Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 30, 2011

KBS Siri 2/2011

Praktikal solat subuh berjamaah,slot ini terpaksa diawalkan aktivitinya kerana keadaan cuaca pada pagi itu agak redup,terpaksalah saya menukar waktunya.walaupun begitu,alhamdulilah tiada sebarang masalah melaksanakan aktiviti yang seterusnya.

Salam semua

Hari ini bertarikh 30hb April 2011/Sabtu, telah pun selesai program Kem Bestari Solat siri 2, yang melibatkan semua murid SKI tahun 4 & 5.Program ini bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 11.00 pagi.Ia bertempat di sekitar kawasan SK Ijok dan membabitkan sebahagian guru SKI yang dijemput bagi membantu kami (guru-guru j-QAF) sebagai fasilitator tambahan dalam melancarkan lagi aktiviti yang telah dirancang.

Berikut adalah sebahagian foto indah kem:

Antara foto bagi slot pertama:
Praktikal wudhuk menggunakan air botol mineral
Penerangan oleh ustaz Shamsudin kepada murid-murid sebelum melakukan amali wudhuk

Semua peserta sedang mendengar penerangan mengenai tatacara penggunaan air botol mineral dalam berwdhuk.
Keadaan Murid perempuan dan lelaki tatkala berwudhuk :
Untuk Slot yang seterusnya pula :
Us Yusof sedang membuat latih tubi bacaan Doa Qunut kepada semua murid selepas selesai praktikal solat berjamaah di tapak gelanggang bola keranjang sambil diperhati bersama oleh ustazah aini dan pk pentadbiran..(masa tu peluh kepenatan dah keluar dah..uhh...)

laungan Azan oleh murid tahun 4..aduii..lupa pula ustazah namanya..maaf ya..ini antara acara tambahan selepas mereka berehat sebentar..SubhanAllah..sungguh merdu dan bergema laungan itu..insya allah..ada harapan jadi imam ni..

Alhamdulilah...khusuk makan roti canai rupanya..silakan menjamu selera...hehee

haa...buat betul2..sapu kat bahagian muka tu dengan sempurna ya ..

dan ini pula sapu bahagian kedua-dua tangan..amboi.seronok betul budak-budak ni membuat praktikal tayammum beramai-ramai.sampai nak habis bedak ustazah dibuatnya...hehee

Komen:

1. Alhamdulilah,segala yang dirancang dapat di jalankan dengan lancar,walaupun diri dah kepenatan sedikit dek perilaku 2@3 orang murid yang agak nakal tetapi masih boleh dikawal.Apa-apa pun,saya seronok mengajar dan bahagia tengok telatah mereka tadi,yelah..budak-budak kecil yang comel, tekun belajar bab solat..hehee.

2. Penilaian Keseluruhan aktiviti dalam tahap yang sangat baik, dari mula slot praktikal wudhuk menggunakan air botol mineral,praktikal berjamaah solat subuh,latih tubi doa qunut,sehinggalah praktikal Tayammum.

3. Diharapkan semua peserta tadi dapat lah mengamalkan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.Ingat apa moto kita:'Solat..Solat..Solat...SAYA Mesti Solat' dan Ustazah tanya lagi:'Berapa waktu??" Jawabnya:'LIMA Waktu'..Yeah!!!

Syukran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung @ tidak langsung bagi menjayakan program kedua ini.Semoga segala usaha tersebut mendapat ganjaran hebat dariNYA.

Jumaat, April 29, 2011

Terima Kasih Ya ALLAH

Salam..

Hari Jumaat ini antara hari yang sangat menenangkan hatiku..ALHAMDULILAH.

Setelah beberapa hari yang sudah, diri berada didalam situasi-situasi yang agak tegang dek kerana sosial di persekitaran yang berbeza dari kemahuan diri, apa lagi tatkala itu ‘mood’ diri benar-benar dilanda taufan.

Sesungguhnya,pada masa ini hati sangat tenang di buai rasa ‘aircond’ di bilik sambil kedengaran alunan muzik ceria oleh kumpulan devotes dari tajuk album terbaru mereka yang rasanya sangat sesuai liriknya untuk ku pada masa ini.

Walaupun bagitu,aktiviti-aktiviti persekolahan yang berada di dalam pengurusanku tetap diteruskan.Secara peribadinya,saya tak berapa suka nak campur adukkan masalah peribadi dengan kerja..masalah itu tetap ada tetapi apabila urusan kerja itu diperlukan maka ia diutamakan.walaupun tahap gerak kerja nya tidak selancar mana tetapi yang penting mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Maka,Dipendekkan peristiwa yang berlaku di sepanjang minggu ini, antaranya :

--- Kursus LADAP yang bertajuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ) yang telah pun berlangsung pada hari Sabtu,23hb April di dewan INPENS,KUala Selangor yang telah melibatkan kerjasama daripada 6 buah sekolah.Penganjur utamanya telah diuruskan oleh Pihak SK Bukit Badong.Bagi saya,kursus ini sangat memberi faedah pada saya kerana penambahan ilmu mengenai cara-cara pentaksiran telah diterangkan dengan baik oleh penceramah-penceramah profesional.Antara Subjek yang ditaksirkan ialah Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,PEKA -Sains dan PAFA -Pendidikan Islam.

--- Majlis Jasamu Dikenang yang telah pun dibuat di Pantai Aroma Jeram pada 22hb April 2011,Jumaat.Ia diadakan bagi meraikan perpisahan 6 orang guru SKI yang telah pun berpindah ke sekolah yang lain.Pihak penganjurnya ialah BAKSI,SK IJok.Pada masa ini saya tidak dapat menghadirinya kerana pada petang itu 'mood' diri sangat letih dan tidak ada selera nak menikmati jamuan yang disediakan,bukan sebab tak sedap tetapi bebanan masalah dek kedegilan manusia lain yang susah nak memberi toleransi kepada ku menyesakkan kepalaku.Apapun sedih juga,sebab tidak dapat meraikan bersama-sama dengan mantan rakan sekerja yang diraikan itu.Terima kasih cikgu-cikgu semua (Kak Lia,Midah,Kak Mimi,Kak Sham,Kak Kiah,Din)Antum sangat berjasa pada SK Ijok.

--- Program 'English Week' yang telah dirasmikan oleh GB Pada Hari Isnin,25hb April 2011.Banyak juga aktiviti yang telah dirancang oleh unit Panitia Bahasa Inggeris untuk faedah murid-murid SKI.Saya seronok juga melihat aktiviti yang mereka adakan tetapi tak sempat nak ambil foto aktiviti-aktiviti tersebut.

--- Perbincangan dengan @#$%%% pada hari Khamis,20hb yang tak de kesudahannya.Ini lah cabaran hebatku.Melakukan perkara yang di luar kebiasaanku.Moga Allah memaafkan ku atas kedhoifan diri.Terima Kasih us Din,Us Aiman,Kak Zah,Kak Siti,Shah dan Kak Hali (UIA) kerana menyokong tindakan ku itu.

--- Program Kem Bestari Solat siri 2/2011 yang akan diadakan esok harinya. Ia akan melibatkan semua murid tahun 4 & 5.Diharapkan segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

--- Rakan sejawatan masuk ke hospital iaitu Ustazah Norizah bt Sulaiman kerana menjalani pembedahan.Alhamdulilah,beliau dikhabarkan telah pun selamat dan bercuti selama 2 minggu.Selamat Berehat ya kak Zah.Dan Adikku juga telah diberitakan masuk ke hospital (baru petang semalam dapat tahu selepas mesyuarat guru daripada mak) bagi menjalani pembedahan.Ya Allah,agak pilu juga di hati ini.mudahan semuanya berakhir dengan baik dan selamat..

Semoga hari-hari berikutnya,diri ini akan terus bersemangat meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Dikesempatan ini,ingin diucapankan Syukran khatira buat sahabat-sahabat j-QAF,rakan sekerja (terutama us din,kak rina,kak narimah,kak ZAh dan kak Siti),keluarga dan insan-insan yang sentiasa memberi inspirasi dan tak jemu-jemu memberi nasihat dikala diri dilanda badai hidup.Semoga Allah merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat.Ameen

Selamat Menyambut Hari Pekerja semua!!!

Ahad, April 17, 2011

MTQ SELANGOR 2011-Bangi

Fadhilah dalam barisan sewaktu menerima hadiah saguhati dan murid lelaki berbaju hijau tu adalah Zaid peserta adik-adiku,insya-allah boleh, rancangan TV1 tu adalah Johan bagi tilawah al-quran lelaki.Tahniah ya zaid..

Salam

Tatkala saya menaip tulisan pada pagi ini pendengaran ku terfokus kepada 2 slot ulangan ikim.fm iaitu slot ad-daurah dan slot mahligai kasih..kedua-dua slot tu amat menarik perbincangannya dan berinfomasi buat diri ini.

Walaupun begitu,jejari ku ini tetap ligat menaip seiring dengan minda pantas mengimbas-imbas kembali majlis penting iaitu MTQ Selangor,2011 yang telah pun berlangsung semalam, hari Sabtu,16hb April 2011 di SK dan SMK Jalan 3,Bandar Baru Bangi.

Alhamdulilah,pencapaian terbaik sekali lagi buat SKI pada tahun ini ialah dapat menghantar wakil tunggal dalam acara Tilawah al-Quran perempuan peringkat negeri selangor 2011,iaitu adik Fadhilah bt Jaafar.

Sekali lagi juga saya bersama beberapa orang guru di daerah kuala Selangor telah diberi amanah oleh PPD kami untuk menjaga peserta-peserta sekolah rendah dan sekolah menengah daerah K.Selangor.Kami kesana menaiki sebuah bas.Bermula perjalanan kami pada petang hari jumaat dan telah tiba di sana dalam jam 6.30 petang.macam biasa lah apabila sampai sahaja kami ke kaunter pendaftaran dan urusan penginapan,makanan dan sebagainya di lakukan.Seronok juga rasanya ialah dah lama tak dok asrama semenjak dah bekerjaya ni...malamnya selepas solat isyak saya ke bilik penginapan murid perempuan untuk latihan ringan-ringan jer..tapi rasanya banyak borak-borak dengan budak-budak menengah iaitu Najihah,Shida,Madihah dan Nik..diorang ni memang giler betul laa,kelakar habis tapi tetap ada hormat dengan saya.hehee..hilang gak rasa letih sikit.

Siang telah muncul juga,pada 16hb dan sebagaimana yang telah dirancang, MTQ Selangor 2011 memulakan tradisinya.Dihati saya pada hari itu hanya berdoa dan bertawakkal sahaja pada Allah selepas usaha padu telah dibuat dan mengharapkan ada kemenangan pada acara-acara pertandingan bagi peserta SK dan SM Daerah K.Selangor.

bergambar jap sebelum ke bilik pertandingan.

Tidak di nafikan suasana pada hari tersebut amat mendebar-debarkan juga terutama pada semua peserta di 10 daerah di negeri Selangor ini.masing-masing mula menunjukkan kehebatan bakat dan potensi diri..

makan adik-adik..sebelum bergerak berjuang!peserta SK RENDAH dan SM menikmati juadah pagi,mereka adalah adik Mira,Fadhilah dan Wani (sek rendah) dan Adik Nik,Shida,Madihah dan Najihah (sek menengah)

Begitu juga lah dengan Fadhilah.Saya lihat dia agak takut sikit apabila melihat pesaing-pesaing nya..em..saya hanya mampu memujuknya agar tenang dan berselowat banyak-banyak agar diberi ketenangan oleh NYA.Saya memberitahu nya menang @ kalah adalah adat pertandingan yang penting buat lah yang terbaik..

Fadhilah tatkala sedang membaca ayat suci di bilik pertandingan.

Majis penutupan telah pun berlangsung pada jam 2.30 petang di dewan besar SM Jalan 3.
Keputusan telah pun diketahui dan tiada rezeki bagi fadhilah pada tahun ini kerana fadhilah hanya mendapat hadiah saguhati sahaja.Alhamdulilah.

Sebenarnya secara peribadi selepas melihat bacaan ke semua peserta semalam saya lihat fadhilah dah bagus da..cuma pembacaannya kurang sikit burdahnya,mungkin perasaan gemuruh telah datang sewaktu membaca surah Ibrahim tu..emm...bagi peserta lain tu..ada gak kesalahan besar yang saya dengar terutamanya part tajwid.Rasanya fadhilah ni ada potensi sikit antara ke semua 10 peserta tu..Cuma tiada rezeki kemenangan buat nya pada hari tersebut.Xpe la fadhilah...redho ya..ustazah pun terima semuanya dan tetap bangga dengan mu.

saya bersama Ustazah Faezah jurulatih bagi acara tilawah al-quran lelaki berada di dewan sk rendah jln 3 melihat sebentar acara nasyid.

Akhir kalam,Syukran buat semuanya..Mohon kemaafan zahir dan batin sekiranya terdapat salah laku disengajakan @ tidak disengajakan terjadi disepanjang trilogi MTQ 2011 ini berlangsung sama ada di peringkat ZON,DAERAH sehinggalah NEGERI.

Tahniah buat semua peserta dan jurulatih yang telah berjaya dan Tahniah juga yang tidak berjaya,Tahun depan kita cuba lagi,Insya Allah.

Pengalaman manis dan pahit buat saya juga telah diterima.Terima Kasih ya Allah..moga diri ini tetap tabah atas semuanya itu..Rahmat dan Kasih Sayang MU kuharapkan.Ameen.

Khamis, April 14, 2011

second training..

rasa bangga betul dapat belajar tilawah al-quran sebentar dengan us Jais tadi..raut wajahnya dan suaranya sangat menenangkan hati saya..SubhanAllah,rahmati lah beliau sekeluarga,ameen.

Salam

Hari kedua dan terakhir bagi sesi latihan tilawah al-quran peringkat negeri selangor 2011 anjuran PPD K.Selangor telah pun saya hadiri,dan pada kali ini saya telah pergi bersama-sama dengan ustazah Norizah membawa sekali fadhilah.

Banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh fadhilah dari aspek pembacaannya apatah lagi apabila di komen oleh 2 orang jurulatih profesional daerah iaitu us Jais dan us Hamidi, iaitu dari segi bacaan,fasohah,lagu dan suara.Komen-komen itu saya menerimanya dengan hati terbuka.maklumlah pelatih ini(saya la tuh..) tak sehebat mana pun tarranumnya..sekadar budak baru belajar...

Apa-pun Syukran kepada 2 orang ustaz tadi yang benar-benar telah membantu kami.Semoga segala kekurangan itu dapat segera kami baiki sebelum bermulanya tarikh pertandingan pada 16hb ini.

Doa ku :--Ya Allah,permudahkan lah urusan kami ini dan semoga kemenangan berpihak kepada kami dalam acara pertandingan yang akan kami sertai nanti,segalanya kami serahkan kepada MU sahaja,rabbil kareem,Ameen.

Rabu, April 13, 2011

rasa Hati ini

no undian dan surah yang telah diterima oleh fadhilah..redholah ye..mudahan surah ni dapat memberi tuah kepada fadhilah..ameen

Salam semuanya..

Hari ini saya baru selesai menghadiri sesi latihan pertama bersama peserta tunggal SKI iaitu adik Fadhilah dalam acara MTQ Peringkat negeri Selangor 2011 di PKG K.Selangor.

Rasa hati tatkala ini:

---sangat rungsing kerana undian surah yang diterima merupakan surah yang bukan 'favourite' fadhilah.

---latih tubi pula terpaksa di lakukan semampu yang boleh kerana waktu yang sangat terhad.

---bagi diri saya pula terasa tanggungjawab besar dipikul kerana harapan daripada pihak PPD sangat lah berharap kemenangannya.

---risau pada mood fadhilah..ialah kan saya terpaksa berhati-hati apabila melontarkan komen.kadang-kadang tu ter'kasar' juga..ape taknya bila diri dah penat secara tak langsung tu ada kelakuan yang tidak di sengajakan terjadi..maaf ya murid-murid ustazah yang lain dan juga kepada fadhilah.

---bengang sikit dengan perubahan jadual waktu yang diterima.perbincangan pula langsung dia tak nak terima...ikut kepala dia jer..

pada waktu ini---

ku Rindu dengan pelukan mak dan allahyarham abah serta allahyarhamah atuk...
ku Rindu dengan pujukan semangat mak,abah dan keluargaku...


Terima kasih mak dan abah atas kasih sayangmu...sebelah mak yang berbaju hitam tu adik ku yang dah merantau jauh jadi orang ganu mu...;)

Dan

ku Harapkan RAHMAT,KASIH SAYANG DAN KESABARAN dari TUHAN yang satu,ALLAH.Permudahkan lah urusan kami ya Allah.Tiada daya kekuatan kami hanya ENGKAU sahaja pemiliknya.

Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang benar (hak) itu tetap benar(hak) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya .

Ya Allah Ya Tuhan kami ,
Tunjukkanlah kami sesuatu yang batil (salah) itu tetap batil (salah) , maka kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil , dan tunjukkanlah kami jalan-Mu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan(kepada orang-orang yang taat).
ameen....

Sabtu, April 09, 2011

Majlis Wacana Ilmu Pend.Islam

Salam Nur Kasih.

Alhamdulilah,hari ini telah pun berlangsung satu Majlis Ilmu yang bermanfaat buat semua warga Pendidik khususnya yang mengajar subjek Pendidikan Islam mahu pun j-QAF.Majlis itu diberi nama Wacana ILMU Kecemerlangan Guru Pendidikan Islam Daerah Kuala Selangor.Bertempat di dewan besar Ibnu Rushd,SAM Tanjung Karang dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Arifin b Mohd Amin,Ketua Sektor Pendidikan Islam,JPS.

Saya bersama 6 orang sahabat yang lain telah pun berangkat ke sana seawal jam 7.30 pagi dengan menaiki kereta Ustazah Siti Narimah dan Ustaz Din pula menaiki kereta kawannya.Tiba di SAM Tanjung Karang tepat jam 8.00 pagi.Rasanya kami adalah antara mereka yang terawal tiba disana.Sampai sahaja kami terus ke dewan utama untuk sesi pendaftaran.Selepas itu,kami terus ke tempat sarapan pagi yang berada di luar dewan.Alhamdulilah..ada juga rezeki untuk mengisi perut ni..maklumlah pagi-pagi...

Didalam dewan kelihatan di sana beberapa kaunter yang telah dibuka antaranya kaunter pendaftaran guru sekolah rendah dan menengah,kaunter jualan buku Jawi,kaunter pendaftaran ahli PEKDIS,kaunter penyerahan kad biru LADAP dan sebagainya.

Sebenarnya pada hari tersebut saya telah merancang untuk mengadakan Kem Bestari Solat siri 2,namun kedatangan surat rasmi daripada PPD Kuala Selangor ke sekolah, maka terpaksalah saya menundakan program tersebut pada 23hb ini,Insya Allah.

suasana di dalam dewan Ibn RUshd,SAM Tanjung Karang

Sekadar point-point penting dari ucapan Tn Haji Arifin b Mohd Amin mengenai Memertabatkan Pendidikan Islam Tanggungjawab GPI:

--Ulasan cabaran & Senario semasa & wawasan serta harapan kepada Guru,Murid dan PEKDIS
--Hasrat dan wawasan BPI melalui FPI
--Prinsip-prinsip dan peribadi yang harus ada pada seorang guru agama
--Sifat kepimpinan dan jati diri guru
--penerangan tujuan PEKDIS ditubuhkan

Sesungguhnya betapa hebatnya dan mulia tugas guru ini.Mudah-mudahan saya dapat meneruskan profesion ini mengikut landasannya dan diberi kekuatan oleh Allah menempuhinya dengan penuh kesabaran dan ketenangan hati.

sepanjang perjalanan balik ke sekolah semula,kami rancak berborak mengenai isu kenduri kahwin...uhh..riuh betul senior-seniorku ni di dalam kereta.hahaa

***subhanaAllah,sedap sungguh lagu ni open your eyes by maher zain..uhhh..

Khamis, April 07, 2011

RiNDu nya saya...

Assalamualaikum dan salam rindu sahabat semua.

Hari-hari yang dilalui oleh ku semakin mencabar diri seiring dengan gelora yang sedang melanda negara tercinta ini.

Ya Allah semakin hebat cabaran ini.Tiada lain yang ku harapkan hanya pelindunganMU dan Kasih sayang MU, buat diri ini agar diri tidak tersasar dan tetap meneruskan amanah dan ukhuwah sepertimana yang di tuntut oleh MU.

Tugas tetap ku teruskan seperti biasa walaupun kadang kala tu agak meletihkan..

Antaranya:

Perjalanan p&p di sekolah berjalan seperti biasa dan semakin rancak murid-muridku menuntut ilmu dari cikgu-cikgu mereka.

Tugas tambahan baru ku pula, bermula selama 2 minggu ini sebelum tibanya tarikh 16HB ialah membuat latih tubi dalam tilawah al-quran bagi acara MTQ peringkat Negeri yang akan berlangsung di Bangi.

Pada 4.4 2011 saya telah pun pergi ke PKG Kuala Selangor bagi sesi taklimat kepada semua jurulatih yang terlibat.Disana kami telah di maklumkan mengenai perkara-perkara penting yang harus diambil tindakan susulan.

Rumusan yang dapat dibuat oleh ku ialah usaha keras perlu dilakukan agar daerah kami ini dapat menjuarai dalam beberapa acara yang dipertandingkan pada majlis tersebut.Terasa sangat berat sebenarnya...tapi saya tetap akan berusaha sedaya yang mungkin dan selebihnya saya serahkan pada Allah..

emm..fadhilah,Tahniah dari ustazah.Bacaan dan suara mu dalam seminggu ni sampai terbayang-bayang di ingatan ustazah..hehee..paling best tu part thobaqat yang tinggi tu,huhhh..Semoga fadhilah dapat lah undian surah yang diminati tu yek...Insya Allah.

Antara lain agenda yang telah berlaku pada minggu ini juga ialah sekolah telah pun menghantar pasukan bagi acara bola sepak dan keputusan rasmi kejohanan tersebut akan diketahui pada esok harinya.Semoga kejayaan akan berpihak kepada SKI ,Insya Allah.

Lagi satu ni haa...Pelancaran Hari Anti Dadah..

Sewaktu pelancaran program anti dadah pada perhimpunan pagi Isnin

Pelbagai program telah disusun oleh pihak pengurusan terbabit antaranya penyampaian teks ucapan program anti dadah,Ceramah Anti Dadah,pertandingan melukis poster dan lain-lain.

Dan Paling seronok:KEDATANGAN CIKGU SAIYED SEBENTAR DI SKI ;)

Hari ini diri rasa terhibur sedikit dengan kedatangan insan yang amat ku sayang.Beliau umpama abah ku yang kedua yang tatkala memandangnya tadi, hatiku rasa sangat bahagia dan bersemangat semula melakukan tanggungjawabku sebagai seorang guru.

Ya Allah,rindu sungguh saya pada insan itu.Insan itu tak lain tak bukan ialah cikgu Saiyed Mohd Sharif bin Saiyed Hasan (mantan PK Pentadbiran).Beliau singgah sebentar di sekolah tadi dan sempat juga mengucapkan tahniah kepada ku atas Kejayaan mendapat tempat pertama yang telah diperolehi dalam acara Tilawah al-quran bagi MTQ 2011.Alhamdulilah..

Tiada apa yang dapat ku berikan pada beliau tadi hanya sekadar belanja ringan di kantin pada beliau..hehee...


Cikgu Saiyed yang sangat ku kagumi..semoga Allah merahmati cikgu sekeluarga.Terima Kasih cikgu atas segala-galanya.

RINDUNYA Saya pada semangat cikgu saiyed dalam melaksanakan tugas-tugas pendidikan.

dan tatkala ini,ku teringat semula pada allahyarham abahku,rindu dan sayang sungguh padanya.Ya Allah,rahmati lah dia dan sayangilah dia seperti mana dia menyanyangi ku sewaktu kecilku..ameen

em,dan sebelum terlupa insya allah pada 9.4.2011 ini semua agama akan menghadiri satu wacana ilmu pendidikan Islam di SAM Tanjung Karang.Berjumpa kita nanti di sana ya sahabat-sahabat ku..

BERSAMA-SAMA KITA MENERUSKAN TUJUAN KITA DICIPTAKAN..

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...