Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Julai 31, 2015

EIDULFITRI 2015 ( SKI )

Salam

Salam eidulfitri 2015/1436H
Warga SK Ijok 2015

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya 2015
Bacaan Yaasiin
Ucapan aluan pihak penganjur BAKSI
 Ucapan Oleh GB
Keceriaan Wajah Murid-murid SKI
Pesta kemenangan yang disambut dengan penuh kesederhanaan..
Terima Kasih Ya Allah atas rezeki yang ENGKAU berikan kepada kami.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Warga pendidik SKI

Selasa, Julai 28, 2015

Perkhemahan Kokurikulum 2015

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulilah, pada 24-26 Julai 2015 (Jumaat-Ahad) telah berlangsung sudah program perkhemahan unit beruniform SKI bagi sesi 2015 di Kem Wira Jaya,Sungai Congkak, Selangor.

Alhamdulilah,satu pengalaman baru buat saya dalam mendalami ilmu perkhemahan Unit Beruniform Kokurikulum.

Aktiviti : Taklimat keselamatan/Kawad/Ice Breaking/jungle Tracking/Servivor/Mengenali Alam/Dinamika Games/Aktiviti Sungai/Slot Remaja/Night Walk/Khidmat Diri/Penutupan Program

Paling penting ada pulak diselitkan dengan satu slot daripada saya...Jurulatih yang tak berapa handal ni...alhamdulilah...slot yang berjalan dengan baik dan lancar...
Terima Kasih sahabat-sahabat cikgu yang sudi membantu saya iaitu Cikgu Nik, Cikgu Marieyanti dan Cikgu Syuhaira..THANKS ..Moga Allah Membalas sumbangan yang telah diberikan oleh kalian...
 Cikgu Ti,Cikgu Syu dan Cikgu Nik...I love you all..
Keceriaan Wajah Cikgu yang hadir...
dari saya :
Selamat Maju Jaya

Jumaat, Julai 17, 2015

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...