Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Mac 24, 2013

Hati saya..

Salam.

Alhamdulilah..cuti sekolah bermula lagi..

Cerita peribadi

(sekadar bacaan sendiri dan coretan untuk melepaskan tekanan untuk diri sendiri sahaja)

Dikala ini saya dalam keadaan hati yang agak sedih sedikit…di waktu kelapangan yang sedikit ini, hati saya dirundung kesedihan dek perpisahan sementara dengan insan-insan yang menjadi sebahagian daripada penaik semangat saya dalam meneruskan perjuangan menjadi seorang pendidik.

Satu demi satu,seorang demi seorang telah pergi meninggalkan saya…bermula dengan guru pembimbing yang amat saya kagumi peribadinya sehinggalah ke insan-insan yang menjadi idola saya secara diam.
Antaranya :
1. Guru Pembimbing yang berhati mulia : Ustazah Norasyikin bt Ibrahim
2. Mantan Guru-guru Besar dan PK1 yang mempercayai dan menghargai kerja-kerja saya :
Cikgu Rosmin b Sururi/cikgu Mat Som b Rajikin/cikgu Khaironi b Shamsuri /cikgu Saiyed Mohd Sharif b Mohd Hassan
3. Rakan-rakan guru yang sentiasa memberi sokongan atas apa jua yang saya lakukan di sekolah:
Ustazah Hanifah samin/cikgu Sharifah Masiah/Ustazah Rohaidah Sanusi/Ustazah Norizah Sulaiman (yang akan bersara awal pada bulan Mei ini)/Ustaz Haji Rosnen hj Alawi (juga akan bersara pada Jun ini dari Pegawai JPS)

Semoga ALLAH sentiasa merahmati mereka di dunia dan akhirat.Terima Kasih Ayahanda dan Bonda semua,saya yang kerdil ini amat sayang pada kalian semua..++maraming salamat sa lahat-lahat++

Sesunguhnya,saya perlu akur atas perpisahan ini,walaupun agak pedih..

Dihati saya amat mengharapkan agar dapat bertemu lagi dengan insan-insan baru yang berhati mulia,penyejuk hati dan perangsang motivasi saya dikala saya ‘tension’ dengan sikap orang-orang ‘BESAR’ yang berlagak serba tahu.

Insan itu nanti moga dapat bersama-sama dengan saya ke arah merialisasikan anak bangsa yang berguna dan menjadi hidupnya,sejahtera didunia dan diakhirat.

Dapatkah saya bertemu dengannya????

Rabu, Mac 20, 2013

Tahniah sekali lagi MTQSS (Daerah) SKI!!!

Salam..


Adik Abdul Falakh membuat persembahan di dataran ilmu sekolah...(foto diambil pada 22 mac 2013)

Alhamdulilah...sekali lagi wakil Peserta-peserta SKI memperolehi KEJAYAAN yang amat membanggakan kami warga sekolah terutama kami team panitia Pendidikan Islam..semalam mereka telah berjuang ke peringkat daerah di SMK Dato' Harun,Tanjung Karang.

Kejayaan pada peringkat Daerah Kuala Selangor 2013 :

Bercerita (l) - JOHAN - ABDUL FALAKH
Bercerita (p) - NAIB JOHAN - ELYYSA
Hafazan tahap 1 (l) - NAIB JOHAN - ADIB FAZIZI

TAHNIAH!!!

Semoga berjaya nanti ke peringkat Negeri Selangor,Inshaa Allah..aamiin..

TERIMA KASIH untuk semua pihak yang telah membantu secara langsung @ tidak langsung!!!

Isnin, Mac 18, 2013

Mesyuarat Agong PIBG BIL 1/2013

Salam.

telah berlangsung mesyuarat Agong PIBG pada hari Jumaat malam bersamaan 15 Mac 2013..

Alhamdulilah..mesyuarat yang berlangsung dengan suasana yang aman dan lancar meskipun pertukaran waktu telah dibuat untuk tahun 2013 ini.Kehadiran para ibu bapa yang semakin mengalakkan menunjukkan satu perkembangan positif bagi kesejahteraan anak-anak ijok ini.

Apa pun,Terima Kasih untuk semua yang hadir..Semoga mesyuarat itu mendapat manfaatnya buat warga SKI..
foto dibawah:
1. kehadiran barisan JK Tertinggi PIBG
2. barisan tenaga kuat -warga pendidik Ijok yang betungkus lumus menjayakan mesyuarat ini
3. kehadiran para ibu bapa


Terima Kasih semua.

Jumaat, Mac 08, 2013

Program Patriotisme : Kepemimpinan Jati Diri

Salam


suasana di dewan ballroom,kelihatan para VIP disana..

Alhamdulilah,semalam 7hb Mac 2013 jam 2.30 petang saya bersama 4 orang sahabat guru telah bergerak ke One Plaza,Kuala Selangor bagi mengikuti satu program bermanfaat iaitu program Patriotisme : Kepemimpinan Jati Diri mengikut perspektif Islam.

Alhamdulilah,apabila berada di sana saya mendapat satu lagi ilmu berguna yang amat memberikan saya kesedaran agar sentiasa bersyukur dengan kenikmatan hidup di negara Malaysia dan bersyukur kepada pejuang-pejuang negara terdahulu yang telah berkorban demi kesejahteraan negara Tercinta Malaysia..

Disana kami telah ditontonkan dengan preview filem 'TANDA PUTERA' arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba..ALLAHUAKBAR... satu filem yang telah terkesan di Jiwa saya melihat perjuangan allahyarham Tun Abdul Razak dan allahyarham Tun Dr. Ismail.

Rumusan ringkas filem itu telah di perkatakan oleh dr. Fuad Zarkasi :' Tun Abd Rahman telah memulakan gerakan memulihkan felda,Tun Abdul Razak pula mengisinya,manakala Tun dr.Ismail sebagai pendindingnya,Tun dr. Mahadhtir pula telah menamatkannya dan Tun Mohd Najib pula telah mentranformasikannya..Tindakan bijak Pemimpin kita terdahulu telah memberi tekanan kepada pihak British agar tidak mencampurtangan urusan negara kita..sesungguhnya, yang merosakkan negara kita sebenarnya adalah orang-orang 'SUBVERTIF'.

Justeru itu,sahabat-sahabat yang saya sayangi,marilah kita bersama-sama menjaga negara kita tercinta ini dan berusaha memberi didikan terbaik untuk anak bangsa kita agar mereka satu hari nanti dapat menyumbang bakti untuk generasi seterusnya..


saya bersama sahabat guru : Cikgu Hudha,Cikgu Lisa dan Cikgu Aida..dan Cikgu Wan berada di depan saya (tidak kelihatan di gambar...maaf ya cikgu...)

Selamat Berusaha !!!

Khamis, Mac 07, 2013

Tahniah peserta MTQSS SKI !!

Salam.

Alhamdulilah..

Pagi tadi baru diberitahu perkhabaran tentang keputusan MTQSS Peringkat Zon Bestari Jaya 2013.

Kemenangan telah diperolehi untuk SKI iaitu :

JOHAN - bercerita kisah Nabi (L) : Adik Abdul Falakh
NAIB JOHAN - bercerita kisah Nabi (P) : Adik Elyysa
NAIB JOHAN - hafazan Tahap 1 (L) : Adik Adib

TAHNIAH SEMUA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG @ TIDAK LANGSUNG !!!


Bergambar bersama peserta-peserta hebat SKI (FOTO DIAMBIL PADA 11.3.2013)

Tahniah!!!

Rabu, Mac 06, 2013

MTQSS Bermula lagi...

Salam

MTQSS datang lagi..hari ini adalah pertandingan peringkat zon Bestari Jaya di SK Pasangan..
SK Ijok juga menghantar beberapa peserta bagi menyertai MTQSS tersebut..

Namun,amat dukacita bagi saya sebenarnya kerana peserta tilawah al-quran yang dilatih oleh saya tu tidak dapat menyertai pertandingan dalam tilawah al-quran dek kerana kesihatannya tidak mengizinkan...Ya Allah, rasa agak sedih juga saya...yelah dah latih betul-betul namun mungkin ada hikmah dari NYA tidak menjadi juga apa yang telah saya rancangkan...(semoga Ammar diberikan kesihatan yang baik semula dari ALLAH..aamiin)

Semoga BERJAYA peserta-peserta MTQSS SK IJOK !!!

inilah sebahagian peserta hebat dari SK IJOK..

Isnin, Mac 04, 2013

Lawatan ke Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

Salam sahabat-sahabat yang diramati ALLAH,

Alhamdulilah..bertemu lagi di hari baru..Sesungguhnya dikala ini keadaan dunia agak berwarna warni dengan rencah hidup yang berputar-putar mengisi diri masing-masing.

Begitu juga lah saya…perkhabaran dari adik saya di Semporna,Sabah agak merisaukan kami sekeluarga di sini..semoga ALLAH melindungi adik saya beserta saudara-mara seiSLAM KU di sana.

Sebenarnya saya ingin mencatatkan sedikit pengalaman berkunjung ke salah sebuah sekolah BERPRSETASI TINGGI di Malaysia ini..Kunjungan kami ini dibawah lawatan sambil belajar bagi murid-murid tahun 6 untuk melihat sekolah yang mungkin mereka berminat untuk menyambung selepas tamat tahun 6…itupun kiranya mereka benar-benar bersungguh-sungguh untuk memperolehi 5A dan aktif dalam bidang Kokurikulum sekolah..

Alhamdulilah,saya bersama sebahagian guru-guru tahun 6 menuju ke sekolah SERI PUTERI pada hari Sabtu (2 MAC 2013) dengan menaiki 2 buah Bas.Pengalaman ketiga saya meninjau-ninjau sekolah terbaik di Malaysia..banyak ingin saya kongsikan disini tetapi dek kekangan masa yang ada kini saya tidak mampu untuk mencatatnya disini..
Kiranya sahabat-sahabat ingin maklumat lanjut mengenai sekolah itu bolehlah ke ;
SEKOLAH SERI PUTRI,PERSIARAN TASIK,63000 CYBERJAYA,SELANGOR.
TEL : 603-83192414 / http://www.seriputri.edu.my


teruja betul murid-murid ski ...tak sabar hendak ke Cyberjaya..

Tiba di SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA :-



Banyak foto contoh infrastruktur sekolah Seri Puteri telah saya ambil,tetapi saya tidak dapat titipkan di sini cuma insya allah ada di facebook saya...



Jutaan terima kasih buat warga SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA .



Selamat berusaha murid-murid tahun 6 dan juga buat guru-guru SKI dalam mengindahkan persekitaraan sekolah kita menjadi lebih kondusif untuk bekerja...

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...