulilah
Barisan Hakim yang Arif lagi Saksama.
#Tahniahsemuasekolah-sekolahyangbertanding
#Terimakasihbarisanhakimyanghebatdalampenilaianmasing-masing
#SelamatmajujayakeperingkatNegerinanti
#Jomberkalamjamaii

Isnin, Julai 18, 2016

Selamat Bersara Pn Mainah bt Ahmad

Salam

#selamatbersarakakMainah
#kamisayangkakmainah
#semogaberjumpalagi

KBDH Siri 3 2016

Salam

Berakhir sudah Kem Bersama Di Hati Siri 3 yang telah diadakan pada 15-16 Julai 2016 (Jumaat - Sabtu) yang melibatkan semua murid tahun 6 2016.

Alhamdulilah, satu amanah besar yang dipikul oleh saya selaku Pengurus Program KBDH 2016 yang telah berjaya diselesaikan dengan sempurna.

Terima kasih team KBDH dan semua warga SKI dan PIBG yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini dari siri 1 sehingga siri 3.

Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anak-anak murid tahun 6 2016.

#journeyofthechampion 6 A UPSR INSHA ALLAH
#selamatmajujaya


Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...