Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Julai 31, 2010

KBS Siri 4/2010

Alhamdulilah Kem Bestari Solat Siri 4/2010 telah pun berjaya dijalankan dengan lancar.Berikut adalah tentatifnya:

Hari : Sabtu
Tarikh: 31hb Julai 2010
(em..tarikh ni mcm familiar jer...hari lahir sapa ye??hehee)
Masa: 7.30 pagi-11.30 pagi
Tempat: SK Ijok
Sasaran : Murid-murid Pemulihan Solat Tahap 2
Fasilitator: Semua guru Agama & j-QAF SK Ijok
Pengisian:
Amali dan Praktikal Wuduk/Tayammum - Bacaan Ringan dalam Solat - Niat2 solat - Azan & Iqomah - Doa selepas Azan - Amali berjamaah solat subuh

Berikut Adalah Foto-foto Kem :---
Kumpulan Ustazah Siti Narimah Mohd Salleh

Kumpulan Ustazah Norulaini Mohd Nawi

Kumpulan Ustazah Norizah Sulaiman & Ustazah Norol Ain Omar

Kumpulan Ustazah RinaIryani bt Ahmad

Kumpulan Ustaz Shamsudin b Che Hussin

Sekalung Penghargaan Terima Kasih dan doa KU Hanya ALLAH yang boleh membalas jasa Kalian di dunia dan di akhirat atas kerjasama yang diberikan sepanjang Kem ini berlangsung.

Khamis, Julai 29, 2010

Aktiviti Sekolah Minggu ke-27
Nyanyian Asma Husna oleh Semua Murid di tapak perhimpunan

1.Perhimpunan Wajib Sekolah
Seperti hari permulaan sekolah sebelumnya ,ia adalah hari perhimpunan formal yang wajib di hadiri oleh semua warga sekolah.Acara pagi nya juga mempunyai beberapa agenda mengikut arahan yang telah di keluarkan oleh Jabatan Pelajaran.Namun begitu,sejak 2 bulan kebelakangan ini,sekolah telah membuat pertukaran irama alunan nashid Asma husna dengan versi yang baru.Justeru,pada mulanya memang agak payah juga bagi murid2 untuk mengikutinya.Ini kerana irama nya agak perlahan dan shadu.Oleh itu,Panitia Pendidikan Islam & Moral telah mengambil langkah iaitu membuat edaran lirik Asma Husna dan akan mengedarkannya pada murid2 pada waktu perhimpunan sekolah.Ia bertujuan bagi memudahkan mereka bernasyid mengikut urutan yang tertib.Namun yang demikian itu,sehingga ke hari ini, Alhamdulilah,didapati murid2 makin lancar dan dapat mengikuti irama itu dengan baik walaupun kebanyakan murid2 tahap 1 masih kurang lancar untuk menashidkan nya bersama-sama.Tetapi x mengapa kerana saya yakin masih ada waktu lagi bagi memurnikan nasyid tersebut pada masa hadapan.Insya Allah.

2. P& P
Pengajaran dan Pembelajaran juga berjalan seperti biasa.Semua guru berjuang habis-habisan mengajar dan mendidik murid2 mengikut sukatan pelajaran tahunan.Tak ketinggalan saya juga berusaha sebaik mungkin memberi kefahaman teori dan amali bagi subjek yang di ajar.Namun begitu,terdapat satu cerita yang menarik juga pada minggu ini apabila saya telah diajukan beberapa soalan yang agak mencabar untuk menjawabnya.huhuu...ambil masa juga untuk memberi jawapannya agar murid2 selesa dengan jawapan yang saya berikan itu.

Contoh soalan-soalan 'power' murid kepada saya:
-Ustazah kalau kita buat baik pada semua perbuatan kita tetapi kita tak buat ibadah yang Allah suruh,macam mana ye???
-Ustazah kalau kita beli barang kat makcik tu tetapi rupanya makcik tu dapat barang itu daripada hasil curi,jadi kita berdosa tak???
-Ustazah mak saya suruh saya tipu kat ustazah pasal tidak hadir ke kem bestari solat tu..macam mana ye???
-Ustazah si Refki tu kena solat baring ke kalau dia x boleh nak berdiri dan duduk???

aduiii..hebat sungguh murid2 ku ini...but its ok..sbb mereka dah boleh fikir perkara2 yang perlu mereka tahu antara baik dan salah di sisi agama.Alhamdulilah.So,saya berilah jawapan secara mudah dan ringkas untuk mereka faham.

3.Latihan Kebakaran
Pada minggu ini juga Ustazah Siti Narimah selaku AJK Keselamatan Sekolah telah memberi taklimat mengenai Keselamatan Sekolah.Antara aspek yang telah beliau tekankan ialah cara2 menyelamtkan diri sewaktu kebakarandi sekolah.Di akhirnya beliau mengumumkan bahawa pada minggu ini dan seterusnya akan dijalankan latihan kebakaran secara 3 peringkat.dan peringkat pertama telah pun bermula pada pagi tadi.

Murid-murid berkumpul di padang
lari...lari..lari...nanti hangus pulak...hahaaa

Aktiviti lain KU
-Perkhemahan Putri Islam pada 30hb Julai-1hb Ogos 2010 di SK Bandar Baru K.Sel (hoho...saya di minta bermalam di sana pada hari sabtu...emmhhh,,,lemah den memikirkannya..pasti tidur di khemah ni...hahaa)

-KBS Siri 4 bagi semua murid pemulihan solat tahap 2 pada 31hb Julai 2010.

-Membantu sahabat sekerjaku menyiapkan kerja Universiti nya yang bertajuk Etika dalam penggunaan Internet dan Komputer.(Uhh..saya cuba tolong mana2 yang saya mampu lah yek kak Siti...hehee)

-Menyiapkan jadual relief semua guru SKI (Alhamdulilah dah hampir siap..harap2 GB puasa hati la...)

akhir kalam, salam Syaaban yang mulia pada semua...mg Rahmat ALLAH melindungi kita..

Sabtu, Julai 24, 2010

Ilaika....

Lagu penawar kesedihanku...
Ilai ka

The Lyrics: (In arabic, Malay and English)

----***----

*ilaika ilahal khalqi arfa`u raghbati
wa in kuntu ya zal manni wal judi mujrima
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

*wa lamma qasa qalbi wa dhaqat mazahibi
ja`altur raja minni li `afwika sullama
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu

*fa ma zilta za `afwin `aniz zanbi lam tazal
tajudu wa ta`fu minnatan wa takarruma
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

*alastal lazi ghazzaitani wa hadaitani
wa la zilta mannanan `alaiya wa mun`ima
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

*asa man lahul ihsanu yaghfiru zallati
wa yasturu auzari wa ma qad taqaddama
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

*fa in ta`fu `anni ta`fu `an mutamarridin
dzalumin ghasyumin la yuzayilu ma'thama
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

*wa in tantaqim minni fa lastu bi ayisin
wa lau adkhalu nafsi bi jurmin jahannama
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

*fasihan iza ma kana fi zikri rabbihi
wa fi ma siwahu fil wara kana a`jama
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

*yaqulu habibi anta su'li wa bughyati
kafa bi ka lir rajina su'lan wa maghnama
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

*asunu widadi an yudannisahul hawa
wa ahfazu `ahdal hubbi an yatathallama
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

*fa fi yaqzati syauqun wa fi ghafwati munan
tulahiqu khatwi nasywatan wa tarannuma
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2

*fa jurmi `azimun min qadimin wa hadithin
wa `afwuka ya'til `abda a`la wa ajsama
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
----***----

I submit my hopes to You, O Lord of all creation,
Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,
When my heart is hardened, and my life is constricted,
I turn to my submission as the way to Your pardon,
Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,
Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.
Is it not You who nourishes me, guides me?
Therefore cease not your benevolence and bounty to me,
May those who have obtained excellence forgive me my trespass,
And parade not my wrongdoings and things that have passed.
Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,
My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,
My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,
Even as my trespass lands me in the Fire.
He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,
And when he is with others in this world, he is silent,
Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,
Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".
Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,
Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,
In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,
Walking beside me, full of hope,
Thus though my sins are mountainous, then and now,
But your Forgiveness that reaches me is more great

SubhanALLAH,O ALLAH Rabbi...PadaMU sahaja kasih dan cinta ku selamanya..Pimpinlah ku ke jalan redhaMU dan sayangilah ku dalam rahmatMU.Ameen

Jumaat, Julai 23, 2010

Isra' Mikraj 1431& HAL LAIN??

Sesi ceramah bermula di Dataran Ilmu Sekolah

Assalamualaikum

Hari ini sekolah mengadakan program sambutan Isra' Mikraj 1431H.Detail program nya adalah seperti di bawah:

Nama program: Sambutan Isra Mikraj Peringkat Sekolah
Hari:Jumaat Tarikh: 23.7.2010
Tempat: Dataran Ilmu SK Ijok
Sasaran: Semua warga sekolah Ijok
Aktiviti: Ceramah & Kuiz antara tahun
Anjuran: Panitia Penddidikan Islam & Moral

Alhamdulilah berkat dengan keizinannya program tersebut berjalan lancar,apatah lagi kehebatan penceramahnya yang tidak asing lagi bagi saya dan guru2 j-qaf lain iaitu Al-Fadhil Ustaz Hasnol dari SK Parit Mahang.

Sesungguhnya ustaz Hasnol berjaya menyampaikan ceramah beliau dengan baik dan menarik minda murid2 untuk mendengarnya begitu juga dengan guru2 SKI yang lain.Masing2 merasa seronok dengan isi penyampaian beliau yang agak interktif dan menginsafkan hati.

Dan saya apatah lagi merasa agak bertambah ilmunya mengetahui mengenai perjalanan hebat Nabi Muhammad s.a.w yang disayangi dan mengambil ibrah dari perjalanan Baginda yang agung itu.

Cenderahati daripada pihak sekolah kepada Penceramah Jemputan

Walaupun begitu, tatkala sesi ceramah disampaikan saya tak berkesempatan untuk mendengarnya dengan penuh teliti dan hanya duduk di bawah khemah mencatit setiap isi penting daripada ceramah beliau.

Hal-hal lain.....
Ini kerana kesibukan saya sebagai pengelola program yang memaksa saya untuk bergerak bagi memastikan program berjalan lancar.Tambahan pula pada hari itu juga saya kena menghantar buku laporan aktiviti panitia sepanjang tahun 2009-2010 beserta dokumentasi bergambar dan video(sekiranya ada) kepada pihak Pengurusan Pendidikan Islam & Moral,PPD Daerah Kuala Selangor.

Aduh... agak rumit juga..yelah ..sepanjang minggu ini saya terpaksa menyelongkar semula beberapa folder di dalam laptop untuk mencari foto2 yang sesuai untuk diletakkan di dalam dokumentasi tersebut,agak banyak juga gambar2 yang menarik tapi x boleh nak cuci semua,jadi saya mengambil sebahagian daripadanya sahaja.

Antara foto2 yang dicuci bagi tahun 2010 adalah sambutan Maal Hijrah,Sambutan Maulidur rasul,Sambutan Isra' Mikraj,KBS Siri 1,2,3&4 dan Kem Jati Diri

Bagi tahun 2009 ialah Sambutan Maal Hjirah,Maulidur rasul,Isra' Mikraj,Ihya' Ramadhan,Hari Raya dan Kem Remaja Islam.Alhamdulilah, dalam pusing2 kepala mencari foto yang sesuai terjumpa beberapa video yang boleh di hantar bersama.

( kepada kak Zah..boleh tak tahun depan saya letak jawatan S/U?? hehee...aduii kak demi akak sanggup ku redah hujan semalam semata2 nk cuci gambar dan binding laporan ni..maklum lah boss arahkan untuk di hantar hari ini.)bukan x ikhlas tapi hari ini agak letih sikit dan terasa nak demam balik...hahaaa

DAN ..

( kepada ustaz Hasnol saya td copy lagu OPICK kat laptop ustaz ..maaf sebab tadi x sempat nak bagi tau..hehee )

Semoga hari2 ku selepas ini adalah lebih baik dari hari2 sebelumnya.Hanya RahmatMU dan PelindunganMU ku harapkan Ya Rabbi.. .

Rabu, Julai 21, 2010

Rotan????

Assalamualaikum

Ketika saya menulis catatan ini hatiku rasa sangat selesa.Ini kerana segala ketidak tenteraman hati yang melanda pada hari semalam telah menjadi dingin dan tenang semula.

Sesungguhnya pada minggu ini merupakan hari2 persekolahan yang amat tegang.Bukannya kerana apa tetapi dek kerana masalah moral murid2 yang kian parah pada abad miliminium ini.UHHH...YA ALLAH hebat sungguh dugaan mu kali ini.

Saya tatkala berada di bilik guru seringkali mendengar keluhan beberapa orang guru yang acapkali mengeluh mengenai perangai murid2 yang sangat runcing.nak kata dah pandai x lah jugak tetapi mereka merasakan yang diri mereka dah pandai tahu segala2 nya dan x suka dengar nasihat guru2.Kerja rumah pun x sempurna mana,kelas tambahan pulak macam biskut dlm iklan tu...apa tu..kejap ada ..kejap xde...bila buat latihan pulak suka tiru jawapan kat belakang buku..emm...ingat guru2 x tahu ke,bila cikgu2 beri nasihat gelak2 x hormat pada guru2...dan macam2 hal lah...(emhh.klu ikut nafsu dah lama kena tampar tapi bila ikut akal, fikir2 banyak kali...anak orang...bkn anak....)

Jadi saya mengambil langkah untuk terus memberi nasihat dan meluahkan ketidakpuasan hati guru2 tersebut kepada murid2. Pada hari Selasa 20hb julai 2010 jam 10.15 pagi selepas murid2 tersebut tamat membuat ujian UPSR Daerah, saya memulakan tazkirah pendek..hehee..ohh...penat lidah berkata2 dengan penuh semangat mengingatkan mereka tentang AKHLAK seorang murid..sempat jugak saya sentuh pasal KEM JATI DIRI yang mereka dah ikuti..seolah2 mcm xde moral positif yang mereka dah dapat daripada kem tersebut.Rumus nya saya bertegas kat mereka yang saya x kan kata apa2 melainkan hanya tindakan sahaja.

Aduhai,ku sangka kan budak2 tu dah faham tapi pada hari yang sama jugak mereka buat hal..

saya berada di kelas 5 uum mengajar subjek pendidikan Islam bertajuk Hijrah Rasul ke Madinah.Di akhir pengajaran saya tutup dengan memasang nashid yang bertajuk TOLAAL BADRU ALAINA sebagai rumusan daripada tajuk tersebut,tatkala murid2 di kelas tersebut riang menyanyikan nashid itu keluarlah beberapa orang murid tahun 6 di koridor kelas antara 5 uum dan 6 usm dan berjoget2 ala-ala menarikan tarian dangdut.Mulanya saya x perasan sangat tapi apabila melihat murid2 kelas 5 uum yang asyik melihat luar kelas, saya kehairanan dan terus bertanya kenapa??? jawabnya: 'tu haaa ustazah bdk2 tahun 6 berjoget2 kt luar kelas'

Apalagi...tetiba naik geram la pulak...apasal bdk2 ni berjoget2 pada hal di dalam kelas mereka ada cikgu...kenapa keluar kelas dan menganggu murid2 lain belajar..aduh..mcm2 soalan berlegar2 kt kepala ni..tetapi tindakan refleksi mengatasi segala2 nya dan emhh..satu tindakan agresif yang telah saya buat tanpa rela sebenarnya iaitu merotan mereka.

Tiba di rumah, rasa geram x habis lagi..x tau la kenapa.bukan sebab rasa bersalah meroton mereka tetapi sedih yang amat kenapa saya harus merotan mereka..

pada petang tersebut saya berbicara dengan sahabat se j-qaf dan meluahkan kejadian yang telah berlaku itu.ehmm..tetiba pulak sahabat saya tu gelak besar kat saya .hehe..hai kak shida ketawa kan saya ye??? rupanya bkn kerana apa tetapi kes saya merotan bdk2 tu adalah isu biasa2 jer dan dia pulak terkejut sebab x percaya saya merotan bdk..hahaaa

so,Alhamdulilah,kak shida telah banyak memberi nasihat kepada saya dalam menangani isu-isu moral bdk2 sekarang..TQ Kak Shida...

Pada hari ini saya memangil semula bdk2 malang yg dirotan itu dan kami berbicara secara damai bagi memulihkan suasana.Alhamdulilah,bdk2 tu dah faham kenapa saya merotan mereka dan masing2 meminta maaf dan berjanji akan menjaga kelakuan mereka kelak.

Justeru,hati saya rasa sangaaat2 bahagia dan mulai senyum semula seriang lagu2 cinta nyanyian farees yang bertajuk albi nadak..ohhh...best2.

Ini adalah sekadar citer ku yang hanya meminta ku untuk memikirkan semula peranan ku sebagai seorang pendidik...jangan mengalah dek hal2 yang kecil tapi teruskan belajar dan mengajar ke arah yang lebih baik

Sabtu, Julai 17, 2010

KBS yang paling kurang Penatnya....

Tayangan Video Bacaan dalam Solat

Assalamualaikum ...

Sepertimana yang telah dirancang oleh pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF,maka bermula lah program Kem Bestari Solat siri 3& 4/2010.

Ia adalah program yang sasaran nya terdiri daripada semua murid tahap 1 & 2 yang saaaangat lemah dalam solat,pendek kata mereka adalah golongan yang diketegorikan sebagai murid2 pemulihan solat.
Amali WUDHUK

Setelah dihitung2 dikalangan semua murid yang berjumlah 447 orang ,maka hasilan nya adalah berjumlah 33 orang murid tahap 1 dan 18 orang murid tahap 2.Justeru,jumlah keseluruhan murid2 pemulihan solat ini ialah seramai 51 orang murid.Data ini saya ambil dalam elaporan jqaf 6 bulan pertama yang telah direkodkan baru2 ini.

Agenda hari ini merupakan KBS Siri 3 yang telah pun tamat sebentar tadi.Alhamdulilah kedatangan murid2 pemulihan solat ini agak memberangsangkan.Saya dan guru2 lain merasa sangat seronok dan bahagia mengajar mereka tadi walaupun letih sangat2 memberi mereka kefahaman dan tunjuk cara dalam teori dan amali wuduk,bacaan2 niat2 solat fardhu,bacaan tahhiyat akhir dan juga perlakuan dalam solat.
Teori wudhuk

Rumusan yang dapat diambil daripada perjalanan kem tadi ialah saya harus mengurangkan jumlah slot kerana didapati mereka teramat lemah dalam mengingat dan menyebut beberapa perkataan.Jadi mungkin pada masa hadapan saya hanya letakkan dua slot sahaja bagi memudahkan dan menyenangkan mereka juga tenaga pengajar.

Kem kali ini saya memberi kan sedikit saguhati pada murid2 sebagai HADIAH Motivasi agar mereka merasa x rugi datang ke kem dan belajar mengenai solat.Alhamdulilah, natijah nya saya dapat lihat reaksi yang sangat positif daripada raut wajah mereka dan penglibatan mereka sepanjang kem ini berlangsung juga sangat2 lah baik.
(hehee..gelak sendiri bila teringat kan gelagat mereka td..hehee)

Insya ALLAH untuk KBS Siri 4 akan datang saya kan rombak semula master plan yang telah di buat untuk melancarkan lagi perjalanan program..

Semoga Aktiviti2 selepas ini dimudahkan ALLAH kelancarannya.Ameen

TERIMA KASIH kepada semua guru agama yang terlibat menjayakan kem tadi dan jangan lupa teman2 sekerja ku kita ada program lagi selepas ini..hahaa

-----TRADEMARK KU PADA MURID2;;;;; ----Solat..solat..solat SAYA Mesti Solat...YEAH!!!

Khamis, Julai 15, 2010

Hari2 yang Sibuk..

Sibuk berbincang tuu...huhuhu

Assalamualaikum sahabat2 ku yang di rahmati Allah,
Semalam adalah hari yang agak meletihkan kepalaku kerana banyak agenda penting yang di uruskan.Antaranya adalah mesyuarat panitia kali 3/2010.Ia adalah mesyuarat buat kali pertamanya tanpa kehadiran cikgu Saiyed.Hmm..tak apalah..agenda tetap diteruskan.

Pada kali ini banyak juga isu2 yang telah kami perbincangakan antaranya analisis peperiksaan pertengahan tahun 2010 bagi subjek Pendidikan Islam dan Moral,serta Analisis model2 pengajaran dan pembelajaran j-QAF semester pertama ini.Juga kami sempat berbincang mencari solusi mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan berbincang memantapkan pengurusan panitia dalam segala aspek. Disamping itu juga kami telah berbincang mengenai aktiviti2 panitia yang terdekat iaitu Kem Bestari Solat siri ke 3 dan ke 4,Program Isra' Mikraj dan Ihya' Ramadhan dan lain2 perkara.HUH..banyak2..

Di saat itu,Sekalung pujian telah kami terima daripada pihak pentadbir Sekolah kerana pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Ijok telah memainkan peranan penting bagi membangunkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid2 pada setakat ini dan mengungguli panitia2 lain daripada aspek keaktifan menjalankan program2 sekolah.Alhamdulilah, terima kasih kami ucapkan.Sesungguhnya kami hanya menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Mesyuarat tanpa kehadiran penasihat Utama....

Bagi saya pula x berapa kisah sangat pasal pujian2 itu sebab apa2 tugas yang diberikan saya terima hanya kerana mencari ilmu tentangnya,upgrade skill tentangnya,dan utama because of ALLAH and my ummah,InsyaAllah.

Justeru, tarikh terdekat yang telah kami sepakat untuk menjalankan aktiviti2 tersebut seperti dibawah:
---- Program KBS SIRI 3& 4 : 17hb Julai dan 31hb Julai (Sasaran: semua murid pemulihan solat tahap 1&2)
---- Program ISRA' MIKRAJ : 23hb Julai 2010 (Sasaran : semua warga SK Ijok)
---- Program Permata : Minggu depan sehingga hujung tahun 2010 (Sasaran : semua murid pemulihan Jawi dan Al-Quran)
---- Program Ihya' Ramadhan : Tarikh belum ditetapkan dan aktiviti pengisiannya telahpun dibincangkan (Sasaran: semuua warga SK Ijok)
---- Sambutan Hari Raya : mesyuarat mengusulkan kepada pihak pentadbir sekolah agar pengelola program diambil alih oleh BAKSI kerana kami ustaz dan ustazah letiiiih bangat sebab banyak program yang kami uruskan sepanjang tahun 2010 ini.(harap2 diluluskan la ya...)
---- Kem Remaja Islam : x sempat dibincangkan kerana dah pukul 4 ptg waktu kokurikulum sekolah.maka ia akan dibincangkan kemudian..
berlatih kawat la hari tu..pengalaman manis ajar murid2 berkawat ,maklumlah x berapa tahu sangat sekadar asas2 je..hahaa..

Semoga Allah memberiku kekuatan,kesabaran dan kesihatan yang baik untuk meneruskan agenda2 yang telah dirancangkan.Juga dikurangkan bebanan masalah diri dan keluarga yang dipikul ini.YaALLAH tiada daya bagi ku hamya padaMU ke memohon keringanan masalah dan Rahmat berpanjangan.Ameen
Kata2 Perangsang ..ya aini u can do it...

Jumaat, Julai 09, 2010

Tetamu Bertandang lagi...

Guru Besar disisi Tn Timbalan Pelajaran Selangor di Surau Sekolah

Assalamualaikum sahabat yang diRahmati ALLAH semua.

Alhamdulilah dan selawat ke atas Rasulul Amin,bahagia pada hari Jumaat yang mulia ini kerana ia adalah hari yang sangat barakah dan penghulu segala hari-hari yang lain,Dan juga hari terakhir bekerja untuk merehatkan diri selepas penat bekerja lima hari..(x juga..kadang2 terpaksa buat kerja2 tambahan lain...rela tak rela ku buat juga..)uhh..

Bersyukur ku kerana dapat meneruskan hidup ini dan harungi perjuangan yang semakin mencabar dari hari ke hari..disamping kekuatan dan semangat tinggi yang di terima daripada teman2 tersayang membuatku semakin tabah dan ikhlaskan diri meneruskan misi ku..TERIMA KASIH sahabat2ku..Moga kalian di Rahmati ALLAH selalu.ameen

Hari ini ,sekolah ku menerima lagi kedatangan tetamu-tetamu yang hebat juga,ianya tak lain dan tak bukan kedatangan tetamu daripada Jabatan Pelajaran Selangor.Kehadiran mereka yang tidak disangka-sangka oleh semua warga sekolah.Walauapapun,kami mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan ke sekolah kami ini.

Rupanya kedatangan mereka ini ingin melihat perkembangan sekolah.Contohnya meninjau perjalanan SPBT sekolah dan lain-lain.Tetapi di antara mereka ada yang sempat juga ingin berjumpa dan memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6 sebelum mereka menduduki peperiksaan UPSR yang semakin hampir ini.Tetamu tersebut adalah Tn Shahshim Sham bin Harun (Pegawai Pelajaran Timbalan Menteri Pelajaran Selangor).

Tn Shahshim Shah telah memberi motivasi tersebut di surau sekolah pada jam 8.30 pagi selepas murid-murid mengerjakan solat Hajat.Sesungguhnya saya sempat juga mendengar ceramah ringkas beliau dan isi2 penyampaian beliau sangatlah terkesan di hati saya terutamanya apabila beliau menyentuh tentang tugas guru yang sangat hebat dan peranan murid-murid untuk menuntut nya secara habis-habisan dengan berbudi bahasa.Oleh itu,saya amat mengharapkan agar semua murid tahun 6 ini dapat mengambil pengajaran dari penyampaian beliau dan melakukan tindakan segera ke arah kecemerlangan diri.Apa apapun,Jutaan Terima Kasih kepada Tuan Shahshim Shah atas kesudian Tuan memberikan kata2 semangat kepada kami semua guru2 tahun 6 dan juga murid-murid.Insya ALLAH,mudahan kejayaan dalam pelbagai bidang menjadi milik kami pada tahun 2010 iniAmeen.
Tn Shahshim Shah sedang memberikan nasihat kepada semua murid thn 6/2010

Salam

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...