Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Ogos 30, 2011

Salam EIDUL fITRI 1432H

bergambar bersama di pagi raya pertama 2011. Alhamdulilah.

DOA MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL

Sunat dibaca ketika :
----Malam hari raya
----Selepas solat Hari raya
----Di rumah atau ketika berziarah

Doa :
----Ya Allah, Tuhan yang menguasai segala keadaan, Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, dengan kebaikan dan kemuliaan Mu, jadikanlah keadaan kami kepada keadaan yang lebih baik dan berkatilah kami serta sekelian kaum muslimin dengan keberkatan Bulan Syawal.
----Ya Allah, Tuhan sebaik-baik tempat kami meminta, terimalah doa kami, dan tambahilah ke atas kami sempena bulan ini, dari musim ke musim dan dari tahun ke tahun.
----Ya Allah, berkatilah kehidupan kami,(tuan empunya rumah ini) lanjutkan usia kami (usianya) dengan keimanan, kurniakan kami (kepadanya) rezeki yang halal dan hindari kami (hindari ia) dari yang haram, dengan rahmat Mu, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Catatan : Guna perkataan dalam (kurungan) sekiranya kita berziarah ke rumah orang lain.

Foto makan bersama sekeluarga sebelum berangkat menziarahi kubur allahyarham abah tersayang dan menziarahi saudara mara terdekat...

emm...alhamdulilah..sedap sungguh menikmati hidangan pagi pertama syawal ini.

makan-makan bersama.


jemput makan adik beradikku..jangan tak makan hahaa...sedapnya.. ;)

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sebahagian daripada keluarga tersayangku...Moga Allah merahmati kami sekeluarga dan mengekalkan keharmonian sesama kami selama-lamanya.Ameen

Sabtu, Ogos 27, 2011

Cerita sepanjang Ramadhan ku..


Si Ilham bermain bunga api di halaman rumah...seronoknya diaaa..

salam semua

sudah sampai saat berakhirnya ramadhan 1432h..agak sedih juga hati ini...

Alhamdulilah,tahun ini banyak rasanya perubahan baik dilakukan,maklumlah kekadang tanpa disedari banyak dosa dilakukan...kedatangan ramadhan kareem sangat-sangat saya nantikan..

Cerita Disekolah pula, banyak program telah pun dibuat dan alhamdulilah penutupannya telah pun berlangsung pada hari Khamis 25hb..Terima kasih buat semua warga SKI yang telah memberikan kerjasama baik dalam menjayakan program tersebut..Semoga semua amalan kita itu diberkati olehNYA.Ameen

Cerita dirumah mak tersayang pula lain kisahnya...Alhamdulilah..moga hubungan saya bersama keluarga tercinta berkekalan lah keharmoniaan nya sehingga ke akhirnya...antara yang paling seronok bila petangnya menjelma kerana saya bersama kak long dan adik beradik yang lain dapat memasak bersama-sama dalam menyediakan menu berbuka kami sekeluarga..uhh..meriah dapur mak...hahaaa..

Cerita di rumah sendiri pula,,macam biasa laaa...cuma amalan ibadah tu dapat dilaksanakan sedikit demi sedikit dan kurang gak tengok cerita-cerita di tv tu..

Apa apa pun,Semoga ramadhan kali ini Allah dapat menerima doa dan amalanku...
Terima Kasih ya Allah...

ini dia si Iman comel...subhanallah...bahagia sungguh melihat baby anugerah Allah ni..

Khamis, Ogos 25, 2011

Cerita Sebelum ke PKG...

sempat juga saya mengambil gambar sebelum beredar ke PKG..ini dlam kerja-kerja penyiapan program.

Assalamualaikum sahabat.

Hari ini saya berada di PKG Kuala Selangor bagi menghadiri kerja-kerja lanjutan dalam kursus penyebaran KSSR Bahasa Arab tahun 2/2012 yang akan diadakan pada 5hb-9hb September 2011.

Saya bersama Jurulatih Utama Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bersama-sama dengan beberapa orang Pegawai daripada PPD K.Selangor serta urus setia berganding bahu dalam menyiapkan bahan-bahan yang perlu diberikan kepada semua peserta yang bakal menghadiri kursus 5 hari ini.Justeru, tatkala selesainya kerja-kerja ini maka bermulalah masa ulangkajiku melihat semula tajuk slot yang diberikan kepada saya sebelum kursus KSSR bermula.

Dan pada masa yang sama juga,di sekolah, panitia pendidikan islam sedang mengadakan program penutupan Ihya ramadhan 1432h dan majis tadarrus al-quran..

Ya allah..pada pagi tadi sebelum saya berangkat ke PKG saya singgah sebentar di sekolah untuk menolong sedikit kerja-kerja penyiapan program sebelum bermula.walaupun pada akhirnya saya memang tidak akan berkesempatan menyaksikan hingga ke akhirnya tetapi disebabkan ianya program panitia saya cuba jugalah menolong apa-apa yg patut..tetapi berlakulah satu insiden menyakitkan hati berlaku..
(ta pela biar saya dan allah je yg tahu...mg Allah tunjukkan kebenaran dan lembutkan hatinya yang dah tak betul tu..ameen)

Sebelum itu pada hari semalam iaitu 24hb Ogos 2011 saya menghadiri mesyuarat Program Perdana Kem Literasi al-quran dan Kem bina juara peringkat daerah k.Sel.Dibawah adalah antara tarikh-tarikh penting pada program yang akan dijalankan di peringkat daerah :---

5-9 sept : KSSR PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB THN 2/2012 di PKG K.SEL
20-21 sept : Kem Pemantapan Aqidah ( Sekolah Menengah)di Masjid Jamed Sultan Ibrahim
27-28 sept : Kem Pemantapan Aqidah ( Sekolah Rendah)di Masjid Sultan Ibrahim
22 sept : KLAQ DAN KBJ di masjid jamed Sultan Ibrahim kuala selangor
30 sept - 2 oktober : Khatam al-quran peringkat kebangsaan di Melaka

Moga diberikan Allah kekuatan bagi ku meneruskan agenda-agenda dunia yang belum selesai.ameen

Salam EIDUL FITRI dan Maaf Zahir batin

Isnin, Ogos 01, 2011

Pelancaran IHYA' Ramadhan 1432H

ini dia bunting IHYA RAMADHAN Peringkat Sekolah..

Salam Ramadhan kareem..

Alhamdulilah,,bertemu kita sekali lagi di bulan yang sangat-sangat barakah bagi ku..Terima Kasih ya Allah atas semua nikmat yang telah KAU berikan kepada ku..

Hari ini,sebagaimana yang telah di rancang kan oleh Team Panitia Pendidikan Islam & j-QAF iaitu pelancaran Program IHYA' RAMADHAN 1432H Peringkat sekolah bagi tahun 2011.

Pelancarannya oleh GB : Encik Norhamshah b Yaacob...meriah dalam ketenangan..alhamdulilah

Alhamdulilah..semuanya berjalan baik dan harap-harap aktiviti berikutnya berjalan baiklah sehingga ke akhirnya iaitu pada hari penutupannya 26hb Ogos 2011 (Jumaat).

Ucapan daripada KP : Ustazah Hjh Norizah Sulaiman menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di sepanjang bulan ramadhan kepada semua murid.

Terima kasih semua warga SKI yang terlibat secara langsung @ tidak..Moga Ramadhan ini kita beroleh keampunan,keberkatan,kerahmatan dariNYA.Ameen..

Ayuh sahabat-sahabat ku mari kita perhebatkan amalan-amalan mulia di bulan ini hanya mencari RedhaNYA sahaja.Jom-jom... ahlan ya ramadhan kareem..

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...