Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, April 28, 2013

Kursus Induksi JU KSSR & PBS Bahasa Arab Tahun 4,Zon Tengah..

Salam


Hotel Silka Maytower,KL..Alhamdulilah suasana didalamnya menenangkan dan amatlah sesuai untuk kami(para JU)mendudukinya 4 Hari 3 Malam dek kepeningan sedikit dalam memahami konsep KSSR dan PBS..

Kursus Jurulatih Bahasa Arab tahun 4 KSSR telah diadakan di Silka Maytower,Kuala Lumpur pada 23-26 April 2013.Kursus peringkat zon tengah ini telah dihadiri oleh semua JU Bahasa Arab,Pendidikan Islam dan Moral yang terpilih di daerah masing-masing.Ia adalah anjuran BPK,KPM.Kursus ini telah dikelolakan oleh barisan Pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) DAN Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),KPM.

Alhamdulilah...satu kursus yang amat memberi manfaat buat saya dan memberi kefahaman mengenai KSSR & PBS.Terima Kasih kepada pihak penganjur yang telah menganjurkan program ini..sesungguhnya,amat besar tanggungjawab saya dan sahabat JU yang lain selepas ini kerana kami telah dipertanggungjawabkan untuk menyebarkannya di daerah masing-masing.Allahuakbar,moga dipermudahkan ALLAH untuk saya nanti,Insha Allah..aamiin.

Kursus hari pertama 23 April 2013/Selasa :


Bermula kursus dengan Taklimat urus setia dan kewangan oleh Encik Mohd Salim Taufiq Rashidi


Taklimat umum Konsep KSSR oleh Pn Norazah Ibrahim


Taklimat Pelaksanaan PBS oleh Pn Norashidah


Taklimat Pentaksiran Rujukan Standard dalam konteks Pentaksiran Sekolah oleh Pn Dayang Puspa Sufian

Kursus hari kedua 24 April 2013/Rabu :


Taklimat DSK & DSP oleh Ustaz Ahmad Zakwan,sebelum itu, taklimat JUK oleh Ustaz Mior bagi subjek Bahasa Arab KSSR tahun 4 2014


Taklimat DSP oleh 3 orang JUK iaitu Ustaz Naz,Ustazah Pauziah dan Ustazah Shifa


Taklimat Kemahiran Berfikir Aras yang tinggi (KEBAT) oleh Ustazah Aedah Zakaria


Kursus hari ketiga 25 April 2013/Khamis :

Taklimat EMK oleh Ustazah Maizatul


Taklimat bahan sokongan Kurikulum (buku teks tahun 4 2014) oleh Ustaz Mohd Bakri


Taklimat Transisi tahun 1 2014 oleh Ustazah Faezah


Taklimat pembentangan Mikro teaching oleh Ustaz Mior...DAN selepas itu kami diberi arahan dalam pembengkelan mengikut kumpulan yang telah diberi..

Kursus hari keempat 26 April 2013/Jumaat :


Taklimat PBS & Pengoperasi PBS Tahun 4 oleh Pn Wan Faizatul Shima dan Encik ...sory dah tak ingat namanya (mereka berdua dari LPM)


Terima Kasih dari saya :-


Selamat maju Jaya buat semua Jurulatih Utama,Zon Tengah !!!

Moga kita dapat menyampaikan semua maklumat daripada kursus ini kepada sahabat-sahabat kita nanti dengan sempurna.

Selasa, April 23, 2013

Coretan ke Nadwah Kepemimpinan SMKA Kebangsaan 2013 kali ke-4

Salam

Alhamdulilah..

Setelah 4 hari 3 malam (19-22 april 2013), saya berada di SMKA MAAHAD MUAR ,JOHOR bagi mengiringi 29 orang peserta yang mewakili negeri Selangor ,maka,di kesempatan waktu yang terbatas ini saya sekadar ingin mencoretkan secara ringkas tentang perjalanan saya bersama 5 orang guru pengiring di sana..

Sesungguhnya,saya bersyukur kerana tn haji rosnen b hj Alawi (pegawai JPS)sudi sekali lagi mempelawa saya ke sana untuk mengambil pengalaman bagi program NADWAH ini untuk ditambahbaik dan dikongsi bersama rakan-rakan JU Selangor yang lain dalam program Dakwah JPS pada masa hadapan.

Banyak aktiviti yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam tersebut ..

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program yang sangat berguna ini dalam melahirkan PEMIMPIN bertaqwa di kalangan pelajar-pelajar menengah agama .

Antara foto-foto menarik di sana-

dan paling istimewa buat teman-teman sebilik yang sangat 'best' dan sporting giler disepanjang saya berada di sana sebagai teman pengubat 'stress' :

Ustazah Yana,Ustazah Nasimah,saya,dan Ustazah Farah..

Terima kasih semua...semoga program itu memberi manfaat buat semua terutamanya diri saya yang perlu memperbaiki diri dalam pelbagai aspek mengharungi kehidupan ini.

Sabtu, April 13, 2013

Nadwah KEPEMIMPINAN pelajar Islam (NKISMKA) peringkat Negeri Selangor 2013

Salam..

ALHAMDULILAH..

Telah selesai sudah Kem Nadwah SMKA yang telah berlangsung pada hari Jumaat-Sabtu (12-13 April 2013) di SMKA Simpang 5,Sabak Bernam,Selangor..Kehadiran peserta-peserta dari 3 buah sekolah yang seramai 67 orang yang terpilih bagi mengikuti program bermanfaat ini telah berlangsung dengan jayanya. Meskipun aktiviti program sangat lah penuh, namun amat membanggakan bagi pihak para jurulatih kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang baik dan cuba memenuhi hasrat objektif program ini.semoga di peringkat kebangsaan nanti (19-22 April di Johor)mereka yang terpilih daripada program ini dapat mengharumkan nama negeri selangor.Insha Allah.

Sekadar penghargaan TERIMA KASIH buat semua pihak yang telah menjayakan kem Nadwah ini..Mohon kemaafan dari saya kira ada kelemahan yang tidak disengajakan sepanjang saya bertugas sebagai Jurulatih di sana..

sedikit foto yang sempat diambil :--
Ice breaking bermula..
Majlis penutupan ...tetamu kehormat : Ustaz Haji Rosnen (JPS),Ustaz Jaafar b Rajuli (Perasmi) dan GPK HEM dari SMKA Simpang 5.
Turut hadir pada malam pertama program : Ustaz Saphuan yang telah memberi sepatah dua kata selepas solat maghrib kepada semua peserta nadwah.
slot kembara...
slot forum perdana.

dan barisan 30 orang peserta yang telah terpilih mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan :--


Barisan peserta lelaki

Barisan peserta perempuan

Tahniah semuanya !!!

Terima kasih buat Jurulatih-jurulatih kokurikulum Pendidikan Islam,JPS:-

(Ustaz Kamil,Ustaz Hadi,Ustaz Jumadi,Ustaz Hasnol,Ustaz Basit,Ustazah Salwa,Ustazah Noraizan,Ustazah Norulaini dan Ustazah Razila)

Terima kasih kepada Ustaz Rosnen Hj Alawi,selaku penyelaras nadwah dari JPS ;-


SELAMAT MAJU JAYA !!!

Ahad, April 07, 2013

program Kemahiran AMAL ISLAMI peringkat zon timur,2013.

Salam..

backdrop untuk acara Kalam Jamaaii dan syarahan bahasa arab..cantik dan menarik

Alhamdulilah,sahabat yang dirahmati ALLAH ..

Semalam 6 april 2013/Sabtu, sekali lagi saya telah diberi amanah untuk menjadi hakim bagi acara Syarahan bahasa Arab tahap 2 dan Kalam Jamaaii untuk program Amal Islami peringkat zon timur di SRA Bukit Badong.Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Don bin Raban (Penolong Pegawai Tadbir Agama,daerah Kuala Selangor).Acara bermula jam 8.30 pagi - 3.15 petang.

Alhamdulilah,terima kasih atas kepercayaan JK Pelaksana program kepada saya atas perlantikan hakim bagi 2 acara tersebut.

Alhamdulilah juga,untuk acara kalam jamaaii pada tahun ini menampakkan satu perubahan drastik dikalangan peserta yang menyertainya kerana saya amat berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk slot MESEJ DAN PERSEMBAHAN yang dihakimi oleh saya..Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya!!!.

Walaupun begitu,dukacita sedikit untuk acara syarahan bahasa arab tahap 2 kerana majoriti peserta yang bertanding tidak memenuhi kriteria secukupnya pada item-item penghakiman...sejujurnya,mereka perlu berusaha keras lagi pada masa hadapan.

antara item-item penghakiman bagi acara syarahan bahasa arab :--

dan

semangat peserta ini dalam menyampaikan syarahan bahasa arabnya

Apa-apapun,TAHNIAH kepada yang telah berjaya...

Terima Kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Jumaat, April 05, 2013

Mesyuarat Pelaksana NKISMKA Peringkat Negeri Selangor 2013

Salam


barisan ahli mesyuarat yang hadir pada pagi itu...

Alhamdulilah..

semalam 4.4.2013/Khamis saya telah pergi ke SMKA Simpang 5,Sabak Bernam bagi mengikuti satu mesyuarat pelaksana untuk program Nadwah Kepemimpinan Islam.Kehadiran ahli mesyuarat terdiri daripada beberapa orang pegawai sektor Pendidikan Islam,barisan Jurulatih Koko dan JK Pelaksana dari kalangan guru bagi tuan rumah sendiri (smka simpang 5).

Inshaa Allah,program itu akan berlangsung pada 12-13 april 2013 yang akan dihadiri lebih kurang 66 orang peserta dari 3 buah sekolah iaitu SMKA Simpang 5,SMKA Kuala Selangor dan SMKA Ma'ahad Kajang.

Inshaa Allah,kita berjumpa disana...

Semoga perancangan yang telah dirancang itu mendapat redha ALLAH di permudahkan oleh NYA,aamiin.

Isnin, April 01, 2013

Al-Fatehah.

Salam

Sahabat yang dirahmati ALLAH,

sama-samalah kita bersedakahkan Al-FATEHAH kepada salah seorang sahabat guru saya yang telah kembali kerahmatuallah..

semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah Cikgu ShamsatulAkmar binti Jaafar yang telah kembali pada 28hb Mac 2013.Al-FATEHAH.

Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara..Marilah kita warnai hidup ini dengan amalan-amalan baik yang diredhoi Allah.

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...