Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Disember 04, 2015

Catatan konvensyen kenegaraan pendidikan kebangsaan 2015

Catatan ku : Program Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Kebangsaan 2/ 2015

Salam.

27 November 2015  (Jumaat) – pada jam 4.00 petang,saya menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali, dan rupa-rupanya ia daripada panggilan Encik Maarof (PPD Kuala Selangor) yang memanggil saya untuk berbincang menjadi salah seorang wakil guru j-QAF Daerah Kuala Selangor untuk pergi ke program di atas, dan pada masa yang sama meminta saya mencari kawan yang se j-QAF dengan saya untuk terlibat sama.Aduhai!!! satu permintaan yang agak kelam kabut juga saya dibuatnya dan terus lah saya menghubungi beberapa teman rapat yang boleh menyertai bersama-sama saya.
Pada masa itu juga saya memohon en Maarof agar dapat memberikan saya nombor rakan-rakan lain yang terlibat untuk program itu sebagai menunjuk jalan saya menuju  ke tempat Konvensyen iaitu : A Farmosa Resort,Melaka.

01 Disember 2015 (Selasa) – pada jam 12.00 tengah hari saya bersama rakan se j-QAF iaitu Adik Shiba bersaing bersama Pn Zulimah (Penolong PPD Kuala Selangor) dan Adik Aisyah (GM1M) bergerak menuju ke tempat Konvensyen. Alhamdulilah,perjalanan kami selamat tiba di sana walaupun di pertengahan jalan kami menempuh hujan yang sangat lebat yang tak Nampak jalannya...Allahu rabbi..terima kasih kerana Engkau Melindungi kami.

Sampai ke A Famosa Resort,Melaka pada jam 3.00 petang.Kami terus ke bahagian pendaftaran untuk check in penginapan. Saya bersama adik Shiba duduk bersama di Apartment 2A yang menyediakan 2 buah bilik. Alhamdulilah , disana saya mendapat teman serumah baharu iaitu seorang GPK (Kak Wan) dan seorang GB (Kak Aida) .

Pada jam 8.30 malam ,kami bergegas ke Dewan Istana bagi mendengar taklimat Urus setia Program yang menerangkan kepada kami mengenai penginapan,pendaftaran,dan atur cara program untuk hari kedua dan lain-lain.

02 Disember 2015 (Rabu) – Maka bermula lah perjalanan Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Kebangsaan Kali ke dua ,2015 dengan tema nya SEHATI SEJIWA : Peranan Pendidikan Kenegaraan dalam Menjamin Keharmonian dan Kelangsungan Negara Bangsa,anjuran Institut Aminuddin Baki dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kehadiran sasaran peserta 1000 orang yang terdiri daripada Guru Besar/Pengetua/GPK/Guru Kaunseling/GM1M/2 Orang guru j-QAF/Guru Mursyid.

8.30 pagi – Kedewan Istana menantikan kehadiran perasmi jemputan iaitu YB Dato’Seri Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia).Antara intipati ucapan beliau : Peranan Pendidik dalam melahirkan generasi yang unggul dan beradab,mendukung anjakan PPPM demi merialisasikan transformasi pendidikan dan sanggup menghadapi perubahan dalam transformasi pendidikan dengan gigih dan berani. Beliau juga mengharapkan agar pendidik mendapat kegembiraan dalam bertugas,memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan dan ada sikap keterbukaan dalam menjalankan tugas dan mendapat kebajikan.

Pada jam 11.00 pagi – Sesi Pembentangan 1 “Matlamat Negara Bangsa Malaysia” oleh YBHG Prof Dr Mansor bin Mohd Noor (Majlis Profesor Negara). Beliau menerangkan tentang kajian beliau iaitu Negara Malaysia masih diduduki oleh Masyarakat yang Baik namun akan berpaling kepada materialistik jika itu mendatangkan keuntungan kepada meraka .beliau juga memberikan taklimat kapada kami mengenai perihal Negara bangsa iaitu Negara migran dn Negara tamu. Malaysia dikategorikan sebagai Negara Bangsa Watan. Malaysia sekarang adalah Negara Industri,kelas Menengah dan ada perbandaran tersendiri.Setiap 10 tahun Negara akan berubah dri segi etnik,budaya,identity dan kelas. Beliau juga menyeru agar kita dapat meningkatkan pengetahuan mengenai pembentukan Negara Bangsa dan pembangunan Negara.

12.00 tengah hari – Sesi Pembentangan 2 “Kesan Politik Antarabangsa ke Atas Malaysia” oleh YBHG Dr Chandra Muzafar (Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST) ). Beliau membahagikan pembentangan beliau kepada 3 aspek yang utama iaitu pertama kesan pergolakan di Asia Barat dan Afrika Utara, kedua kesan penaklukan di Laut China Selatan dan Utara dan ketiga Kesan Penganas. Sesungguhnya, penerangan beliau sangat berfakta dan mengesa agar warga pendidik perlu mempunyai pengetahuan yang dalam dam luas untuk membina Negara bangsa.

2.30 petang – Selingan persembahan PUISI Perjuangan.

2.50 petang – Forum
- Ancaman Keselamatan Negara oleh YDH SUPT Ahmad Norisham bin Ma’arus (Cawangan Khas PDRM),Beliau memberitahu kami mengenai ancaman bahaya kini iaitu datangnya daripada gerakan Syiah, Kumpulan Militan (IS) dan Pelampau Agama (Maunah,anggota JI). Punca keganasan itu berlaku kerana taksub kepada Pemimpin,Ikrar taat setia kepada kumpulan, Ayat Quran disalah tafsirkan sewenang-wenangnya. Oleh itu, antara pencegahan yang dibuat adalah melalui akta perundangan ,fatwa kebangsaan di utuhkan dan lain-lain lagi
-Hak Asasi Kemanusiaan oleh YBHG Prof Madya Shamrahayu bt A.Aziz (Felo utama IKIM). Beliau menerangkan tentang definisi Hak Asasi manusia yang sepatutnya diikuti.
-Taklimat oleh YBHG Prof Madya Dr Roslan bin Mohd Nor (Akademi Pengajian Islam UM).Beliau member penerangan tentang kewujudan kumpulan yang salah mempergunakan nama Hak Asasi Kemanusiaan untuk kepentingan mereka sebagai contoh LGBT dan lain-lain lagi.

5.00 petang – Rumusan/Resolusi oleh YBHG Puan Hajah Serina bt Sauni (Pengarah IAB)

3 Disember 2015 (Khamis ) – Perjalanan Pulang

SEHATI SEJIWA :
 Peranan Pendidikan Kenegaraan dalam Menjamin Keharmonian dan Kelangsungan Negara Bangsa

Khamis, Disember 03, 2015

Manfaat program konvensyen kenegaraan 2015

Salam.
Sahabat2 yang di rahmati Allah.
Alhamdulilah saya baharu sahaja selesai menghadiri satu konvensyen kenegaraan kali ke 2/2015 di A Farmosa,Melaka pada 1—3 disember 2015.
Sesungguhnya ia adalah program penting kepada saya dalam memahami diri yang mempunyai peranan sebagai seorang warganegara Malaysia . Walaupun begitu banyak cerita ingin saya coretkan di sini,namun,Inshaallah,ada kelapangan saya akan cuba juga berkongsi ilmu yang saya dapat 3 hari 2 malam di sana.
Terima kasih kepada sahabat baik saya adik Shiba yang sudi menemani saya berkongsi rasa dan pengalaman di Sepanjang konvensyen kenegaraan berlangsung.
Juga buat teman serumah kak wan dan kak aida yang sangat baik dan spotting ..

... Jom jadi anak bangsa yang berbudi ... 

Khamis, November 19, 2015

KEM PEMANTAPAN AQIDAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA SEANGOR 2015

SALAM.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH semua,

Alhamdulilah, pada 17 dan 18hb November 2015 bertempat di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program Kem Pemantapan Aqidah yang melibatkan 75 orang pelajar daripada sekolah-sekolah menengah yang bersekolah di daerah Kuala Selangor tahun 2015.

Alhamdulilah,program berjalan lancar sehingga ke akhirnya.

Terima Kasih kepada semua jurulatih dakwah Kokurikulum Unit Pendidikan Islam Daerah Kuala Selangor yang diketuai oleh Ustaz Hj Kamil bin Sidek bersama-sama 13 orang jurulatih yang lain atas kekuatan dan kerjasama padu yang telah diberikan dalam menjayakan kem ini.

Tidak dilupakan, Terima Kasih juga kepada Pengerusi program ini Ustaz Nordin bin Ramli dan Ustazah Zakiah dari PPD, Kuala Selangor yang telah banyak membantu kami dalam pengurusan disepanjang kem ini dijalankan juga atas kepercayaan kepada kami dalam merialisasikan matlamat kem ini diadakan.

Semoga kem yang telah berangsung ini mendapat manfaat kepada semua pihak yang terlibat juga mendapat ganjaran hebat dariNYA untuk saham dan bekalan kami di akhirat nanti.Insya ALLAH.

 SELAMAT MAJU JAYA

Khamis, November 12, 2015

Hari kanak—kanak peringkat sekolah 2015

Salam.

Alhamdulilah,hari ini telah berlangsung program untuk kali pertama nya bagi SKI iaitu sambutan hari kanak—kanak peringkat sekolah 2015.

Alhamdulilah..program berjalan lancar.semoga warga SKI bergembira dan ukhuwah bertambah erat sesama kita..Inshaallah.
Pelbagai aktiviti dijalankan iaitu pertandingan persembahan setiap kelas, makan Ice cream,minum milo percuma,jualan buku,karaoke guru,bergambar bersama maskot robita,anugerah murid contoh dan lain—lain.

Terima kasih semua.

Rabu, November 11, 2015

Kem Pemantapan Aqidah SR Daerah Kuala Selangor 2015

Alhamdulilah..

Pada 4 dan 5 November 2015 yang bertempat di KSCC,Jeram, Kuala Selangor telah diadakan program di atas yang melibatkan 98 orang murid yang bersekolah rendah di daerah Kuala Selangor.

Alhamdulilah..kem berjalan lancar dibawah seliaan Jurulatih Dakwah Daerah Kuala Selangor iaitu Ustaz Hj Kamil bin Sidek bersama-sama 14 orang jurulatih yang lain.

Terima kasih kepada boss PPD kami iaitu Ustaz Nordin bin Ramli dan Ustazah Zakiah..

Semoga kem 2 hari tersebut mendapat manfaat kepada semua yang terlibat terutama murid-murid yang terpilih tersebut.

Album kem ---

MEMBINA GENERASI RABBANI

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...