Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, November 30, 2011

Terima Kasih Ya Rabbi..

Alhamdulilah..

Segala Pujian Hanya Milik Allah dan selawat ke atas Rasul ku Nabi Muhammad S.a.w beserta keluarga,para sahabat yang dirahmati Allah semuanya..

Alhamdulilah...tiada lafaz kesyukuran ku titipkan buat Rabbi Agung,Terima Kasih Ya ALLAH atas nikmat kesihatan,kemewahan,kebahagiaan, dan kelapangan waktu yang ENGKAU berikan pada ku..Rasa amat ku hargaii kini..

Waktu Cuti sekolah yang benar-benar ku manfaatkan..banyak perkara yang tidak dapat ku tuntaskan pada waktu bekerja dapat sedikit demi sedikit ku tunaikan pada waktu cuti ini.

Tak perlu lagi difikirkan hal ehwal sekolah yang setiap harinya ada sahaja perkara yang menyakitkan hati dan menganggu ketenteraman jiwaku,bukan kerana sikap murid-murid tetapi tension sikap orang-orang yang takabbur di kelilingku..(biar lahh..malas nak ingat balik hal itu..)

Ya ALLAH,Terima kasih..rasa syahdu tatkala ku tulis catatan ini,bukan apa cuma rasa bahagia di saat ini,tak percaya??? tengok gambar di bawah ---



senyum dan santai nya saya di foto itu begitulah perasaan di saat ini..TERIMA KASIH Ya Allah.


Insya-Allah,ada kelapangan waktu saya bercadang ingin menulis laporan segala perancangan Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF tahun 2011 di blog ini.Sebenarnya dah ada di laptop ini cuma saya kena edit dan periksa semula sebelum di dokmentasikan untuk panduan pada masa hadapan.Moga di waktu itu,Allah telah memberikanku kekuatan dan memulihkan semula semangat ku ini untuk bangkit bekerja semula hanya keranaNYA.

dan akhir sekali,sekadar titipan buat saudara mara ku sahaja,

Gembira dapat berborak dengan ucu semalam ..Ucu sibuk bekerja di gerai ni...buat air tu..hehee..apa-apa pun air buatan ucu ni memang sedap...Ucu, Teh Ais Satu!!! hehee

Terima Kasih Ya Allah !
Terima Kasih MAK !
Terima Kasih Allahyarham Abah ! (Al-Fatehah)
Terima Kasih Keluarga dan Saudara mara ku tersayang !
Terima Kasih Guru-guru ku !
Terima Kasih Sahabat-sahabat dekat dan Jauh !
Terima Kasih juga buat insan yang ku kenal @ tidak..moga kita semua dirahmati Allah!!

Khamis, November 24, 2011

Terima Kasih Cikgu & Salam maal Hijrah 1433H

saya bersama rakan-rakan sekerja...rasa 'relax' sebentar diakhir-akhir persekolahan 2011..

Salam Maal Hijrah 1433H

Alhamdulilah,segala PUJIAN hanya untuk Allah,Rabbil aziim dan selawat untuk Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat nabi yang dirahmati Allah semuanya.

Catatan kali ini sekadar ingin mengucapkan sekalung penghargaan TERIMA KASIH CIKGU kepada 3 orang guru SKI yang akan bersara dan berpindah ke sekolah yang lain.Mereka ialah :

1. Puan Hajah Asmungah bt Haji Alias (GPK KOKURIKULUM)-bersara
2. Puan Norhafizam bt Daud (Guru Pendidikan Sivik)-berpindah
3. Encik Ahmad Ismail -berpindah

Terima Kasih cikgu-cikgu!!! Jasa dan sumbangan cikgu semua di SKI ini amat kami hargai.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan kepada anak-anak Ijok ini dapat memberi pengajaran dan manfaat berguna kepada mereka dan dapat digunakan sepanjang hidup mereka.Insya Allah.

bergambar bersama untuk kali yang terakhirnya..disitu kelihatan Ustazah hjh Rohaidah,Puan Hjh Asmungah,saya dan Ustazah Rina..

Gembira dapat bekerja sekejap dengan Kak Fizam (ditengah-tengah)...seorang yang ceria dan baik hatinya...

Terima kasih cikgu Ahmad (berada di belakang pn Hjh Asmungah)..walaupun sekejap di SKI ini tapi gembira dapat berkenalan dengan cikgu..

Saya secara peribadinya juga ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih kepada cikgu ASMUNGAH,cikgu FIZAM dan cikgu Ahmad..Mohon kemaafan cikgu-cikgu kiranya saya ada melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja.Jangan lupa kan kenangan suka duka kita bersama di sini ya...;)

Akhir kalam,Salam MAAL HIJRAH 1433H.
Sahabat semua,Jangan lupa membaca DOA awal dan akhir tahun hijrah.

Moga kedatangan Tahun baru ISLAM ini,kita dapat berhijrah ke arah yang lebih baik lagi dan erti hidup kita diciptakan adalah untuk memberi menjadi lebih bermakna.Itu lah AZAM ku.Insya Allah.

" Ya Allah,Hidayah dan RahmatMU amat kuharapkan..
Hari ini kubimbangi jika terakhir hidup..
Adakah lagi subuh esok untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada mu tuhan..
Berikan daku kesempatan menebus kesalahan lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakan MU...
Hadirkan lah PetunjukMU untuk ku meniti ke jalan redhaMU...
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru Taubat nasuha setulus untukMU...
YA ALLAH,Terimalah doa ku ini " ameen.

berfoto bersama murid-murid tahun 6..riang betul si DINA tu...maklumlah dapat 5A,Tahniah ya dina..

Sabtu, November 19, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah 2011

ini lah dia backdrop Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Konvokesyen Prasekolah tahun 2011..cantik dan berseri...

Salam.

Pada hari Rabu, 16hb Nov 2011, telah pun berlangsung majlis tahunan SK Ijok iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Konvokesyen Prasekolah 2011.Walaupun begitu,saya tidak hadir pada hari tersebut kerana mengikuti Program Dakwah Bil Hal di Perak, namun, menurut sumber rakan sekerjaku perjalanan majlis berjalan lancar mengikut aturcaranya.Alhamdulilah.

Berikut adalah antara senarai anugerah-anugerah kecemerlangan bagi tahun 2011:-
1.Penerima sijil Prasekolah 1 & 2 dan Matapelajaran Terbaik
2.Hadiah Kedudukan dalam Kelas Tahun 1-6
3.Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 1-6
4.Anugerah murid Berpotensi kelas Kristal tahun 2 dan 3 (PERMATA & HARAPAN)
5.Anugerah Peningkatan Prestasi mengikut Aliran Tahun 1-6
6.Anugerah penglibatan Ibu bapa (Rekod buku Solat j-QAF)
7.Anugerah kedatangan penuh tahun 1-6
8.Anugerah Tokoh Membaca Tahap 1 & Tahap 2
9.Anugerah sijil Pengawas sekolah dan pusat sumber sekolah
10.Anugerah Kokurikulum (Khas KOKO/UNIT-UNIT KOKO Kumpulan a,b dan c)
11.Tokoh Murid
12.Tokoh Siasah Murid
13.Anugerah Khas Kokurikulum (Guru)- Untuk anugerah ini buat pertama kali diadakan bagi menghargai usaha keras Guru-guru SKI dalam melatih potensi dan bakat murid SKI dalam menyertai sesuatu acara pertandingan sama ada diperingkat zon,daerah,negeri mahu pun kebangsaan.Sekalung penghargaan TAHNIAH saya ucapkan buat guru-guru aktif,cemerlang dan terpilih ini,mereka terdiri daripada :-

1.Cikgu Kasmizan b Kasmudin
2.Cikgu Mohd Tahrin b Maarof
3.Cikgu Mazlan b Imam
4.Ustazah RinaIryani bt Ahamd
5.Ustazah Norulaini bt Mohd Nawi
6.Ustazah Hjh Norizah bt Sulaiman
7.Cikgu Siti Saporah bt Hj Abd Aziz

DAN

Sekalung TAHNIAH juga buat 10 orang murid-murid tahun 6 yang telah berjaya dengan CEMERLANG dalam peperiksaan UPSR 2011 yang telah berjaya memperolehi keputusan 5A.Mereka ialah Adik Atif Humaidi,Adik Mohd Haziq,Adik Mohd Firdaus,Adik Ahmad Izuddin,Adik Zairul Iquwan,Adik Dina Izzati (Tahniah Dina,ini mungkin berkat sebab rajin tolong ustazah,hehee..),Adik NurArina Shakira,Adik Azwin Najihah,dan lagi 2 orang tu lupa la pulak namanya.. aduii...maaf..

Walaupun begitu,kepada murid-murid yang kurang cemerlang,Tahniah juga dari ustazah..cuma pada masa hadapan, di mana pun kalian berada, teruskanlah perjuangan sebagai seorang pelajar yang baik dan kembalikan kegemilangan ISLAM kita dengan perilaku kalian yang sejajar dengan landasan ISlam.

Justeru,tanpa perlu saya mencoret panjang tulisan ini,dipaparkan sebahagian foto indah majlis tersebut:-

Barisan Ibubapa/penjaga penerima anugerah..Bahagia diraut wajah mereka..bangga melihat kejayaan anak mereka

barisan dif-dif kehormat : Guru Besar bersama dengan YDP PIBG dan Isteri berada dihadapan pentas utama.

murid-murid cemerlang riang berada di bawah khemah..sedang menunggu giliran pengumuman nama mereka ke pentas utama bagi menerima hadiah..TAHNIAH! murid-murid

ini pula murid-murid Prasekolah..bergaya dengan baju konvo nya..aduhai adik-adik comel sekelian,tak masuk Universiti lagi dah merasa pakai baju tu yek..hehee

Tahniah buat semua murid CEMERLANG yang hadir pada hari tersebut dan teruskan kecemerlangan kalian pada masa hadapan..

Tak lupa Terima Kasih saya ucapkan pada YDP PIBG,Tuan Hj Mohammad Afandy b hj Mohd Dahlan kerana sudi hadir merasmikan majlis ini.Terima Kasih juga kepada semua warga SKI dan Para ibu bapa yang turut hadir memberi kerjasama dan menceriakan lagi perjalanan majlis tersebut.

ini persembahan apa ye?? hahaa..lupa nak tanya pada guru yang mengajarnya..rasa nya persembahan murid prasekolah nii..

bersemangat murid-murid dalam mengayakan persembahan DEMI MATAHARI..Syabas!!!

aksi murid-murid prasekolah...sangat comel gayanya..

gerak tarian yang sangat indah oleh murid-murid tahun 5,mengayakan rentak lagu 'Lodeh anak mak Lodeh' dan sebuah lagu Cina.

Semoga ALLAH sentiasa merahmati warga SK Ijok dan memberi kekuatan kepada kami para pendidik untuk terus berbakti kepada anak bangsa kami ke arah jalan yang diredhoi NYA, juga tunjukkan jalan hidayah kepada orang atas kami agar tidak mengerah tugas kepada kami sekeras-kerasnya dengan sikap angkuh kerana merasa darjatnya yang dirasakan lebih tinggi tu..Ya Rabbi,kepada Engkau sahaja tempat kami mengadu..

Terima Kasih ya Allah..

++ TAHNIAH pada cikgu Siti dan JK Persembahan yang lain..persembahan Demi Matahari dan Tarian 'lodeh anak mak lodeh' yang sangat menghiburkan..penambahbaikkan susun atur gerak tari murid yang menarik.tersenyum saya melihatnya.. ;) SubhanAllah!!

Rabu, November 16, 2011

Diari Program Insan Mapan(PRIMA) 2011 Part 2

rasa bahagia dapat bergambar bersama dengan us Haji Rosnen b Hj Alawi (Pegawai JPS),seorang yang sangat saya sayang dan kagum dengan kerendahan dirinya.Beliau antara penaik semangatku dalam meneruskan kerja-kerja dakwah ini..TQ Us..

Alhamdulilah..

Hari ini,16hb,seawal jam 5.30 pagi saya bangun untuk mengejutkan peserta-peserta program untuk mengerjakan solat subuh.Antara agenda pada pagi itu ialah:
solat subuh berjamaah-Zikruallah-Nyanyian lagu Tema : HAMBAMU ALLAH.DOA HAJAT & DOA IBU BAPA-Sarapan pagi -Riadah di pantai

Rialitinya,saya telah diberitahu oleh JU bahawa kaedah nak treat budak-budak asli ini adalah secara bersantai dan tidak perlukan ketegasan yang amat..

Selain itu, ia juga cara nak mempromosikan mereka untuk berminat menyertai lagi dan lagi program sebegini..Sebenarnya,hati mereka perlu dihiburkan terlebih dahulu sebelum kita nak menyuruh mereka ikut kata-kata kita.Oleh itu,di sepanjang program ini,saya lihat memang 100% kaedah yang digunakan adalah secara berhibur tetapi terkawal dan aktiviti-aktivitinya pula tidaklah terlalu berat kerana tahap pemikiran mereka rata-ratanya sangat lah rendah.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah pun berlangsung pada hari kedua ini ialah :
-- Riadah di pantai
-- Amali Wudhuk
-- Santai d kolam renang
-- ZIikruAllah ringan
-- Ceramah teori & Amali pemurnian Solat
-- Lawatan ke kawasan pantai Pangkor,Kilang Sotong,Tugu Belanda dan pekan Pangkor
-- Permainan Berlawanan arahan 'bangun & duduk' serta tepukan semangat dan tepukan saya HEBAT
-- Nyanyian nasyid motivasi 'Suci Sekeping Hati'

ke-esokan harinya,adalah hari penutupan Program PRIMA.Sebelum itu antara slot terakhir yang perlu mereka lakukan ialah Slot SENTUHAN KALBU.Slot ini akan berlangsung selepas solat subuh,Dan Insya allah selepas itu acara kemuncak penutupan program akan diadakan seawal yang boleh kerana kami akan bertolak balik ke Selangor dalam waktu tengahari.Insya ALLAH.

Berikut saya paparkan sebahagian foto indah PRIMA hari Kedua,16hb Nov :-

peserta sedang asyik bermain di kolam renang..gembira sungguh mereka..hoho

Slot Amali wudhuk di kolam renang,

senaman pagi di pantai...sangat indah cuaca pada pagi itu walaupun angin paginya kurang bersepoi-sepoi..Acara Riadah pagi itu ialah permainan bola beracun dan membina Istana Pasir dalam kumpulan

penuh semangat..us Amir sedang mengetuai nyanyian lagu Hambamu ALLAH di dalam dewan..bergema habis laungan itu ...penuh semangat para peserta !!ALHAMDULILAH

Picit adik-adikku...nak bermanja kejap ...hehee

ini dia tugu BELANDA

lawat juga di tokong sejarah CHINA...

sempat juga kami singgah-singgah di Kilang pembuatan sotong..saya tak sempat nak membelinya,kerana harganya aduhai...

DAN
ini dia barisan JURULATIH PEREMPUAN terdiri daripada ;Ustazah Normie,Ustazah Salwa,saya dan Ustazah Siti Labibah..emm..seronok bekerja dengan kalian,walaupun ada kalanya kita dimarahi secara beradab oleh ketua kita ya..hehee...tak pe..biasalah lain orang lain cara dan kehendaknya..ye tak ??apa-apa pun,TAHNIAH !! kawan-kawan..atas gerak kerja dan kesepakatan kita bersama..

Semoga penutupan esoknya berjalan dengan baik dan kami pulang semula ke negeri kelahiran kami dengan selamat dibawah lindunganNYA.ameen.

Selasa, November 15, 2011

Diari Program Insan Mapan(PRIMA) 2011 Part 1

Alhamdulilah…

Saya tak tahu mengambarkan perasaan ku pada waktu ini..rasa gembira bercampur penat kot..gembira kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk berdakwah pada anak bangsaku dan penat dek program pada minggu lepas yang masih berbaki lagi seiring dengan tugas-tugas saki baki persekolahan yang perlu diselesaikan ---laporan-laporan panitia 2011,laporan tugas Kokurikulum,laporan j-QAF,perancangan panitia Pendidikan Islam,Bahasa ARAB dan j-QAF tahun 2012, analisis peperiksaan 2011,minit-minit mesyuarat,minit curai,Ladap,dan lain-lain lagi laa…Ya ALLAH,rasa sangat letih..

Sahabatku,
Di kala ini saya sedang berada di Pangkor bay view beach resort di Pulau Pangkor,PERAK.Saya berada disana sempena kesinambungan program DAKWAH BIL HAL anjuran Sektor Pendidikan Islam,JPS.Pada kali ini,saya telah dijemput untuk membantu dalam kelolaan Ustaz Fadli selaku ketua kem komanden yang telah diamanahkan oleh JPS untuk mengendalikan program PRIMA ini.Sasaran kali ini adalah murid-murid sekolah-sekolah kebangsaan Asli di negeri Selangor. Jumlah kehadiran yang dikenal pasti pada hari ini adalah seramai 70 orang. Termasuk 9 orang murid yang masih belum beragama Islam.Em..satu cabaran dan pengalaman buat saya menguruskan mereka ini.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Program ini diberi nama singkatannya PRIMA iaitu PROGRAM INSAN MAPAN.Ia berlangsung selam 3 hari bermula 15hb-17hb November 2011/Selasa-Khamis.

Di Keheningan malam ini saya tidak bercadang untuk menceritakan aktiviti-aktiviti nya,mungkin keletihan sedikit dek perjalanan yang agak jauh ditambah dengan cuaca yang agak panas..Allah jer yang tahu keletihanku ini..Insya-Allah, saya akan coretkan kisahnya pada masa hadapan.

Semoga hari esok dan seterusnya,saya masih terus bersemangat dan bersemangat menjalankan kewajipan yang di berikan ini dengan seutuhnya dan dapat membantu anak-anak bangsaku yang kecil ini menjadi insan yang tahu peranannya di muka bumi ALLAH ini.

Sekian dulu buat waktu ini..

Sebelum itu,saya lampirkan sedikit aktiviti yang telah berlaku pada hari pertama ini..

kelihatan para peserta sedang menunggu ketibaan feri..letih betul perjalananku pada kali ini..uhh.

saya bersama murid-murid di dalam feri menuju ke destinasi

Pengenalan ringkas daripada Ustaz Haji Rosnen bin Hj Alawi,selaku Penyelia dari JPS kepada para peserta di dewan utama

Ustaz Apandy,selaku KJ sedang bersemangat memberikan kata-kata dalam slot 'ICE BREAKING' dan pembahagiaan kumpulan.Kelihatan para peserta amat gembira dan segar di riak wajah mereka

Slot kerohanian dipimpin oleh Ustaz Azwa..em..pengalaman buat saya--amali solat peserta kelihatannya mengikut kaedah ikut-ikutan,banyak yang perlu diperbetulkan..emm..

***Esok di sekolah 16hb adalah hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan KOnvokesyen Prasekolah 2011.Sedih,tak dapat nak melihat persembahan Murid-murid ku 'DEMI MATAHARI'..Apa-apa pun Sekalung Tahniah buat murid SKI yang cemerlang kurikulum dan Kokurikulumnya.Moga Kalian semua berjaya dan terus berjaya hingga ke akhirnya..Insya allah..

Sabtu, November 12, 2011

Program Sahsiah Islamiah SJK(C)/SJK(T) 2011

Sebelum pulang ke rumah masing-masing, peserta program bergambar bersama dengan fasilitator di luar dewan..Gembira melihat riak wajah peserta..puas dan puas kerana dapat memperoleh ilmu agama..moga mereka dapat mengamalkan semua ilmu itu dalam hidup mereka.

Salam

Alhamdulilah,hari ini telah pun selesai sudah satu lagi tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya menjadi sebahagian JK perlaksana salah satu Program Dakwah Bil Hal,Jabatan Pelajaran Selangor di bawah sektor Pendidikan Islam.Program itu ialah:

PROGRAM SAHSIAH ISLAMIAH (PERISAI) SJK(C)/SJK(T) Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2011.Ia bertempat di Pusat Latihan ASNAF,Lembaga Zakat Selangor,Ulu Yam,Selangor.Tempoh Program selama 3 hari iaitu 10-12 Nov 2011.Kehadiran peserta seramai 47 orang murid dari SJK(C)/SJK(T)di negeri Selangor.JK perlaksana terdiri daripada :-

KETUA KOMANDEN KEM:USTAZ ABDUL LIM B ABD SAMAN
TIMBALAN KOMANDEN KEM:USTAZ NORESMAN B RAMLI
KETUA FASILITATOR:USTAZ MOHD SUFFIAN B HAMZAH
KETUA JURULATIH:USTAZ MOHAMMAD HASNUL B HJ JANTAN
KETUA URUS SETIA:USTAZAH NORULAINI BT MOHD NAWI
KETUA UNIT AKTIVITI:USTAZAH FATHIYAH BT YUSOFF
KETUA UNIT DISIPLIN:USTAZ MOHAMAD B SAID
KETUA UNIT KEROHANIAN: USTAZ MOHD HAZRI B HASHIM
KETUA PEGAWAI BERTUGAS:USTAZ MOHD FAUZI B ABD KHADZER
JURULATIH TUGAS KHAS:USTAZAH NORLIZA` BT KILA
FASILITATOR:
1.USTAZAH RAIHANAH BT HUSIN
2.USTAZAH NORAISHAH BT MOHD ZIN
3.USTAZAH NOR LIZA BT KILA
4.USTAZ MOHD JUMADI B RIMON
5.USTAZAH SITI KHAIRIAH BT KAMARUL ZAMAN

Tiada ucapan gembira yang dapat dizahirkan selain lafaz ALHAMDULILAH dan ALHAMDULILAH..

dan Sekalung penghargaan TERIMA KASIH saya titipkan di sini kepada Ustaz Hj Rosnen b Hj Alawi dan Us Hj Shopuan Anuar b Ahmad serta semua Jurulatih atas kerjasama dan keakraban kita dalam menjayakan program PERISAI ini sehingga mencapai objektif program yang diinginkan.Semoga sumbangan kita itu akan mendapat ganjaran hebat dariNYA di akhirat kelak.Ameen.

Kelihatan disana, beberapa orang pegawai daripada JPS iaitu Us Hj Jaafar b Rajuli,Us Hj Shopuan Anuar b Ahmad,Us Hj Rosnen b Hj Alawi dan TKK iaitu Us Abd Lim b Abd Saman duduk di barisan hadapan dewan dalam upacara penutupan Program.

Sahabat JU semua,
Gembira bekerja dengan kalian semua ;)
dan satu lagi pengalaman hebat telah dilalui ;)
Mohon kemaafan juga atas kekurangan diri ini tatkala menguruskan tugasan sebagai Ketua Urus setia.

Em..saya dan Us Noresman sibuk dalam penyediaan Sijil-sijil di malam terakhir program..UHH..letih juga memegang jawatan Ketua Urus setia ni,apa-apa pun,TQ ustaz Noresman,kerana sudi membantu saya...banyak saya belajar dari ustaz..hehee

Sahabat yang dirahmati Allah,
foto program PERISAI dan aktivitinya akan saya lampirkan pada masa hadapan Insya-allah..masa sekarang tidak berkesempatan kerana kepenatannya tak hilang lagi.. (baru terasa letih badanku ini..uhh.)

Ya Allah,moga kau berikan ku kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat ku teruskan dalam menyebarkan ajaran agamaMU,bimbinglah daku dan sayangilah Ya ALLAH,agar aku juga tidak tersasar dari AjaranMU..ameen.

bak kata bait ayat-ayat ini :-
"...... Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Moga Usaha sedikitku itu,diterima olehNYA..ameen.

++ em..rehat2 ni bila dengar lagu lama by phyne ballerz ni..SubhanAllah..

Ahad, November 06, 2011

kerja..kerja dan kerja...

Salam.

Pada waktu ini, saya sedang dalam menyiapkan buku program bagi Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Konvokesyen Prasekolah bagi tahun 2011.

Ya Allah,letih sungguh..
tatkala muslimin dan muslimat giat menggandakan amal ibadah sempena datangnya bulan mulia Zulhijjah ini, saya pula sedang giat dalam menguruskan hal ehwal dunia yang semakin hari tak pernah habis kerjanya..itu pun belum lagi berita haru biru masyarakat MALAYSIA dan negara lain lagi yang terpapar di dada akhbar kita kini..namun,fokus ku tidak ke arah itu kerana kekangan waktu yang ada ,saya sekadar mendengar dan mendengar.. (Ampunkan kedhaifan hambamu ini, Ya Allah!!)

Walaupun esok adalah Hari Eidul Adha,kerja-kerja sekolah harus saya selesaikan.Ini kerana pada minggu hadapannya saya akan menghadiri Kem NADWAH BIL HAL selama 3 hari.Justeru,suka atau tidak,sebelum berangkat ke sana,kerja-kerja sebagai Setiausaha program Hari Anugerah itu terpaksa saya uruskan secepat yang mungkin.uhh..Antaranya:-

--Menyiapkan Buku Program (walaupun itu bukan part yang harus saya buat sebenarnya,tetapi memandangkan empunya JK nya tak gerak2 menyempurnakannya,maka,terpaksalah saya mengambil tugasnya..aduii..banyak pulak tu senarai anugerah2 nya..)

--Menyiapkan Kertas Kerja Hari Anugerah untuk memohon sumbangan

--Menyediakan surat menyurat jemputan kepada Ahli JK PIBG (yang belum di jemput lagi)

Rasanya,cuti yang ada ini terpaksalah saya gunakan ia untuk kerja-kerja diatas..dan seperkara lagi perkara penting yang perlu saya buat juga adalah melakukan tugas sebagai Ketua Urus Setia merangkap fasilitator sebelum KEM NADWAH BIl HAL itu bermula pada 10hb-12hb Nov ini.saya perlu melakukan sedikit ulangkaji,ialah kan ini kerana peserta-peserta nya terdiri daripada murid-murid dari SJKC dan SJKT dari sekolah-sekolah di negeri Selangor ini..berat sungguh tanggungjawab itu..

Apa-apa pun,buat sahabat-sahabat ku yang dirahmati Allah sekelian,Selamat menyambut EIDUL ADHA 1432H..kullu a min wa antum bil khairi.Semoga kita sama-sama dapat menghargai nilai pengorbanan di sebalik hari Raya ini.

Lafaz Takbir Hari Raya :----

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”
“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

SALAM EIDUL ADHA-SALAM EIDUL ADHA-SALAM EIDUL ADHA-SALAM EIDUL ADHA-SALAM EIDUL ADHA

foto ini sempat saya ambil sebelum cuti hari Raya eidul adha bermula iaitu pada hari Jumaat, dan cikgu Siti sedang giat menyiapkan bahan-bahan yang perlu digunakan pada hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk dibuat persembahan 'Demi Matahari'dan saya sempat melihat latihan nya..emm..cantik dan cantik gaya tarian murid selepas ditambah baik oleh Kak Siti..Tahniah kak!!

akhir kalam,disisipkan foto tambahan ...

riang tengok Iman..semakin hari semakin membesar dalam keadaan baik dan moga Allah sentiasa melindunginya.. ;) sibuk-sibuk memandang laptop,kerja gotong royong di rumah mak tetap dibantu juga bersama adik beradik dalam memeriahkan lagi eidul adha ini..ALHAMDULILAH!!!

Khamis, November 03, 2011

Mahrajan j-qaf dan lain-lain hal...

Salam

Alhamdulilah..Terima kasih ya ALLAH...

di kala ini kepala ku agak sakit sedikit,mungkin keletihan dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku pada minggu ini.Namun begitu,rasa ingin menulis dan berkongsi apa-apa citer pada catatan kali ini lebih kuat daripada saya menghabiskan masa menonton tv yang tah apa-apa ceritanya..

Hari ini,program Mahrajan j-QAF peringkat daerah Kuala Selangor telah pun berlangsung dan SK Parit Mahang telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu :

1. Tilawah Al-Quran
2. Kuiz Agama
3. Kalam Jamaaii
4. Dikir Barat

Pada kali ini,saya telah diberi amanah untuk menjadi hakim bagi acara Kalam Jamaaii.Sebanyak 9 buah sekolah telah menyertai nya.Secara keseluruhannya,saya dapati banyak penambah baikkan yang telah dilakukan oleh sekolah-sekolah terutamanya dalam syarat-syarat yang perlu di ikuti dalam mempersembahkan kalam jamaaii ini,apatah lagi bila bahasa yang digunakan di dalamnya WAJIB menggunakan bahasa Arab Fushah.Apa-apa pun,TAHNIAH kepada 9 buah sekolah ini.Persembahan mereka semua sangat menarik dan menghiburkan hati saya yang 'TENSION'sekejap dengan PK1.

Barisan Hakim bagi acara Kalam Jamaaii,terdiri daripada saya,Ustazah Yusila dan Ustazah Wati..Pada waktu ini,kami dalam menyiapkan kerja-kerja terakhir dalam menulis borang pemarkahan sebelum acara di mulakan.

Walaupun bagitu,mohon kemaafan saya pinta kepada tuan rumah kerana saya tidak dapat menunggu majlis ini sehingga ke akhirnya kerana terasa kepala dah nak mula sakit,jadi saya terpaksa mengundurkan diri dan balik awal terlebih dahulu tanpa mendengar keputusan pemenang-pemenang pertandingan.

Tahniah kepada semua pemenang dan Yang kalah tu tahun depan kita cuba lagi ya...

EM...ini adalah backdrop untuk acara kalam Jamaaii..itu je lah foto yang sempat saya ambil kerana tidak berkesempatan untuk melihat dan pergi ke bilik-bilik pertandingan bagi acara yang lain..hehe

dan buat sahabat-sahabat j-QAF ku yang disayangi antaranya Azah,Syiba,Nazrah,Ruwaida,Zulaikha,Kak Aida,Erna,Fadhilah,ustaz-ustaz dan lain-lainnya,saya sangat gembira dapat berjumpa kalian,terubat rindu dengan gelagat manis,gurau senda kalian dan insya-allah,marilah kita bersama-sama memperkasakan program j-QAF kita ini ya agar dapat kita tunjukkan kepada mereka yang 'liat' dengan program keagamaan ini terbuka matanya melihat kehebatan kita guru-guru agama terutama guru j-qaf yang pakar dalam semua bidang..(tak perlu mengalah kepada mereka yang keras kepala yang berlagak tahu semuanya, pada hal kosong ilmunya..nasihat ini untuk diri saya juga..)

dan

semalam saya telah menghadiri mesyuarat pelaksana bagi program NADWAH BIL HAL bagi SJKC/SJKT Peringkat negeri Selangor.Kem ini akan diadakan pada 10hb-12hb Nov di Pusat Asnaf Bantuan Zakat (PULAZ),Ulu Yam,Selangor.Sepanjang bermesyuarat di sana ,saya telah di beri tugas sebagai Ketua Urus setia merangkap fasilitator,maka, bertambah lagi la tugas yang perlu saya laksanakan.Insya-allah,dengan kerjasama sahabat fasis daripada daerah-daerah lain akan dapat sedikit sebanyak membantu ku dan memberi semangat kepada ku agar terus dan terus bangkit bersemangat bekerja dan membantu mendidik anak bangsa Islam kita ke arah agama Allah yang mulia ini.

Kelihatan disana :Ustaz Sophuan dan Ustaz Hj Rosnen selaku orang kuat daripada Jabatan Pelajaran Selangor dalam program KEM ini,dan Ustaz Lim selaku Ketua Kem Komanden akan dibantu bersama 15 orang jurulatih daripada sekolah-sekolah di negeri Selangor.

Perjalanan kem ini akan saya ceritakan selanjutnya pada masa hadapan,InsyaAllah.

Akhir kalam,Semoga ALLAH membantu ku menjalani perjuangan hidupku yang masih belum selesai ini.Ameen.

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...