Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Mei 27, 2014

Sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah 2014

Salam

Alhamdulilah,baharu saja berlangsung Sambutan Isra'Mikraj di dewan Rafulin,SKI.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya.Semoga kita mendapat manfaat daripada majlis ini tadi.
Penceramah jemputan : Ustaz Kahpi bin Ngiso (JAIS)
  
sempat juga tadi acara penyampaian saguhati diberikan kepada adik Najmi bagi acara tilawah al-quran MTQSS peringkat daerah 2014 :

 Selamat bercuti penggal persekolahan pertama 2014 kepada murid-murid SKI..

Khamis, Mei 22, 2014

TAHNIAH SKI !!! Bicara Berirama NAIB JOHAN!!

Salam

Tahniah buat team Bicara berirama SKI kerana telah mendapat tempat ke dua dalam pertandingan ini dan mendapat hadiah bagi skrip terbaik pada tahun ini.

Tahniah saya ucapkan kepada team SKI Terutama Cikgu Saporah, Cikgu Aida,Cikgu Rosnah Seman dan Cikgu Nik, kalian memang terbaik!!!!!.

Tahniah juga buat peserta-peserta SKI dan juga semua warga SKI..
Antara peserta-peserta lain yang bertanding :
Tahniah kepada 4 buah sekolah yang telah bertanding semalam...

Sambutan Hari Guru Peringkat SKI 2014

Salam

Selamat Hari Guru Buat warga SKI 2014 (Peringkat sekolah :19 Mei 2014/Isnin)

Bacaan teks perutusan Menteri Pendidikan oleh GB
 Acara Senam-robik
Acara Sukaneka guru-guru
 Acara di dalam dewan
Wajah bahagia guru-guruku
Selamat Hari Guru 2014

Isnin, Mei 05, 2014

Tahniah Pergerakan Puteri Islam Ijok 2014

Salam

Alhamdulilah...pada hari sabtu yang lepas, 3 Mei 2014 bertempat di SMK Dato' Harun,Tanjung Karang, telah berlangsung hari Puteri 2014 Peringkat daerah Kuala Selangor..

Alhamdulilah,saya bersama team guru dan 6 orang murid ahli pergerakan puteri Islam telah ke sana seawal jam 8.00 pagi untuk menyertai 4 acara iaitu Acara Buku Log,acara Masakan sandwich,acara kraftangan dan acara hafazan.Alhamdulilah , antara 4 acara tersebut tersangkutlah juga satu acara yang memberikan keceriaan pada raut wajah kami iaitu dalam kategori Kraftangan kami telah berjaya menjadi JOHAN.

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu kami di sepanjang sesi latihan dijalankan di sekolah sehinggalah ke saat hari pertandingan diadakan..Semoga Allah membalas jasa kalian itu.

suasana di bilik pertandingan Acara Kraftangan

suasana di bilik pertandingan Acara Sandwich

 suasana di bilik pertandingan Acara Hafazan

Rehat sementara menunggu keputusan..

Candid..







Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah

dan akhirnya satu pencapaian terbaik bagi SK Ijok yang telah memenangi dalam acara kraftangan

Tahniah dan selamat maju jaya untuk ke peringkat seterusnya!!

Sekalung penghargaan saya tujukan khas kepada :
Pengurusan Sekolah - team guru pimpinan Puteri Islam : Cikgu Rosnah Seman,Cikgu Huda, Ustazah Rina,Cikgu Mai Salama, Ustazah Ain, Ustazah Ida wati, Cikgu Nik dan Kak Nora. Tak lupa semua guru SKI yang telah menyokong kami dari belakang juga kepada anak-anak puteri Islam Ijok terutama 6 orang peserta kita iaitu adik Nurin,adik Insyirah,adik Batrisha,adik Malissa,adik Ainul natasha dan adik Shafikah Najwa..

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...