Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mac 29, 2012

Kenduri kecilan- MTQ 2012

Alhamdulilah

Semalam,kami (panitia Pendidikan Islam)sempat juga mengadakan sedikit kenduri kesyukuran kecil-kecilan.Ia sekadar melahirkan tanda ucapan TERIMA KASIH kepada semua peserta MTQ SKI yang telah berusaha sehabis baik bagi memperolehi kemenangan tak kira la di peringkat Zon @ Daerah mahupun Negeri @ Kebangsaan.

wajah ceria peserta MTQ SKI ...gembira dapat menikmat ayam goreng KFC..


Terima Kasih buat ;
1. Adik Zafran & adik Dayini (acara hafazan tahap 2)
2. Adik Falakh & adik Adlin (acara bercerita)
3. Adik zubair & adik Wusqo (acara tilawah)
4. Adik Hatim & adik Syasya (acara hafazan tahap 1)

simpanan peserta :
Adik Jamilah Hanum,Elisa dan Dte Fathi bagi acara tilawah .

Terima Kasih buat Jurulatih :
1. Ustazah RinaIryani & Pn Siti Saporah (acara bercerita)
2. Ustazah Norulaini (acara Tilawah)
3. Ustazah Siti Narimah & Ustaz Shamsudin (acara hafazan)

Semoga kejayaan akan terus mengiringi kita...amin.

Selasa, Mac 27, 2012

Tahniah!! buat peserta SKI dalam MTQ Peringkat Daerah K.Sel 2012

Alhamdulilah...bergambar bersama sebelum kami bergerak pulang ke sekolah...Kelihatan disitu Adlin,Wusqo,Syasya,Falakh dan dibelakangnya Us Din,Ustazah Rina dan Ustazah Aini

Alhamdulilah

Allahuakbar...SubhanAllah..Alhamdulilah..

Terima Kasih ya Allah..Terima Kasih semua yang terlibat dalam memberi latihan kepada peserta-peserta MTQ Peringkat Daerah Kuala Selangor 2012.

Acara kemuncak nya telah pun berlangsung tadi di SMKA Kuala Selangor yang telah dirasmikan penutupannya oleh YB Tuan Haji Sulaiman bin Razak (Ahli dewan undangan Negeri kawasan Permatang)

Tahniah buat :---

1. Adik Abdul Falakh - JOHAN bercerita (l)(akan berjuang terus ke peringkat negeri yang mewakili daerah Kuala Selangor)
2. Adik Urwatul Wusqo - NAIB JOHAN Tilawah al-quran (p)

Saguhati buat :---

1. Adik Adlin Farahin - Bercerita (p)
2. Adik Syasya - Hafazan tahap 1 (p)

Semoga kejayaan yang diperoleh itu dapat memberi kebaikan kepada kami khususnya buat semua peserta MTQ SKI..

sebelum bergerak ke SMKA..bacaan doa kami pohonkan...

Terima Kasih buat guru SKI yang telah memberi kerjasama kepada kami (jurulatih) sewaktu sesi latihan MTQ Peringkat Daerah ingin dijalankan..

tq kerana membenarkan saya membawa keluar murid untuk dilatih...
tq kerana memahami masa-masa saya yang sangat suntuk untuk melatih wusqo..
tq atas motivasi,kata-kata perangsang untuk saya terus melatih murid-murid ini..
tq atas semuanya..
Kejayaan peserta-peserta itu juga adalah kejayaan kita bersama..Alhamdulilah..

Apa-apa pun, TAHNIAH Semuanya!!!!
selamat maju jaya untuk peserta-peserta MTQ dan Festival nasyid yang akan mewakili Daerah Kuala Selangor ke peringkat negeri nanti (kalau tak silap tarikhnya 7hb April).

Sedikit foto yang sempat saya ambil tadi :----

Alhamdulilah..Mendengar keputusan Johan bercerita diumumkan yang telah disandang oleh Falakh,saya berpelukan dengan ustazah Rina,subhanAllah,rasa gembira kerana penat lelah selama ini terbalas juga dengan mendengar kejayaan falakh..tetapi berdukacita sikit kerana Adlin tidak berjaya keperingkat seterusnya..

Wusqo sedang menerima hadiah bagi tempat kedua dalam acara tilawah al-quran..gembira betul wusqo..bagi saya wusqo memang patut mendapatnya kerana melihat kesungguhannya ketika berlatih,rasa semangat walaupun adakalanya tekaknya sakit sikit..tetapi nah! natijahnya kejayaan juga yang diperolehi..

ini lah suasana tempat bagi acara tilawah al-quran yang sedang berlangsung,bertempat di surau ar-ridhuan..Alhamdulilah,bacaan yang lancar..

Jumaat, Mac 23, 2012

semoga berjaya!!

Sesi latihan Tilawah al-quran di bilik guru...Wusqo,semoga berjaya..walaupun suara tak berapa sihat,namun semangat nya tetap ada..Terima Kasih Wusqo!!

Alhamdulilah..

Insya-allah,pada 27hb Mac ini,MTQ Peringkat Daerah Kuala Selangor akan berlangsung di SMKA Kuala Selangor.Pada kali ini,SKI akan menghantar 4 orang peserta yang akan berlawan dalam acara:

1. Pertandingan Tilawah Perempuan
2. Pertandingan Bercerita Lelaki dan Perempuan
3. Pertandingan Hafazan Miftahussudur Perempuan

Semoga Berjaya semuanya!!!

Pada Allah,kita serah segala-galanya..moga kejayaan akan terus mengiringi kita..amin.

Rabu, Mac 14, 2012

Cuti..cuti...

si kecil ni...Iman..allahuakbar!!! suka nya dia...manis senyumannya ;)

Alhamdulilah..

Terima Kasih Ya Allah,tiada lafaz syukur dan rendah dirinya saya kehadrat Ilahi atas nikmat-nikmat hidup yang diberikan kepada saya dan keluarga..Alhamdulilah.

Hari-hari cuti persekolahan yang sangat saya hargai bersama keluarga dan saudara-mara tersayang di kampung.Rasanya murid-murid ku juga sibuk bercuti bersama keluarga mereka di kampung.Dan keyakinan saya ditambah lagi la dengan percaya buku-buku mereka pasti tidak terusik pun di beg sekolah masing-masing kecuali murid-murid tahun 6 yang terpaksa juga hadir ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan atau ke tuisyen berbayar bagi meneruskan latih tubi pelajaran teras mereka.Apa-apa pun,Selamat meneruskan cuti kalian dan apa jua perkara baik yang akan,sedang dan telah kalian lakukan..moga semua itu mendapat redha Allah,Insya-Allah.

Saya pula??

Alhamdulilah,setakat ini semua dalam keadaan baik,walaupun,dicelah-celah kehidupan itu terdapat juga gelora melanda ..biasa lah…nama pun kehidupan,ada kala baik dan adakalanya sangat mencabar..

Sahabat ku,antara kenangan dan program cuti sekolah yang telah,sedang dan akan dilalui:----

-- perihal anak-anak buah yang sedang meningkat pembesarannya,lucu juga melihat telatah mereka,rasa sangat bahagia melihat wajah-wajah suci mereka yang bersih dari sifat-sifat hipokrit manusia yang jahat diluar sana

-- hubungan sesama adik beradik semakin erat dengan mengetahui khabar antara satu sama lain,dapat juga bergurau senda dengan mereka dan yang teringat sekarang adik bungsu saya si DAUS..amboi,Os..dah pandai bergurau ye..jam 11.30 malam dengan bersinglet dan berseluar jean birunya dan berkopiah putih,datang ke meja makan sewaktu kami sekeluarga sedang menonton tv dan emak sempat bertanya kepadanya :’nak kemana ni abang HAJI???dan dengan selambanya menjawab :’nak pergi banteras Khalawat ni”…hehee.Satu-satunya adik bungso saya yang ‘handsome’ yang pelbagai rencahnya..

-- dapat pergi ke pasar bersama keluarga dan membeli belah di sana..banyak wang mak kuar..maklumlah rumah mak riuh dengan anak-anaknya yang balik ke kampong untuk bercuti.so,banyak barang dapur kena beli..paling best part masak memasak..best..best!!! hehe

saya bersama mak..ni di pasar tanjung karang sedang membeli kopi ni..

--dapat naik kereta pesona baru adik dari Terengganu..Tahniah Acit!!!,apalagi dia jadi ‘driver’ kakaknya laaa…

-- mendengar masalah adik pompuan mengenai perihal suaminya..Sabar ya adik ku..

-- anak buah demam..bila baik sikit dah mula ligatnya..pusing2 kepala mama melayannya..jam 2 pagi abahnya pulang kerja semata-mata nak bawanya ke hospital dek siang hari badan kepanasan yang amat..

haa,,ligat sangat2 datang rumah atuknya..pas tu kan dah demam tu..pulak tu takut nak makan ubat..aduii..punyalah payahnya...

-- nak pergi ke sekolah ikut rancangannya..tetapi dek sibuk berada di kampong ni,langsung hilang minat nak ke sekolah melatih budak tilawah..risau juga saya…yelah masa amat suntuk sebelum pertandingan peringkat daerah bermula..moga ALLAH permudahkan urusan saya nanti..amin.

--mak sibuk wat persiapan nak gi umrah pada awal bulan April ini dan kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan mak sihat dan selamat pergi dan pulang.

--merancang nak sambung buat kertas kerja aktiviti Bahasa Arab di rumah..tetapi rasanya hajat itu tak kesampaian sebab fikiran tak terfokus kearah itu sekarang..sibuk melayan anak-anak buah yang hebat ini ;)

-- berkesempatan mendengar warna pagi di radio ikim.fm yang disampaikan oleh dj Siti dan Pian..best betul pagi-pagi seminggu saya ini,kerana banyak info membangun dan mewarnai minda saya.Alhamdulilah.

--berkesempatan pergi ke kedai makan saudara mara dan sempat gak kena perli kerana bila cuti sekolah baru dapat tengok muka saya kalau tidak berbulan-bulan la tak nampak muka den ni...aduii..kantoi saya..

Setakat ini dulu..sekadar santai –santai cuti seminggu persekolahan 2012

Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan melindungi kami sekeluarga..amin.

+++ TAHNIAH, buat adik saya kerana sekolah nya telah layak untuk menerima 'bia'ah'..alhamdulilah..huyoo...kaya dik oii..dapat habuan RM besar...bagi saya gembira juga bagi pihak adik ,kerana mereka dapat pun hasil usaha keras mereka dan semangat ikhlas mereka melakukan kerja-kerja persekolahan kerana Allah bukan atas habuan semata-mata sahaja..Tahniah Warga pendidik di SK Teluk Pulai,Klang.

haa..ni gambar ikan keli hidup di pasar..tapi hari tu kami tak beli ikan ni,beli ikan lain..

Rabu, Mac 07, 2012

FILEM dan lagu CINTA

foto filem menarik Hafalan Shalat Delisa..

Salam

sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua,satu lagi cerita yang telah menambat hati saya..sebenarnya sudah agak lama saya tidak menonton filem secara konsistennya..entah apa la pulak filem ini telah menarik saya untuk menontonnya secara khusuk,ini pun kerana saranan sahabat baik yang disayangi yang menyuruh saya menontonnya..hehe..Thanks fren!!

Rumusannya ia adalah filem yang mendidik kita tentang perihal SOLAT yang juga ada nilai-nilai murni yang lain di dalamnya.

Tak perlu saya menceritakan kisah adik DELISA ini..sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua,jika ada kelapangan,sila lah menontonnya.. ;)

DAN

satu lagi cerita,minggu lepas,saya singgah sebentar di rumah mak tersayang dan tatkala saya mendodoikan si kecil Iman di bilik , terdengar sayup-sayup suara merdu nyanyian lagu cinta..Allahuakbar!! satu lagi melodi indah yang terdengar di telinga ini..lagu itu bertajuk Di Atas satu Cinta nyanyian Indah Dewi Pertiwi.

Minggu ini,saya pasang lagu itu di bilik guru sekadar alunan kecil di telinga ini dan rupanya ia telah menarik minat rakan-rakan guru lain untuk menanyakan lanjut tentang lagu itu..emm..jangkaan saya benar di minda iaitu mereka memohon saya untuk muat turun lagu tersebut.. ;)

Sahabat semua,lagu itu mengingatkan saya terus pada cerita si DELISA tu..tentang CINTA..

Saya cinta pada Allahyarham Abah kerana ALLAH
Saya cinta pada Emak kerana ALLAH
Saya cinta pada keluarga dan saudara mara kerana ALLAH
Saya cinta pada saudara seIslam kerana ALLAH

Sesungguhnya semua cinta itu keranaMU Ya ALLAH..

Lirik lagu itu :--
jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

* subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat selalu di hatiku

Sahabat yang dirahmati Allah,

apabila mendengar lagu tersebut,tetiba terasa diri sedang jatuh CINTA..SubhanAllah ..aku sedang mencintainya..sangat mencintainya..kekalkan cinta itu hingga ke syurga..

(post ini sekadar ingin melari kan diri sekejap dari perihal huru hara sikap manusia yang tidak memberikan tauladan baik bagi insan kerdil ini..moga diri ini terpelihara dari kejahatan manusia itu.Ya ALLAH,pada MU ku memohon perlindungan,sayangi dan rahmatiku Ya Rabbi,amin)

Isnin, Mac 05, 2012

Kenangan MTQSS Peringkat Zon Bestari Jaya 2012

Banner indah MTQSS Zon Bestari Jaya 2012..ceria.. ;)

Salam Sahabat yang dirahmati Allah..

Alhamdulilah..Sekadar foto bahagia pada pagi perhimpunan sekolah hari ini...

Para peserta MTQSS bergambar bersama dengan piala dan sijil kemenangan mereka di peringkat zon bestari Jaya 2012..Alhamdulilah.

Barisan Para jurulatih bergambar bersama..Terima Kasih !!

Piala Naib Juara bagi acara Tilawah Al-Quran yang telah dimenangi oleh Adik Wusqo..Tahniah wisqo !! moga ada kejayaan pada peringkat seterusnya ya,Insya Allah.Amin.

Terima Kasih Ya Allah !!

Khamis, Mac 01, 2012

Tahniah semuanya!!

bacaan doa yang diketuai oleh GPK KOKO (TN Hj Mohd SHADAN) Di bilik Jauhari pada pagi tu sebelum para peserta bergerak menuju ke medan juang..kelihatan disana Us Din, Ustazah Siti Narimah dan Ustazah Rina.Doa dipohon kepadaNYA dan kami hanya berserah apa-apa pun keputusannya nanti PadaNYA.

Salam.

Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Terima Kasih Ya Allah.

Tiada hari paling bahagia buat saya bersama team agama SKI pada hari ini..

Tak perlu dipanjangkan coretan saya,sekadar berkongsi sedikit kemenangan yang telah kami terima pada pertandingan MTQ Peringkat zon Bestari Jaya 2012 yang telah berlangsung pada hari ini di SK Parit Mahang:

1. Pertandingan Bercerita (L) - Johan (Adik Abdul Falakh)
2. Pertandingan Bercerita (P) - Tempat ke-3 (Adik Adlin Farahin)
3. Tilawah Alquran (P) - Tempat ke-2 (Adik Urwatul Wusqo)
4. Pertandingan Hafazan Miftahussudur (P) - Johan (Adik Syaysa)
5. Tilawah Alquran (L) - Saguhati (Adik Zubair)
6. Pertandingan Hafazan tahap 2 (L/P) - Saguhati (Adik Zafran dan Adik Dayini)

Tahniah dan Tahniah semuanya...

dan kepada yang menang (tempat pertama-ketiga),sesungguhnya selepas ini masih banyak lagi perjuangan yang harus kita lalui di peringkat DAERAH..Semoga kalian masih ada kekuatan dan semangat ke arah itu ya...(ingatan untuk Ustazah juga)..

dan yang kurang berjaya itu,tak pe...kita cuba lagi ya di tahun depan,insya-Allah..

Terima kasih saya ucapkan buat semua jurulatih SKI yang telah melatih murid-murid kita..Moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa kalian itu.Amin.

Terima Kasih semua !!!!! Terima Kasih Ya Allah!

dan sebelum bergerak,saya dan ustazah Norizah bergambar bersama para peserta hebat SKI ni..berdiri tu --Syasya,Wusqo,Dayini dan Adlin dan yang duduk tu --Hatim,Zafran,Falakh dan Zubair..Ustazah bangga dengan kalian semua!! SYABAS!!

++++kebetulan pula pada hari ini saya terdengar satu lagu nasyid ni,SubhanaAllah..merdu sungguh melodinya (sebenarnya saya sedikit relax sebab dah habis melatih tilawah kat budak2 ni,tu yang ada sedikit waktu tu search kat youtube nasyid terkini) dan antara lirik yang didengar :--

""Ku cinta pada-Mu Lebih dari segala-gala/ Mampukah kupertahankan cinta ini Dalam mengabdikan diri pada-Mu/ Andai ada kata yang lebih baik/ Dari ucapan terima kasih/ Pastikan kuucap setulus hati/ Tanda cintaku pada-Mu/ Lailahaillallah/ Allahu Rabbi Lailahaillallah, Allahu Akbar! /Andai ada hadiah yang lebih baik/ Dari melodi/ syukurku/ Semestinya kupersembahkan pada-Mu /Tanda cintaku,/tanda cintaku... Pada-Mu! Hasbi Rabbi jallallah Mafi Qalbi ghairullah Nur Muhammad Sallallah Setiap hela nafas Setiap gerak tangan Setiap degup jantung Setiap gerak kaki Takkan pernah bermakna Tanpa cinta-Mu..""

Allahuakbar !! sedap sungguh nyanyian ini.. apa lagi laaaaaayan la..:)

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...