Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Januari 27, 2014

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) 2014

Salam


Alhamdulilah..Hari ini sekitar jam 10.00 pagi,kelihatan ibu bapa/penjaga murid-murid SKI telah hadir ke sekolah bagi mendapatkan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2014.
Disana dapat dilihat raut wajah gembira mereka yang akan memperoleh wang RM100.00.

OBJEKTIF BKAP :
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

KRITERIA KELAYAKAN :
1. Murid warganegara Malaysia
2. Murid Tahun 1 hingga 6 sesi persekolahan 2014 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2014
3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2014 sahaja

Semoga sumbangan itu dapat digunakan sebaik-baiknya.

Terima Kasih kepada perasmi jemputan YB Datuk Hj IrMohizam bin Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor) kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis tadi.


Ibu bapa/penjaga mengambil wang bantuan di kelas anak masing -masing :

Disebalik mereka yang menguruskan sumbangan ini :--

Selamat Maju Jaya

Khamis, Januari 23, 2014

Pra Motivasi murid bermula...

Salam

Hari ini,unit badan Bimbingan dan Kaunseling sedang menganjurkan Motivasi kepada semua murid tahun 4-6. Penceramah luar telah di jemput bagi merialisasikan objektif program.Ini adalah satu program permulaan bagi membangkitkan semangat dan kekuatan kepada murid-murid akan hala tuju mereka selepas sekolah rendah..


Selamat Maju Jaya murid-murid SKI.

Rabu, Januari 22, 2014

Salam Maulidurrasul s.a.w 1435H

Salam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH semua..

Alhamdulilah,agak lama juga saya tidak mencoretkan cerita di dalam blog ini,bukan kerana malas @ apa-apa alasan lain cuma saya tidak berkesempatan untuk mencoretkannya di sini..Apa-apa pun Selamat tahun baru 2014,selamat kembali ke sekolah 2014,selamat menyambut Maulidurrasul s.a.w 1435H..

Hari ini ,pihak panitia Pendidikan Islam berkesempatan mengadakan majlis Maulidurrasul s.a.w..Majlis yang sederhana kelangsungannya dengan aktiviti Perarakan dan ceramah.Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya..Semoga kelahirannya itu menjadi satu semangat kepada kita dalam menyusuri liku-liku hidup ini.Insha Allah.


WASOTIAH TUNGGAK KESATUAN UMAT.

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...