Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, November 18, 2012

Jom Hayati bersama...

Salam.

Tiada kata yang mampu saya lafazkan...hanya doa tulus di panjatkan kepada ALLAH SWT.
Moga kesengsaraan dan kesabaran mereka ditukarkan syurga firdaus di Kehidupan SANA nanti..amin.

Klik :

http://www.youtube.com/watch?v=7Az5_hO22KU&feature=player_embedded

semoga Allah bersama-sama kita..AMIN.

Khamis, November 15, 2012

Kem Remaja Super 2012 (JAIS)

Salam

inilah dia backdrop KEM REMAJA SUPER..

Alhamdulilah..telah masuk sudah tahun baru Hijriyah 1434..Rasa amat laju masa berjalan dan telah bermula juga cuti persekolahan bagi sesi 2012 ini.

Rasa syukur saya panjat ke hadrat Ilahi,atas nikmat-nikmat yang telah diberikanNYA kepada saya,insan yang kerdil yang punya banyak dosa..moga Allah sentiasa bersama-sama ku dan menjagaku..amin.

Sekadar ingin mencoretkan sedikit pengalaman menjadi Jurulatih bagi program KEM REMAJA SUPER 2012 anjuran JAIS yang telah diadakan pada 10-12 hb Nov 2012 di Pusat Latihan Asnaf Zakat,Ulu Yam,Selangor..Alhamdulilah..satu lagi pengalaman baru buat saya bersama teman-teman Jurulatih yang lain dalam mengendalikan program bermanfaat buat adik-adik generasi baru dalam membentuk jati diri dan sahsiah unggul sebagai seorang yang beragama Islam berlandaskan acuan Islam.

Kem 3hari 2 malam yang berlangsung itu amat memberikan satu kepuasan buat diri saya,pelbagai ilmu dapat dipelajari,berkenalan dengan adik-adik baru,mengenal identiti adik-adik yang sangat muda dalam mengenal erti hidup dll.

Antara foto-foto indah yang ingin dititipkan :--
rumusan dan pengajaran daripada Us Mazlan kepada peserta-peserta kem daripada permainan yang telah dilakukan bersama..

ICE-BREAKING kepada peserta-peserta kem ...permainan belon.

khusuk peserta kem mendengar taklimat daripada Jurulatih..

permainan bintang yang benar-benar menduga minda peserta...

menunaikan solat zohor dalam keadaan pakaian yang basah selepas merunut di hutan

permainan tisu...hehee...gelak tengok gelagat para peserta..berjuang untuk sampai ke akhirnya..

taklimat oleh ustaz Azwar kepada peserta kem sebelum mereka turun ke sungai dengan bahan-bahan memasak..

ini lah dia hasil susah payah memasak dengan bahan-bahan yang ada..alhamdulilah...tetapi kelihatan para peserta memang selera betul menikmati juadah yang ringkas itu..maklumlah, lapar punya hal,apa yang ada memang sedap..

setelah penat memasak,apa lagi jom kita berendam..uhh..air yang betul-betul deras..

ustazah Ruzila menunjuk cara membasuh peralatan memasak..rupanya gunakan pasir sahaja untuk menghilangkan hitam-hitamnya..

Jurulatih-jurulatih pun tak ketinggalan untuk menjamu selera..

dan hari penutupan Program :--
barisan vip terhormat dibarisan hadapan : Tn Hj Marzuki (Pengarah JAIS),Ustazah Jamilah (JAIS) DAN Ustaz Asypul Adli (Ketua kem Komanden)

Sekalung penghargaan TERIMA KASIH kepada barisan Jurulatih-jurulatih Dakwah Pendidikan Islam Kokurikulum,JPS :-

dihadapan :--ustaz Azwar,Cikgu Fahmi,ustaz Hasnol,dan dibelakangnya Ustazah Aini,Ustazah Ruzila dan ustazah Fathiyah..

Terima kasih semua.. ;)

---habis program,allahuakbar,saya betul-betul kepenatan,tidur dalam kereta sepanjang balik ke rumah..dan lepas 2-3 hari,perut sakit..aduii,benar-benar hebat dugaan ni..hehee..tak pe lah...

Ahad, November 11, 2012

Majlis Alfun As-Syukr 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulilah ,sahabat yang dirahmati Allah semua..

Sebahagian barisan Jurulatih hebat negeri Selangor yang hadir ke dewan besar masjid putra,Putrajaya.

Dikala ini,saya sedang berada di Pusat Latihan Asnaf Zakat,Ulu Yam,Selangor bagi mengikuti satu Kem Remaja Super 2012 dibawah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Namun,saya tidak bercadang untuk bercerita tentangnya sekadar masa yang sedikit terluang ini ingin saya melaporkan sedikit pengalaman Manis dalam Majlis Alfun As-Syukr 2012 yang telah berlangsung pada hari Khamis (8 hb November 2012)di Masjid Putra,Putrajaya jam 2.00 petang.

Alhamdulilah..Tiada lafaz kesyukuran untuk saya luahkan ketika berada di sana...suasana syahdu penuh kerendahan diri saya dikelilingi sebahagian Para Jurulatih hebat negeri Selangor...rasa kerdil diri saya dibandingkan dengan mereka..

Namun,saya penuh kerendahan diri ingin mengucapkan Terima Kasih kepada pihak Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Islam Selangor dan Semua JK Pelaksana Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang telah banyak membantu dan menunjuk ajar saya..Jasa kalian amat saya hargai..

Semoga Usaha kita itu mendapat Rahmat dan diberkati oleh Allah Taala..

Dari pena yang kerdil ini :--

Jasamu DIKENANG !!

Salam

Persaraan Wajib buat Guru Besar SKI :
Encik Norhamshah bin Yaacob pada 9hb November 2012/JUMAAT

Pelbagai aktiviti telah dibuat dengan sambutan yang sederhana tetapi meriah dalam kesedihan sedikit..lumrah alam..setiap pertemuan pasti kan ada perpisahan...

Sedikit foto kenangan sambutan yang telah dibuat di peringkat sekolah anjuran Badan Kebajikan sekolah Kebangsaan Ijok.

Cenderahati daripada GB ISTIMEWA buat semua warga SKI

bacaan terakhir bagi GB bersama-sama warga SKI dalam program wajib sekolah iaitu bacaan Yaasiin di dalam dewan.

antara tetamu kehormat yang hadir pada pagi itu,YDP PIBG,NAIB YDP PIBG,Pegawai JPS,Mantan GPK KOKO,DLL

Kata-kata terakhir daripada GB ..Syahdu dan penuh keceritaan buat warga SKI

Penyampaian hadiah pibg oleh YDP PIBG buat GB

ketua BAKSI,En Mohd Tahrin selaku pengurus program persaraan sedang memberi ucapan di majlis petang itu di d'Manggis...makan lagi..Alhamdulilah.

Catatan kehadiran Terakhir GB di buku kehadiran Guru SKI DI REKODKAN...

Perarakan perpisahan,GB menaiki moto Berhias sambil diiringi WARGA SKI menuju ke hadapan pintu pagar Sekolah..Selamat Tinggal cikgu!!!

ini hadiah daripada kami,Kelab ICT sekolah kepada GB..

Saya bersama-sama Guru lain di d'Manggis ,jamuan petang itu...ALHAMDULILAH...

TERIMA KASIH cikgu Norhamshah...JasaMu DIKENANG..
MOHON MAAF Segala-galanya...

Selasa, November 06, 2012

Jamuan Perpisahan tahun 6, 2012

Salam

ucapan oleh puan Rumailah Suradi sebagai wakil guru dalam menitipkan kata-kata nasihat buat semua murid tahun 6 sebelum mereka melangkah keluar meninggalkan sekolah Kebangsaan Ijok

Alhamdulilah...rasa kekenyangan setelah menikmati juadah hari perpisahan murid-murid tahun 6 2012.

Sambutan perpisahan yang diadakan pada hari ini..mensyukuri kepada semua guru SKI dan kakitangan SKI yang banyak membantu mereka sepanjang mereka belajar di sini sehingga ke tahun 2012.

Sedikit titipan kenangan majlis tadi --

Penyampaian hadiah kepada murid oleh pn Sahariah Harun bagi aktiviti yang telah dijalankan bagi program selepas peperiksaan UPSR.

Pemberian hadiah kepada semua guru oleh murid-murid tahun 6 sebagai ucapan TERIMA KASIH mereka atas didikan tanpa kenal letih yang diberikan kepada mereka sepanjang berada di SK Ijok

murid-murid tahun 6 sedang mengambil makanan..gembira dapat makan bersama teman-teman

apa lagi..moh la kita menikmati juadah yang disediakan..alhamdulilah.

Terima Kasih semua murid tahun 6/2012,Ustazah pasti merindui gelagat kalian semua..
Moga Allah sentiasa melindungi kalian dimana jua kalian berada.Amin.

Isnin, November 05, 2012

Seminar Keibubapaan : Menangani ISU LGBT Siri 2 2012

Salam

Suasana di dalam dewan pada pagi 5 Nov 2012....sejuk dan tenang..

Saya mulakan dengan petikan sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA,bersabda Nabi SAW …’EMPAT golongan yang berada dalam murka ALLAH pada pagi dan petang,iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan(pondan),perempuan yang menyerupai lelaki(tomboy),penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat(homoseksual).’

Ia antara beberapa hadith yang amat jelas dan terang tentang hukum perbuatan-perbuatan tersebut.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sebenarnya,apabila saya mulakan dengan hadith tersebut ini kerana pada hari ini, saya bersama dengan rakan-rakan sekerja telah diminta untuk hadir ke satu seminar penting iaitu SEMINAR KEIBUBAPAAN ; MENANGANI ISU LGBTIQ SIRI 2 di 1Plaza,Kuala Selangor.

Alhamdulilah,tiba disana jam 8.00 pagi dan kelihatan begitu ramai golongan pendidik di daerah Kuala Selangor ini rupanya..telah dianggarkan oleh pihak penganjur dalam lingkungan yang hadir seramai 800 lebih orang.

Bergambar bersama dengan teman-teman di luar ballroom..

Sahabat yang disayangi semua,

Antara objektif program :
-memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta mengenai pengertian LGBTIQ,simptom-simptomnya serta pendekatan terbaik bagi membendung penularan budaya rosak ini
-memberi kesedaran tentang pengaruh perlakuan LGBTIQ yang semakin membimbangkan dalam cara hidup masyarakat ini
-melebarluaskan ilmu ini di sekolah masing-masing dengan penyampaian maklumat kepada murid-murid,ibu bapa dan orang lain

Melihat objektifnya sahaja saya merasakan amat pentingnya program ini apatah lagi setelah mendengar taklimat dan pendedahan yang telah disampaikan oleh mereka yang berautoriti mengenainya.Sesungguhnya,satu soalan yang dimulakan oleh setiap penceramah tadi kepada kami :

ADAKAH KITA SELAMAT DARIPADA LGBT INI??
BAGAIMANA KELUARGA KITA?
ANAK-ANAK KITA?
SAUDARA-MARA KITA?
MURID-MURID KITA?
MASYARAKAT KITA?
NEGARA KITA?
AGAMA KITA?

Jawapnya : tidak selamat selagi kita tidak mengambil langkah-langkah yang serius untuk bersama-sama mencegahnya..

Antara slot-slot yang berjalan tadi :
Sesi 1 - LIBERALISASI -Cabaran Masa Kini oleh YBHG Dato' Haji Shahlan b Ismail (Pengerusi Majlis permuafakatan PIBG SEKOLAH-SEKOLAH Putrajaya)
Sesi 2 - Pengenalan LGBT (Overview & Simptom LGBT ) Oleh CR Haji Hushim b Haji Salleh (Hushim Motivational & Counseling Consultancy)
Sesi 3 - Forum : Perkongsian pengalaman dengan bekas LGBT
Sesi 4 - Rumusan Seminar

Penutupannya tadi telah disempurnakan oleh YBHG Tn Haji Mahmud b Karim ( Pengarah,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor )dan berakhirnya program pada jam 2.30 petang.

Alhamdulilah,banyak sungguh manfaat yang saya peroleh dan ia menjadi satu kewajipan saya dan teman-teman yang lain untuk menyebarkannya dan memberi maklumat kepada insan-insan yang kami sayangi untuk jauh jauh dan terus menjauhi gejala LGBT ini..

Ceramah hebat oleh :CR Haji Hushim b Haji Salleh (Hushim Motivational & Counseling Consultancy)..

Ya ALLAH,lindungilah kami daripada penyakit-penyakit buruk ini dan selamatkan lah kami daripadanya..Moga ENGKAU dapat menjaga hati-hati kami dan memberi KASIHMU,CINTAMU kepada kami selamanya.Amin.

Khamis, November 01, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012

Salam

Backdrop hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012..Cantik dan berseri..

Alhamdulilah,Hari ini telah berlangsung majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar peringkat SK Ijok 2012..

Tahniah saya ucapkan kepada murid-murid SKI yang telah berjaya dan cemerlang penglibatan mereka sama ada di bidang Kurikulum dan Kokurikulum tahun 2012.

Majlis yang telah bermula sedari jam 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi dengan dihadiri tetamu kehormat Tn Haji Mohamad Afandy b Hj Dahlan (YDP PIBG SKI)selaku perasmi majlis,Ahli-ahli PIBG,dan ibu bapa/penjaga murid yang turut hadir memeriahkan lagi majlis pagi tadi.

Sedikit foto-foto bahagia yang dapat di ambil tadi :---

Penyampaian sijil graduasi kepada murid tahun 6

YDP PIBG turut menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

GB menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

PK HEM menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

penyampaian sijil graduasi kepada murid tahun 6

Kehadiran ibu bapa memeriahkan majlis

Barisan guru-guru tahun 6 bersama YDP PIBG,GB dan PK HEM bergambar bersama bagi upacara selingan Graduasi Tahun 6 yang pertama kali diadakan bagi tahun 2012 ini bagi menghargai usaha dan kerajinan murid-murid tahun 6 di sekolah.

Wajah-wajah murid tahun 6 dalam pemakaian Jubah Graduasi mereka :--


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini tadi..

Semoga ia menjadi sumber kepada murid-murid untuk terus berusaha menjadi seorang murid yang berjaya di dunia dan di akhirat...

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...