Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, September 29, 2013

Memori Kem Anak Soleh 2013

Salam..

Alhamdulilah.. Semalam 28 September 2013 (Sabtu),telah berjalan satu lagi program di bawah Panitia Pendidikan Islam & j-QAF,SKI bekerjasama bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dibawah penyelia Cikgu Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib dan Penyelaras tahun 6 iaitu Cikgu Rosnah bt Seman.Ia adalah program kemuncak dan terakhir bagi saya selaku Penyelaras Kem Bestari Solat untuk sesi 2013 ini..

Jutaan Terima Kasih saya tujukan kepada semua Warga Pendidik SKI yang telah terlibat terutama warga PPI & j-QAF iaitu : Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh,Ustazah Hjh Norol Ain bt Hj Omar,Ustazah RinaIryani bt Ahmad,Ustaz Shamsudin bin Che Hussin dan Ustaz Mohd Yusof bin Lazim.
Tidak lupa untuk kem kali ini saya berpeluang untuk sekali lagi menjemput Fasilitator luar bagi membantu menjayakan kem ANAK SOLEH 2013.Mereka diketuai oleh Saudari Nor Aisyah bt Abu Talib bersama 6 orang geng yang lain..(maaf saya tak berapa ingat nama mereka..maklumla..tak sempat kenal lebih lama dek kesibukan menguruskan kem sehari ini).Terima Kasih SHAH and the geng..antunna memang best!!!

Tak perlu coretan panjang...saya titipkan sedikit kenangan kem semalam :-

TERIMA KASIH SEMUA...Moga Usaha kecil kita itu mendapat rahmat dariNYA..Aaamiin.

Khamis, September 26, 2013

Memori NKISABK Peringkat N.Selangor 2013

Salam


3 hari program telah berlangsung dari 23-25hb September 2013 di kem Mega Crystal,Yayasan Selangor,Kuala Selangor,Selangor.Ini adalah Program anjuran SPI,JPS yang telah melibatkan seramai 68 orang pelajar SABK DAN 10 ORANG Jurulatih PI di bawah Pimpinan Ustaz Asyapul Adli bin Satimin selaku Ketua Kem Komanden dan ustaz Hj Mansur selaku pegawai dari Jabatan Pendidikan Selangor.

Tiada lafaz kesyukuran dapat saya ucapkan..seronok berada di sana bersama teman-teman Jurulatih PI dan pelajar-pelajar SABK di negeri Selangor ini..Semoga mendapat ganjaran hebat dari ALLAH.

Sekadar titipan memori disana :

Terima Kasih semua..
Salam Sayang dari kami barisan Jurulatih PI,JPS.

Rabu, September 18, 2013

Mahrajan j-QAF Peringkat daerah k.Sel 2013

Salam

Alhamdulilah..

Hari ini telah berlangsung Mahrajan j-QAF bagi daerah Kuala Selangor..
Pertandingan yang diadakan di SK Dato' Maharajalela..Program berlangsung dengan suasana yang meriah tapi sederhana..

Pada kali ini saya telah diamanahkan untuk menjadi hakim bagi acara dikir barat..satu pengalaman baru buat saya..sebenarnya saya agak keletihan sedikit dek tugasan semalam(memberi taklimat DSKP THN 4 KSSR B.ARAB sorang2 dari pagi hingga ke petang..uhh,,) .Oleh itu, saya tidak merancang untuk mencoretkan penulisan ini panjang-panjang.Namun,Ucapan TAHNIAH kepada peserta-peserta yang telah berjaya tadi.

sekadar beberapa foto di sana :

Selasa, September 10, 2013

Nadwah KEPEMIMPINAN Islam Peringkat N.Selangor (SMK) 2013

Salam..

Alhamdulilah...hari kedua program Nadwah SMK sedang berlangsung di Kem Mega Kristal,Kuala Selangor..Program 3 hari bermula semalam ini akan berakhir sehingga esok harinya,insha Allah..Ia adalah program di bawah penganjuran Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pendidikan Selangor (JPS).Program ini dihadiri seramai 68 orang pelajar SMK dan program ini diuruskan seramai 9 orang Jurulatih PI diketuai oleh ustaz Haji Kamil b Hj Sidek.

Sedikit foto daripada sebahagian aktiviti yang telah dibuat :-

foto hari ini di majlis penutupan kem (11 september 2013) :-
(foto 2 di atas adalah di antara peserta-peserta yang bertuah yang akan ke peringkat kebangsaan di Pahang,Tahniah semua)

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya..Semoga ia dapat memberi manfaat buat semua.

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...