Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, November 19, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan & Pra sekolah 2009



Salam Nur kasih semua...

Alhamduliliah ,Hari Gemilang meraikan kejayaan murid2 sesi 2009 telah pun berjalan lancar...Sekalung penghargaan kepada yang terlibat....berikut adalah butiran program:

8.30 pagi - Ketibaan ibu bapa & penjaga murid
8.50 pagi - Ketibaan tetamu Kehormat
9.00 pagi - Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa(Ustaz Shamsudin b Che Hussin)
- Ucapan En.Mohd.Khaironi Shamsuri(Guru Besar SK.Ijok)
- Ucapan dan Perasmian oleh:Tn.Hj.Mohd Apandy b Hj Dahalan (YDP PIBG SK Ijok)
10.00 pagi - Persembahan Murid
- Penyampaian Hadiah
- Persembahan Murid
- Penyampaian Hadiah
12.30 tgh - Jamuan dan bersurai
SKI CEMERLANG TERUS GEMILANG.....

Ahad, November 01, 2009

Final Presentation CCLM2051/09



Day:Saturday Date:31.10.09 Venue:Admin TR7,IIUM,Gombak
Judges:Bro Shafiq together with 3 trainers from section 46,50 & 55
Participant: 27 students from section 45
Final Marks: 30

Kursus Pemurnian Program LADAP 2009



Salam semua...
Pada hari Isnin-Rabu (19hb-21hb Oktober 2009),saya bersama2 rakan setiausaha daeraj kuala selangor telah diminta untuk berkursus di Glory Beach Resort,Port Dickson bagi kursus yg bertajuk pemurnian data KMLDP khusus untuk setiausaha di 3 daerah iaitu daerah kuala selangor,kuala langat dan gombak..
Em,bagiku kursus ini adalah satu hadiah kepada kami setiausaha ladap 09 yg telah berusaha keras bagi melaksanakan program ini berjalan dengan lancar yang rasanya mendapat feedback hebat di kalangan semua guru untuk datang pada 7 kali berkursus setahun.
Dan pada tahun 2010,pengurusan LADAP ini akan dikemaskinikan dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Selangor telah pun memberi penerangan kepada kami bagi memurnikan dokumen2 LDP pada tahun hadapan.
Selepas balik dari kursus tersebut,saya telah pun memberi taklimat ringkas kepada semua guru mengenainya pada mesyuarat guru bil3(Khamis).Diharapkan penerangan ku itu telah dapat memberi penjelasan terang kepada mereka betapa pentingnya kursus LDP ini.

Bilik Jauhari -jQAF


Bilik Jauhari
Salam semua...
Segala pujian pada MU Ya Allah,sempat juga sepanjang minggu lepas iaitu(26hb-30hb 09) pada minggu peperiksaan akhir tahun 2009,kami semua guru panitia pendidikan Islam bertungkus lumus bersepadu melakukan gotong royong mengemas kini bilik jQAF (bilik Jauhari) kerana pemantauan dan pertandingan bilik jqaf akan diadakan di daerah kami.Justeru,agak kelam kabut jg kami dibuatnya ..yelah pada waktu yg sama peperiksaan diadakan dan pemantauan fail2 panitia jg telah diminta oleh pihak PPD agar dikemaskinikan.Tetapi berkat kerjasama antara kami semua keperluan2 yg diminta telah pun dapat kami sempurnakan.Diharap TUAH kemenangan berpihak kepada kami,ameen.

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...