Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Mac 13, 2015

NKI SMKA/SMK/SABK Peringkat Negeri Selangor 2015

Salam

Alhamdulilah...selesai sudah program JPS yang telah berlangsung selama 3 hari bermula hari selasa sehingga khamis -10-12 MAC -2015 di kem Tekali,Hulu Langat Selangor..

Allahuakbar...Alhamdulilah satu pengalaman yang hebat dan sedikit memenatkan,namun saya gembira kerana dapat meneruskan usaha kecil dalam bidang dakwah Islamiah.
Terima Kasih saya ucapkan kepada Pihak SPI,JPS dan Jurulatih-jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam Negeri Selangor yang telah banyak menunjuk ajar kepada saya dalam kerja-kerja kejurulatihan ini..

Sedikit foto di sana :--
 Acara penutupan :

Semoga Berjaya kontigen kita pada bulan hadapan bagi KEM NKI PERINGKAT KEBANGSAAN SMKA 2015


SELAMAT MAJU JAYA

TAHNIAH Peserta MTQSS SKI 2015

Assalamualaikum

Sahabat yang dirahmati Allah semua,


Alhamdulilah...sekali lagi dapat juga kami 2 kejayaan dalam pertandingan MTQSS Peringkat Zon Bestari Jaya pada hari Rabu (11 Mac 2015) di SK Desa Aman dalam acara Tilawah al-quran dan hafazan

Tahniah kepada peserta-peserta SKI terutama kepada
Muhammad Adib Fazizi bin Norjaeman (Acara tilawah al-quran) dan Muhammad Amir bin Kamarudin (Acara Hafazan).

Yang tidak berjaya tu kita usaha lagi untuk tahun hadapan ya...

Terima kasih kepada team Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF...serta tak lupa kepada warga SKI ..terima kasih atas sokongan kalian...

Semoga kejayaan akan sentiasa bersama kita diiringi dengan rahmat Allah ..

Semoga berjaya.

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...