Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, September 24, 2014

Mahrajan j-QAF daerah Kuala Selangor 2014

Salam

Alhamdulilah, semalam di SK Berjaya,Sekinchan,Selangor telah berlangsung acara tradisi Mahrajan j-QAF bagi daerah Kuala Selangor.

Terima Kasih kepada semua sahabat j-QAF Kuala Selangor yang telah berusaha keras dalam memastikan program berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tahniah kepada semua sekolah yang telah berjaya dalam acara-acara yang dipertandingkan ..Walaupun SKI tidak berjaya mendapat tempat namun kita perlu berusaha lagi di masa hadapan.Insha Allah.

sedikit foto yang sempat di ambil...
1. Acara Dikir Barat:
 2. Acara Kalam Jamaaii:
 3.Acara Tilawah Al-Quran:

Selamat Maju Jaya kepada wakil daerah Kuala Selangor untuk ke peringkat Negeri Selangor nanti......

----Tarikh Mahrajan peringkat negeri : 2.10.2014
----Tarikh Mahrajan peringkat kebangsaan : 10,11 & 12 . 10. 2014

Sabtu, September 13, 2014

JasaMU Dikenang

Salam

Semalam adalah hari terakhir perkhidmatan Ustazah Hajah Norol Ain binti Haji Omar berkhidmat di SK Ijok. Alhamdulilah,majlis yang sederhana dan meriah telah berlangsung dalam kesyahduan dalam diri warga SKI . Terima Kasih Kak Ain atas segala-galanya..Moga berbahagia dalam menempuh lembaran baharu dalam hidupMU selepas ini...


Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...