Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Februari 29, 2012

Moga Berjaya esok murid2 ku..

Sesi latihan Tilawah di bilik Jauhari..Semoga berjaya adik Wusqo dan Zubair..Jaga suara okey!!!

Salam

Esok adalah hari kemuncak pertandingan MTQSS Peringkat Zon Bestari Jaya 2012 di SK Parit Mahang.

Semoga adalah kemenangan yang akan dicapai oleh SKI nanti..

Selamat Berjuang peserta-peserta Pertandingan Bercerita (L/P),Pertandingan Tilawah Al-Quran (L/P) DAN Pertandingan Hafazan (L/P)..

Doa ustazah mengiringi kalian semua.. ;)

latihan bercerita lelaki oleh adik Abd Falakh
dan
latihan bercerita oleh peserta perempuan,adik Adlin

Isnin, Februari 27, 2012

Mesyuarat JU Dakwah peringkat JPS 1/2012

mesyuarat JU Dakwah sedang berlangsung di dewan Utama,JPS.

Salam sahabat yang dirahmati Allah.

Alhamdulilah..dan Selawat keatas Rasullulamin Muhammad s.a.w berserta keluarga baginda yang dirahmati Allah sekeliannya.

Hari ini, saya telah menghadiri satu mesyuarat iaitu mesyuarat Jurulatih Dakwah program Nadwah kepemimpinan pelajar dan Dakwah bil hal peringkat negeri Selangor bagi tahun 2012.Mesyuarat yang bertempat di Dewan Utama,Jabatan Pelajaran Selangor,Shah Alam,Selangor.Ia telah dihadiri beberapa orang para jurulatih yang mewakili setiap daerah di negeri Selangor.

Dan

Alhamdulilah,pada tahun ini ,sekali lagi pihak JPS di bawah seliaan ketua program Ustaz Tn Hj Rosnen b Hj Alawi bersama 4 orang Ketua Jurulatih
(Ustaz Hj Kamil Sidek,Ustaz Abdul Lim,Ustaz Mohd Fadzli, Ustaz (maaf tak ingat namanya) ), telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu bersama-sama bagi menjayakan segala perancangan dakwah tahun 2012 ini.Justeru dibawah saya lampirkan antara program-program yang akan berlangsung :---

1. Sekolah Angkat Lembaga Zakat Selangor
2. Nadwah Kepemimpinan SMKA Peringkat Negeri Selangor ( 27-29 MAC )
3. Dakwah Bil Hal SK Asli ( 26-28 JUN )
4. Kursus Kejurulatihan Guru-guru PI ( 6-8 MAC )
5. Dakwah Bil Hal SJKC/SJKT ( 10-12 JULAI )
6. Kem Jati Diri Lelaki ( 10-12 APRIL )
7. Kem Jati Diri Perempuan ( 10-12 MEI )
8. Nadwah Kepemimpinan SMK (19-21 JUN / 17-20 SEPT )
9. Nadwah Kepemimpinan SABK Peringkat Negeri Selangor ( 3-5 SEPT )
Dan Peringkat Kebangsaan di Terengganu ( 1-4 OKT )

dan diantara lokasi program yang dicadangkan ialah :

1. PULAZ
2. Pusat KOKO DI Hulu Langat
3. Masjid KLIA
4. lIDAS Sabak Bernam

Semoga program-program yang dirancangkan itu mendapat bantuan dari Allah dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

** Sesungguhnya saya bersyukur pada Ilahi, kerana ada juga pihak luar benar-benar menghargai khidmat saya walaupun pihak dalaman sendiri seolah-olah tak perlukan khidmat saya langsung,membuang terus tugas saya..mashaallah!!

Walau apa pun,saya terangsang pada Nasihat Imam Hasan Al-Basri :--

"" AKU menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada di kalangan kamu atau orang yang paling soleh , kerana aku juga pernah melakukan kesalahan,Andainya seseorang itu menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya telah sempurna,maka tidak akan ada pendakwah,Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan ""

Semoga Allah memudahkan urusan saya di sepanjang perjalanan program dakwah itu nanti,InsyaAllah.Amiin.

*** Habis mesyuarat tadi,kami sempat singgah di masjid Shah Alam,pekena nasi ARAB..allahuakbar..sedap sungguh..alhamdulilah.. hehee.

Sabtu, Februari 18, 2012

KBS Siri 1/2012

slot praktikal solat subuh.alhamdulilah,secara rawaknya,saya lihat ada perkembangan baik melihat cara murid-murid tahap 1 bersolat cuma ia perlukan pemantauan selanjutnya untuk mereka lebih mengingati tatacara perlakuan solat yang betul.

Assalamualaikum

Hari Sabtu (18.2.2012), telah pun berlangsung KBS siri 1. Alhamdulilah,semua aktiviti berjalan lancar dengan dihadiri peserta-pesertanya dari tahun 1-3.Fasilitator pada kali ini melibatkan semua guru agama/j-QAF dan sebahagian daripada guru-guru SKI. Kem ini telah bermula sedari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Pada tahun ini, saya sekali lagi telah diamanahkan untuk menyelaras program Kem Bestari Solat dan saya mengambilnya sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi memantapkan ibadah solat murid-murid di SKI ini dengan dibantu sahabat-sahabat sekerja j-QAF yang amat saya hormati mereka.

Dan tahun ini,sebagaimana yang telah dirancang di dalam takwim perancangan program j-QAF 2012, acara KBS siri 1 akan bermula pada bulan Februari. Justeru, saya telah membuat ‘master plan’ KBS siri 1 itu dan telah pun berbincang bersama-sama team saya bagi merancang pengisian yang perlu dibuat pada kem pertama tersebut.

Harinya telah pun tiba..

ingatkan hari itu saya dan team akan bersemangat menguruskan KBS 1 ini,tetapi semangat kami jatuh terus apabila datang !@#$ yang asyik mengkritik dan kritik…memandang pengurusan kem kami ini sangat lah burok, datang sebagai musuh ketat yang hanya mencari kesalahan sahaja,pendek kan cerita, kem saya ini tak de lah yang baiknya di mata dia…pandai mengkritik sahaja, nak menolong kami bersama-sama jadi fasi mengajar murid-murid tentang solat emmm… jangan haraplah…rasa status tinggi dan tak layak duduk sekerusi dengan kami (orang bawahan),kalau rasa hebat sangat marilah turun,cuba sendiri urus kem untuk budak-budak kecil ni (saya cabar kerana Allah,saya hanya ustazah biasa-biasa je,ada hati dan akal yang terasa.)..uhh..
ALLAHUAKBAR!!sedih betul hati ini..

(Ya ALLAH, berikan lah kesabaran kepada kami,amin.)

Saya dan team,kuatkan hati kami untuk meneruskan kem ini,kami hanya memandang wajah anak murid kami sahaja dalam meneruskan kem ini sehingga ke akhirnya..dan ALHAMDULILAH,selesai juga..Terima Kasih Ya Allah..

Hanya 1 harapan besar saya,untuk kem seterusnya ,tidak berlaku lah gangguan jahat ini terjadi semula..

Terima Kasih buat GPK KOKO baru,Tn Hj Mohammad Shadan b Setah atas kerjasama dan kepercayaan beliau pada kerja-kerja kami terutamanya kerja saya dalam mengendalikan KBS ini ,juga buat sahabat guru-guru agama dan j-QAF SKI..Tak lupa juga buat cikgu Mazlan dan cikgu Rosnah yang membantu saya secara tak langsung.Tiada yang dapat saya berikan kepada kalian semua,hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjarannya.Dikesempatan ini,saya ingin memohon maaf kiranya ada sebarang kelemahan saya sebagai ketua fasi bagi kem yang pertama ini.

Apa-apa pun,badai melanda sekalipun,Ayuh,sahabat semua mari kita teruskan visi,misi j-QAF KITA!!!..pedulikan mereka yang yang sombong itu.

Sebahagian foto KBS Siri 1 tadi :----

Ustazah Rina sedang mengendalikan powerpoint slot wudhuk kepada murid-murid tahun 1 di surau sambil diperhatikan oleh Tn Hj M.Shadan,GPK Kokurikulum.

riang murid-murid tahun 3,bermain slot kotak beracun yang isinya mengandungi soalan-soalan tentang solat..slot yang dikendalikan oleh Us Din dan Ustazah Narimah ditapak bola gelanggang..

dan ini pula slot powerpoint bacaan-bacaan solat di makmal komputer bagi tahun 2.Slot ini dikendalikan oleh Us Yusof bersama dengan Ustazah hjh Norizah

Sahabat yang dikasihi Allah,

Kata-kata Syeikh Abdul Qadir al- Jailani ;

‘Jangan lah kamu takut kepada makhluk,dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu, Hendaklah engkau istiqomah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian,kerana Allah s.w.t akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu,dengan kebenaran dan keikhlasanmu,Bersungguh-sungguh lah engkau,berjalan dan kejarlah,kerana sesuatu itu tak kan datang kepadamu begitu sahaja,tanpa berusaha mengejarnya,sedangkan engkau mempunyai kewajipan untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki'

Semoga kata hikmat diatas dapat menenangkan hatiku ini..
(Ya Allah,pimpinlah hambaMU ini,lemah nya iman ku ini,hati ini terasa amat rimas dengan sikap 'dia' yang menyakitkan,hanya padamU ku serah suka dan duka hati ini.Sayangiku dan rahmatiku selalu Ya Rahman ,Ya Rabbi,RedhaMU ku harapkan..amin.)

Jumaat, Februari 17, 2012

Merentas Desa Peringkat sekolah

Cikgu Kasmizan sedang memberi taklimat ringkas kepada murid-murid sebelum mereka berlari merentasi Desa.

salam.

Hari ini, acara merentas desa peringkat sekolah berlangsung...Alhamdulilah,setelah 2 minggu latihan di buat dan hari ini adalah hari kemuncak nya..

Gembira melihat murid-murid tahap 2 , riang berlari merentasi desa Ijok dan bagi murid tahap 1 pula riang mewarna poster di kantin sekolah..(walaupun,disebalik kegembiraan itu,ketenangan para guru tergugat seketika dek berdepan dengan manusia-manusia yang tak punya hati mulia,memandangkan rendah kepada kami..Ya Allah,berikan kesabaran kepada kami dan tenangkan lah hati-hati kami ini.amin )

Murid-murid tahap 1,sibuk menyiapkan warna poster mereka.

### Esok,bermula KBS siri 1 bagi murid-murid tahap 1...Datang ya murid-murid kesayangan ustazah... ;)

Rabu, Februari 15, 2012

Panduan bercerita MTQSS 2012 ( tq )

Muka depan PANDUAN ISI BERCERITA MAJLIS TADARRUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR KALI KE-38 TAHUN 2012 BERSAMAAN 1433H

Salam.

Bahang latihan MTQSS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012 semakin terasa...

latihan demi latihan sedang berlangsung sekarang..tak kurang dengan SKI...dengar-dengar ada sekolah yang belum bersedia dan ada yang sedang bersedia dan ada juga yang langsung tak bersedia...hahaa...aduhhh!!! pusing betul kepala para jurulatih semua...

Catatan kali ini,saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada Ahli Panel Muzakarah (JPS):

1.TN. HJ. AZMAN BIN HJ. AHMAD (SK Seksyen 27(1) Shah Alam)
2.PN. FAUZIAH BT. ABU BAKAR(SK Parit Empat, Sekinchan)
3.PN. HAFIZOTURRAFI’AH BT. SUPENI(SK Bandar Tasik Puteri, Gombak)
4.EN. MOHAMAD FAUZI BIN AHMAD (SK Taman Sg. Besi Indah, Seri Kembangan)
5.PN. NOR MARHAYU BT. HJ. MAHYUDDIN (SK Meru 2, Klang)
6.PN. ROZIANA BT. HJ. TAHIR (SK Labohan Dagang, Ku)

atas panduan ringkas yang telah diberikan kepada jurulatih bercerita di sekolah-sekolah di negeri Selangor..Ia sedikit sebanyak membantu ustaz ustazah dalam penyediaan teks bercerita..Alhamdulilah..

cuma,untuk panduan cd TILAWAH saya masih belum menerima berita kedatangannya..terpaksalah saya membuka semula meja audio panduan tilawah lama-lama di laptop..uhhh..satu kerja tambahan lagi..

Apa-apa pun..moh terus kan melatih peserta-peserta kita !!!Ayuh!!!

Jumaat, Februari 10, 2012

Mauliddurrasul s.a.w peringkat sekolah

Alhamdulilah..

Rasanya tak perlu diceritakan perjalanan program pertama panitia hari ini...Sekadar beberapa foto yang dapat saya titipkan di sini :--

perarakan bermula dipimpin oleh us shamsudin..sederhana sahaja..

bacaan solawat nabi..

menarik..ceramah ringkas yang disampaikan oleh ustaz yusof di tapak perhimpunan

Banyak perubahan...terasa amat sederhana program tadi berlangsung...ceramah ringkas dan perarakan yang kurang cerianya..semangat meraikan maulidurrasul yang sangat ringkas.

(Ya Allah..ampunkan kami atas kelemahan ini..terasa hambar meraikan kelahiran rasul agung kami MUHAMMAD S.A.W.. dan kami tak terdaya nak lakukan apa-apa..dhaifnya kami pada karenah pengurusan ...Engkau sahaja yang boleh memberi petunjuk kepada mereka..padaMu kami serah segala-galanya..amin).

Allahummasolli ala saiidina Muhammad ..

bergambar bersama dengan barisan guru di luar sekolah

Jumaat, Februari 03, 2012

Salam Maulidurrasul s.a.w 1433H

Rasulullah s.a.w...kami merinduimu wahai kekasih Allah..Syafaat mu amat kami harapkan di akhirat kelak..sejahtera ke atasmu..rasul agung

Salam Rabiulawwal 1433H.

Alhamdulilah..telah tiba kedatangan bulan hijriyyah yang penuh rahmat..satu bulan yang membawa keberkatan dan berita gembira kepada umat Islam sedunia..Ia adalah bulan Rabiulawwal, bulan kelahiran nabi mulia,pembawa rahmat seluruh umat iaitu Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Tadi,saya berkesempatan mendengar ad-daurah di radio ikim.fm.dan seperti biasalah mursyid yang memberi penerangan mengenai program itu ialah Dr. Ustaz Zulkifli Al-Bakry..Ia antara salah satu program keagamaan yang menjadi minat utama saya.Alhamdulilah,banyak info baru yang saya dapat darinya.Walaubagaimanapun,saya ingin berkongsi dengan sahabat,antara pengisian yang wajar kita lakukan( lari dari kebiasaan amalan) bagi menyambut kedatangan Maulidurrasul ini sepertimana yang telah disebut oleh Dr. Zulkifli ialah :

1. Sewajarnya kita berusaha untuk memahami sirah Nabi Muhammad s.a.w bermula dari kelahiran baginda sehingga lah kewafatan baginda.

2. Acara-acara berzanji dan seumpamanya diteruskan tetapi ditambah dengan menterjemahkan alunan-alunan itu ke dalam bahasa melayu dengan matlamat kefahaman nya akan lebih jelas dan tercapai daripada sekadar mengalunkannya sahaja.

3. Mengadakan pertandingan @ kuiz sirah kepada anak-anak kecil agar mereka dapat mengenali nabi mereka.

4. Strategi berceramah perlu ditukar daripada konsep berceramah yang holistik tajuknya kepada memfokuskan satu-satu isu.Iaitu berceramah tentang satu perkara sahaja sebagai contoh : menceritakan tentang bagaimana Nabi Muhammad s.a.w berinteraksi dengan kanak-kanak,orang dewasa,orang tua,keluarga,jiran,dan sahabat-sahabat baginda atau bagaimana pengamalan diet nabi dll.

5. Praktikkan secara tak langsung sunnah nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan seharian

Sahabat semua,cadangan pengisian diatas itu merupakan satu idea yang berinovasi yang sewajarnya kita buat dan insyaAllah,saya juga dalam proses untuk cuba mengamalkannya.Banyak sungguh sunnah Rasulullah yang masih belum saya dapat teladani dek lemahnya diri ini..Ya Allah,ampunilah hambamu ini..

em..sejenak...

bila fikirkan program panitia mengenai sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah,saya tiada jawapan untuknya.ini kerana,corak organisasi panitia telah berubah dan saya sekadar menjadi pengikutnya,jika diperlukan khidmat,saya akan cuba membantu mengikut yang terdaya..(tak mampu nak lontarkan idea baru yang ada di minda ni untuk mempelbagaikan acara sambutan ,kerana kerja mudah tu nanti akan menjadi susah dek hal remeh temah orang atasan,uhh..)

apa-apa pun,tunggu saja lah...

Sahabat yang dirahmati Allah,

Selamat menyambut Maulidurrasul s.a.w..
Marilah kita bersama-sama menghayati dan mengamalkan sunnah Nya..

Sekian.

** Hari ini,GB bertanya kepada saya, dah mula latih murid untuk tilawah ke??saya tak tahu nak jawab..maaf GB, saya bukanlah berkecil hati sangat dengan cikgu tetapi orang lain,sebab 'dia' tak memudahkan kerja saya disepanjang latihan tilawah bermula.itu yang merimaskan saya..Moga Allah,buka kan hati saya untuk memulakan mengajar latihan tilawah tu,amin.

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...