Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Januari 26, 2013

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia..

logo GM1M....

SALAM..

Sahabat yang dirahmati Allah semua,

Alhamdulilah,Hari ini saya berkesempatan bersama rakan-rakan guru iaitu Cikgu Aida dan Cikgu Wan Arif ke SMK Sungai Besar,Sabak Bernam bagi mengikuti program berprestij bagi warga guru Muda iaitu HIMPUNAN GURU MUDA 1 MALAYSIA Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.Perasmi majlisnya ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b Hj Mohd Yassin dengan kehadiran seluruh guru-guru Muda bagi Negeri Selangor.

saya bersama teman-teman guru..bergambar selepas mendaftar...hmm..dapat beg kecil biru lagi tuu..

Definisi GURU MUDA :
Maksud Guru-guru muda bagi program ini ialah mereka yang berumur di antara 23-40 tahun.

Objektif perjumpaan :
i. agar Penggerak GM1M menghayati bahawa sumbangan mereka sebagai penggerak aktiviti dan komunikasi guru-guru muda seluruh negara amat diharapkan dan sangat dihargai oleh kerajaan khususnya KPM.

ii. agar Penggerak GM1M menyedari bahawa sebagai peneraju masa depan pendidikan negara, mereka diberi peluang dan ruang oleh KPM untuk mengemukakan idea, kreativiti, inovasi, bakat, buah fikiran dan penampilan dalam bidang masing-masing.

iii. agar Penggerak GM1M menjiwai bahawa jasa dan bakti mereka memberi sumbangan kepada masyarakat adalah usaha yang mulia.

Alhamdulilah,secara peribadinya saya amat soronok menghadiri majlis ini kerana banyak manfaat diperoleh darinya terutama melihat,meninjau dan berbincang dengan petugas-petugas di booth-booth yang disediakan oleh pihak penganjur..Allahuakbar,rasa bersyukur dan bangga menjadi seorang pendidik..Terima Kasih Ya Allah..

saya bersama cikgu Aida sempat melukis Batik di booth pembikinan Kain Batik...

Semoga majlis yang berlangsung tadi dapat menyuntik semangat buat para guru muda yang hadir..Terima Kasih Semua :)

lirik lagu GEMURUH (Mendengar alunan nya sahaja tadi, hati saya sudah menjadi gemuruh kerana rasa tanggungjawab bergelar seorang 'GURU') :--

Lirik Lagu Gemuruh - Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Insya allah,kata-kata azimat yang akan saya cuba lakukan untuk murid-murid kesayanganku...

Selamat menjadi GURU Terhebat di mata anak-anak murid kita !!!!

Isnin, Januari 21, 2013

Majlis Penyampaian Bantuan RM100

Salam

Alhmadulilah...pagi ini sedang berlangsung majlis yang amat dinantikan oleh semua Ibubapa/penjaga murid SKI..Ini kerana pada hari ini Wang Bantuan Awal Persekolahan peringkat SKI sedang diadakan..

Kehadiran VIP Kehormat juga ibubapa murid amat meriahkan lagi majlis...maklum laaaa..dapat wang 'Free'...Alhamdulilah.

Sisipan foto majlis tadi --

antara tetamu kehormat yang hadir,GB,Tn PPD,YB Tn K.R. Pathiban (Penyelaras Dun Ijok),Tn YDP PIBG Berada dibarisan hadapan dewan majlis..

suasana pendaftaran..ceria wajah ibubapa...

kereta GB diiringi kereta Polis sewaktu mengambil wang bantuan di Bank..sebagai langkah waspada...

saya tidak berkesempatan untuk naik ke atas dewan kerana sibuk di bahagian pendaftaran...tidak dapat melihat acara penyampaian wang bantuan tersebut...tak pelah..moga wang tersebut dapat membantu meringankan kewangan ibubapa murid-murid SKI,iNSYA aLLAH.

saya bersama guru-guru lain bertugas sebagai jk pendaftaran dan pemberi kupon kepada ibubapa/penjaga yang hadir pada pagi itu

Alhamdulilah..

Sabtu, Januari 19, 2013

Majlis kecemerlangan UPSR Bersama Ibubapa thn 6,2013

Salam,

Pagi ini sedang berlangsung Majlis Kecemerlangan UPSR Bersama Ibu bapa tahun 6..

Satu program wajib dalam membincangkan program dan aktiviti sebelum,semasa dan selepas UPSR murid-murid tahun 6 ,2013 ini.

Semoga perbincangan ini dapat mencapai objektif yang diinginkan.

Titipan foto :
ucapan oleh guru besar : En Shahidan b Haji Said

sesi pendaftaran ibubapa/penjaga murid tahun 6

ucapan bermaklumat oleh Tuan Haji Mohamad Afandi b Hj Dahlan,YDP PIBG SKI

barisan ibu bapa/penjaga murid tahun 6 yang hadir.

barisan pencatat yang setia untuk mencatat kan segala perbincangan...Cikgu Huda dan Cikgu siti Saporah..

cepat cikgu-cikgu...ambil p.a sistem tu...ibubapa dah mula hadir tu...hehee...berdiri ustazah narimah,cikgu Rosnah dan cikgu Maryantie.

taklimat oleh penyelaras tahun 6 2013 oleh Cikgu Rosnah bt Seman

wajah-wajah sebahagian guru-guru tahun 6 2013

taklimat guru matapelajaran teras BI oleh Puan Hajah Harlina Ghazali

sesi soal jawab dengan ibubapa/penjaga :--


Terima Kasih atas semua cadangan,komentar dan semuanya la....

Selamat Berusaha!!!

Selasa, Januari 15, 2013

Terima Kasih Guru SKBBKS...

Salam..

Alhamdulilah...Semalam 14hb...saya telah dijemput oleh Ustazah Zaini dari SK Bandar Baru,Kuala Selangor untuk memberikan ceramah Fununun lughat kepada guru-guru Bahasa ARAB..

Alhamdulilah..satu lagi pengalaman dapat diperolehi darinya...awalnya saya agak ketar juga untuk memberikan ceramah tersebut kerana rasa diri kerdil dengan ilmu lughat arabiah yang sedikit..namun,saya tekad untuk mencabar diri dalam ilmu 'public speaking' ni...bila lagi kan...hehe

Alhamdulilah...berkat kerjasama semua guru-guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Bandar Baru,majlis semalam berlangsung dengan jayanya..

Harapan saya,ustaz dan ustazah SKBBKS dapat lah mengutip sedikit ilmu dari kursus LADAP : KSSR Bahasa Arab tersebut..

TERIMA KASIH..

Suasana di dalam program LADAP...Slot terbahagi kepada 2 iaitu slot 1 ; Funun Lughat disampaikan oleh Ustazah Norulaini BT Mohd Nawi dan slot 2 ; Penerangan mengenai DSK dan DSP oleh Ustaz Firdaus b Rawi di dewan seminar,SKBBKS.

Rabu, Januari 09, 2013

Berita j-QAF dan MTQSS 2013 ...

Salam

sila dapatkan DI http://www.bpi.edu.my/v1/ :

1.PANDUAN PELAKSANAAN MODEL-MODEL P&P, KOKURIKULUM & RANCANGAN TAHUNAN j-QAF IAITU

PAI-JQAF - Kem Bestari Solat Tahun 4
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan Model-Model P&P dan Kokurikulum j-QAF Tahun 4
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan Model-Model P&P dan Kokurikulum j-QAF Tahun 6
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan PI-j-QAF dan Rancangan Tahunan T4
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan PI-j-QAF dan Rancangan Tahunan T1,T2 & T3

Dan maklumat mengenai :

2. Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Sekolah, Daerah, Negeri Dan Kebangsaan Kali Ke-39, Tahun 2013 / 1434 H

Sekian terima kasih.

Rabu, Januari 02, 2013

Selamat kembali ke sekolah 2013...

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah ..selawat ke atas rasul tercinta...

Hari ini saya berkesempatan untuk mencoretkan sedikit kata-kata di blog ini..agak lama saya berdiam diri di sini sekadar menjenguk sekali sekala kerana sibuk dek menjalani kehidupan sebagai seorang anak yang cuba sedaya upaya mengembirakan hati emak tersayang dan keluarga...saya sengaja tidak menyibukkan diri memikirkan hal ehwal sekolah...

Hari ini bermula sesi persekolahan bagi penggal pertama 2013..
Melihat kehadiran murid-murid anak desa Ijok menghiburkan sedikit hati saya yang agak sedih di !@#$ oleh mereka yang !@#$. tidak mengapa walau ditendang apa pun tugasan saya di sekolah namun saya mengharapkan belas ehsan ALLAH tidak putus-putus ke atas saya kerana saya amat takut jika ALLAH jauh dari saya..

bak kata Ustaz Syed Abdul Kadir Bin Syed Hussin Al-Joofre :

'Sebab kita tertekan apabila tidak mengakui bahawa kita menjadi hamba kepada dunia. Jika kita bekerja sebab mahu dipandang oleh majikan, itu hamba dunia. Jika kita bekerja sebab mahu dapat gaji untuk makan, itu hamba kepada dunia. Jadilah manusia yang memiliki jiwa besar bahawa kita bekerja kerana ALLAH.
Menanti mengharap REDHA serta pengiktirafan manusia, adalah sesuatu yang tidak akan mampu kita kecapi.
Esok manusia suka kepada kita, lusa manusia akan lupakan kita. 1000 kebaikan yang dilakukan, kerana 1 kesilapan itulah yang dijaja. ALLAH....ALLAH....ALLAHU ALLAH... Bahkan redha ALLAH adalah suatu kebahagiaan yang diertikan sebagai BAHAGIA... Cukuplah bagiku ALLAH....'

Justeru,saya cuba menilai diri sendiri dengan kata-kata hikmah di bawah :

saya melakukan tugas mengikut kemampuan yang ada dan hanya untuk mereka yang mempercayai kerja-kerja dan keupayaan saya...bukan untuk tunjuk-tunjuk siapa yang hebat..tegur lah kelemahan dan kekurangan saya bukan nya menjadi kan ia sebagai dendam untuk dibalas.

Buat murid-murid ustazah...
Selamat kembali ke sekolah semula,teruskan usaha kalian kearah kemenjadian manusia bertaqwa dan mencari Redha Allah dalam menuju syurga di akhirat yang dijanjikan NYA.

Buat warga pendidik Ijok,
Selamat bertugas kembali,teruskan kerajinan kita mendidik anak murid kita,kukuhkan keakraban ukhuwah kita,moga usaha kita itu diterima ALLAH Dan ia menjadi penolong kita sewaktu hukuman ALLAH dijalankan di alam akhirat nanti.

Buat ex-murid tahun 6 2012,
Tahniah atas kejayaan merangkul 5A dalam UPSR yang lepas..yang kurang berjaya kita kuatkan usaha dalam memajukan diri di sekolah menengah nanti.(buat Adlin,Tahniah dari ustazah....hebat adlin...walaupun sibuk menghafaz nota-nota bercerita kisah Nabi untuk pertandingan MTQSS,tetap berjaya dengan 5A juga akhirnya...bangga ustazah sekejap...hehee).

Terima Kasih..

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...