Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Oktober 17, 2015

Kem cemerlang jawi peringkat sekolah 2015

Salam sahabat yang di rahmati Allah.
Alhamdulilah..hari ini telah diadakan KCJ bagi semua murid terpilih tahun 2—6 peringkat sekolah.

 Terima kasih team PPI yang telah berjaya membimbing anak—anak terpilih ini.

Semoga mereka dapat memanfaatkan dan menguasai beberapa kemahiran jawi itu tadi.(Shafawi huruf jawi, bacaan huruf tunggal, menulis dan menyambung huruf jawi, dan ujian jawi)

Huruf Tolak: AVU ZAR ZAD

Selamat maju jaya


Rabu, Oktober 07, 2015

Kbs siri 2 (solat jenazah)

Salam.

Kesinambungan kbs siri 2 untuk tahun 6.
Solat jenazah
 

`Ke  arah ibadah solat yang sempurna`

Sabtu, Oktober 03, 2015

Kem Bestari Solat Siri 2/2015

Salam

Alhamdulilah, semalam adalah program terakhir Aktiviti Minggu Panitia Pendidikan Islam iaitu Program KBS SIRI 2/2015.Ini adalah program di bawah seliaan saya yang mana pada kali ini saya melibatkan tenaga kerja semua warga pendidik SKI dengan kumpulan sasaran semua murid Islam daripada tahun 1-6.

Alhamdulilah,aktiviti yang dirancang berjalan baik walaupun untuk aktiviti tahun 6 terpaksa saya tangguhkan dahulu kerana pada minggu ini mereka masih dalam suasana peperiksaan sekolah rendah Agama.

Tak perlu dicoret panjang-panjang, sekadar foto kenangan untuk ditatapi bersama :
Taklimat dan Ulangkaji Solat oleh ustazah Norulaini Mohd Nawi

Slot 1 ( tahap 1 ) : Teori dan Amali Wudhuk
dan ( tahap 2 ) : Sujud Sahwi / Kedudukan Imam dan Makmum / Tayammum

 Kumpulan di bawah seliaan Ustaz Shamsudin bin Che Hussin
Kumpulan di bawah seliaan Ustaz Mohd Helmi bin Abdul Rahman dan 
Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh
Kumpulan dibawah seliaan Ustazah RinaIryani bt Ahmad dan Ustazah Ros Idawati bt Manaf 
Kumpulan dibawah seliaan Ustazah Najihah bt Saharoni
Kumpulan dibawah seliaan Ustazah Nor Anizah bt Jaini dan Ustazah Rosiyah bt Hakim
Kumpulan dibawah seliaan Ustaz Mohd Yusof bin Lazim

Suasana Amali Wudhuk :

Suasana amali Kedudukan dalam solat dan Tayyammum:

Slot 2 : Semakan Buku rekod SOLAT


Murid-murid yang berjaya menyempurnakan dan melengkapkan buku rekod pelaksanaan solat mereka akan diberikan hadiah penghargaan atas keprihatinan menanda tanpa jemu (Setiap kelas hanya 5 pemenang sahaja)...TAHNIAH

dan ini mereka yang tidak prihatin ( telah di denda oleh ustazah Aini untuk pengajaran semua murid)

Tidak dilupa sedikit pemberiaan 'JAJAN'  untuk semua murid tahun 1 sebagai motivasi untuk menarik mereka datang ke KBS pada masa hadaapan.Insya ALLAH.

Candid...
 
TERIMA KASIH semua yang telah menjayakan program KBS Siri 2 ini.Semoga semua murid dan warga Pendidik mendapat manfaat daripadanya. Mohon maaf atas segala kekurangan.
 Kita berjumpa untuk KBS pada tahun hadapan Insya-Allah. 


"KE ARAH IBADAH SOLAT YANG SEMPURNA"


Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...