Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Oktober 27, 2013

Temasya sukan tahunan SKI Ke 55/2013

Salam

telah berlangsung Temasya Sukan Ke 55 bagi SK Ijok .Butiran seperti berikut :

TARIKH/HARI : 26 OKTOBER 2013/SABTU
MASA: 7.30 PAGI
TEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK
DISEMPURNAKAN OLEH :YB DATO’ HAJI IRMOHIZAM BIN IBRAHIM
(AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR)

Alhamdulilah,temasya berjalan lancar dengan penuh kesederhanaan.


** maaf,saya tidak mengambil foto dalam acara sukan yang dijalankan oleh murid-murid cuma foto dalam acara lintas hormat ni saja yang sempat diambil..

Terima Kasih

Kem Motivasi Jati Diri Muslim Sejati Daerah kuala Selangor 2013

Salam.


Alhamdulilah,pada 23-24 Oktober 2013/Rabu -Khamis di kem Mega Crystal Kuala Selangor sekali lagi saya hadir ke sana bagi menjalankan tugas sebagai jurulatih bersama-sama sahabat jurulatih Pendidikan Islam yang lain.Disana kami telah diamanahkan oleh Penyelia Pendidikan Islam,PPD Kuala Selangor iaitu Ustazah Hajah Hasnah bt Darus bagi mengendalikan kem kepada remaja yang berada di tingkatan 4 yang bersekolah menengah di sekitar daerah Kuala Selangor 2013 ini.

Alhamdulilah,kem 2 hari berlangsung dengan lancarnya di bawah Kem komanden Ustaz Hj Kamil bin Sidek..Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat yang telah menjayakan kem ini.Semoga usaha sedikit kita itu mendapat berkat dari Ilahi.Aamiin.


Terima Kasih

Isnin, Oktober 21, 2013

Memori Program Seronoknya Mewarna Nuri 2013

Salam


Pada 19 Oktober 2013/Sabtu, SKI bersama-sama Bank Rakyat cawangan Kuala Selangor telah menganjurkan program Seronoknya mewarna Nuri 2013.

Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan Seronoknya Mewarna Nuri. Pertandingan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu A bagi kanak-kanak berumur lima dan enam tahun, B (tujuh dan lapan tahun), C (sembilan dan 10 tahun) manakala D (11 dan 12 tahun). Walaubagaimanapun,pertandingan ini terbuka kepada mereka yang memiliki akaun Nuri Bank Rakyat dan peserta dikehendaki membuat simpanan minimum bagi setiap penyertaan. Selain itu, di adakan juga anugerah penabung tertinggi kelab Nuri,aktiviti bersama maskot Nuri,kuiz dan pameran serta jualan,lawatan sekolah angkat Bank Rakyat, dan pelbagai hadiah menarik serta baucer tunai ditawarkan kepada semua hadirin yang hadir.

Objektif:

1.Memperlihatkan kreativiti kanak-kanak mewarna
2.Memberi galakan kepada ibu bapa dan anak-anak menabung sejak awal usia lagi
3.Merapatkan hubungan antara ibu bapa, PIBG, warga pendidik dan warga korporat.
4.Mempromosikan produk yang ditawarkan oleh bank Rakyat kepada masyarakat

Cebisan memori :-

Sekian dari saya :

Terima Kasih.

Khamis, Oktober 17, 2013

Sambutan EIDUL ADHA Peringkat sekolah 2013

Salam


Hari ini sekolah Ijok sedang menganjurkan program EIDULADHA peringkat sekolah..Alhamdulilah , kelangsungan program berjalan lancar dan syahdu.

Semoga semangat Korban ini dapat diungkaikan di dalam hati dan jiwa warga Ijok dalam menyusuri liku-liku kehidupan yang penuh onak dan ranjau ini..Moga Allah sentiasa bersama-sama kita..amiin.

Antara aktiviti yang diadakan seperti :
acara memotong dan memasak daging korban,ceramah dan tayangan video.Alhamdulilah, tahun ini saya masuk juga dalam senarai peserta korban dan aqiqah..allahuakbar...sungguh hebat hari raya MU ini..Terima Kasih Ya Allah.


Kulllu A'miin Wa antum Bikhairi..

Rabu, Oktober 09, 2013

Kem AQBAL (Persediaan Awal Remaja), Peringkat Daerah K.SEL 2013

Salam,


Alhamdulilah...sekitar dalam kesibukan Peperiksaan Akhir Tahun 2013,saya di arah kan untuk menjadi guru pengiring merangkap fasilitator membawa 4 orang murid tahun 6 ke program Kem Remaja Muslim Cemerlang anjuran PPD Daerah Kuala Selangor di bawah Unit Pendidikan Islam,program kali ke 3 ini merupakan satu program manfaat buat murid tahun 6 yang bersekolah di sekitar daerah Kuala Selangor.Ia sedang berlangsung selama 2 hari bermula 9-10 Oktober 2013 di Kem Mega crystal,Yayasan Selangor,Kuala Selangor dengan penglibatan seramai 157 orang murid tahun 6.


Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti:

Hari Pertama 9.10.2013/Rabu :
Slot 1 - Ceramah Bencana Sosial oleh Ustaz Sarip Udin bin Boiran (SK JERAM)
Slot 2 - Ceramah Bersuci daripada Hadath dan Mandi Wajib oleh Ustaz Nooraziz b Mudakkir (SK PUNCAK ALAM 2)
++ Amali Mandi Wajib
++ Explorace ke Bukit Malawati


Hari Kedua 10.10.2013/Khamis :
Slot 3 - Batas Aurat & Pergaulan oleh Ustaz Muhammad Hasnol bin Jantan (SK PARIT MAHANG)
Slot 4 - Selangkah ke alam remaja oleh Ustaz Nazrul Izwan b Zulkifli (Imam muda siri ke-2,2011)
++ Sentuhan Kalbu
++ Majlis Penutupan


Semoga kem ini memberi manfaat buat semua..

Terima Kasih.

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...