Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Jun 24, 2012

KBS Siri 3&4 2012

Salam..

Alhamdulilah,satu lafaz syukur saya panjatkan kepadaNYA atas semua nikmat yang diberikan kepada saya kini..walaupun ada kala hati ini agak gundah gelana dek cabaran-cabaran hidup yang amat menakutkan,namun saya percaya tuhanku itu maha adil atas segala-galanya.

sahabat yang dirahmati Allah

Rasa gembira sedikit kerana projek besar saya bagi tahun 2012 ini hampir selesai..apa lagi projek KEM BESTARI SOLAT la..Sebanyak 4 kali kem telah pun berlangsung yang melibatkan semua guru agama yang menjadi FASIS utama dan sebahagian daripada guru-guru SKI yang budiman yang ingin membantu kami sebagai JK yang berkaitan.

TERIMA KASIH semua..Allah sahaja yang dapat membalasnya..Moga segala pengisian KBS SIRI 1-4 itu mendapat manfaat yang banyak buat murid-murid SKI,2012.amin

Sisipan foto KBS Siri 3,peserta semua tahap 2 (Jumaat,22 Jun 2012):--

Aktiviti yang dilakukan ialah Latih tubi bacaan doa QUNUT,LDK Mencari kalimah QUNUT yang hilang,berwudhuk menggunakan air botol mineral,Pembentangan dalam Kumpulan,solat asar berjemaah yang diimamkan oleh tn hj Mohd Shadan b Setah(GPK Kokurikulum) dan pembahagiaan cokelat kepada semua murid sebagai saguhati kerana dapat hadir ke kem.











Sisipan foto KBS Siri 4, peserta semua tahap 1 (Sabtu,23 Jun 2012):--

Aktiviti yang dilakukan ialah Teori dan amali wudhuk,praktikal solat Subuh berjemaah dan pembahagiaan cokelat kepada semua murid sebagai saguhati kerana dapat hadir ke kem.












akhir sekali..dapat cokelat..emmm..bestnya...rugi laa sapa tak datang kem..hmm..


Alhamdulilah...dan

mohon Maaf zahir dan batin kira ada kelemahan saya sepanjang saya merancang aktiviti kem ini bagi tahun 2012..yang maha hebat semua dariNYA dan yang dhoif itu datangnya dari saya,insan kerdil yang tak punyai apa-apa...


Jumaat, Jun 22, 2012

Majlis Sambutan Isra' Mikraj 1433H

Salam.

Hari ini sedang berlangsung sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah 2012 ..

Sambutan yang sederhana..Moga ada keberkatan dari sambutan itu.Insya Allah.

Terima kasih kepada penceramah Jemputan,En Kamarul Azami (Pengurus IQ Class Management)

Penceramah sedang menyampaikan ceramahnya:


Suasana sewaktu ceramah...


Isnin, Jun 18, 2012

Tahniah Semua guru SKI !

Salam.

Alhamdulilah,pada minggu lepas hari Rabu (13hb jun) telah berlangsung sambutan Hari GURU Peringkat Daerah Kuala Selangor di stadium Kuala Selangor..Semua warga pendidik daerah Kuala Selangor telah dijemput ke sana untuk mengikuti pelbagai acara yang telah disediakan oleh pengurusan PPD Daerah..dan

Alhamdulilah..Sekali lagi SKI telah memenangi 2 acara yang dipertandingkan.Acara itu ialah Perbarisan terbaik dan Sepanduk terbaik..Tahniah semua...


Bergambar bersama...Semoga ianya mejadi satu lagi inspirasi untuk kita untuk terus berbakti mendidik anak bangsa kearah jalan yang diredhai Allah.

***Pada hari tersebut saya tidak dapat hadir kerana ''mood'' diri kurang baik hari itu..mohon kemaafan semua...

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...