Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Februari 27, 2016

Mesyuarat Agung PIBG ke 41 2016

Salam.
Alhamdulilah...
Malam ini sedang berlangsung acara di atas..
Pada kali ini ia telah dirasmikan oleh yb dato hj Irmohizam bin hj Ibrahim (ahli parlimen kuala selangor)
Semoga semuanya berjalan lancar dan kesepakatan antara warga pendidik dan ibu bapa terjalin erat demi kecemerlangan anak-anak IJOK.insya allah.

Selamat maju jaya

Rabu, Februari 17, 2016

Program Motivasi Pembangunan Sahsiah Diri Murid thn 6 2016

Salam

Alhamdulilah,semalam telah diadakan motivasi diri khusus untuk murid-murid tahun 6 dalam persediaan menghadapi Peperiksaan UPSR..

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya terutama pihak penganjur UBK bersama AJK Program ELIT UPSR 2016.

Terima Kasih kepada penceramah jemputan cikgu Nor Azra bt Amzar dari SK Dato' Maharajalela yang telah sudi memberi ceramah motivasi kepada anak-anak kami.Moga ianya memberi satu inspirasi baik kepada mereka.Insha Allah
Terima Kasih

Sasaran 6A,INSYA ALLAH

Khamis, Februari 04, 2016

LADAP Siri 1/2016 (Budaya Kerja Cemerlang)

Salam.
Alhamdulilah,petang semalam jam 2.30 petang , sekolah kami didatangi oleh ketua pengarah pendidikan Selangor iaitu Encik mohammad Zainureen bin hj Mohd Nor.
Alhamdulilah..satu lagi ilmu bermanfaat yang kami peroleh dalam menjadi seorang pendidik yang hebat di mata anak murid.insya allah.
Terima kasih pengarah kerana berkongsi ilmu dan rasa bersama kami...
Bergambar  bersama..
 Pesanan ketua pengarah..
Semoga Berjaya SKI 2016

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...