Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, September 19, 2009

Salam Eidul Fitri Kareem 1430H

Salam kemaafan untuk yang mengenali diri ini...
May ALLAH Blessing us on the Syawal Mubarak Days 1430H


Insya-Allah sekolah ku akan mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 2 Oktober 2009 iaitu pada hari Jumaat selepas cuti sekolah ini.Selalunya majlis ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh warga sekolah Ijok kerana melaluinya dapat langsung mengeratkan hubungan sesama warga sekolah dan yang paling best dapat menikmati aneka juadah makanan hari raya..

Kami akan menyediakan 2 buah khemah untuk majlis pada kali ini.Pada tahun ini Panitia Agama Islam telah melakukan beberapa perubahan acara majlis atas permintaan beberapa orang guru kami yang ingin kami membuatnya setempat dan tidak perlu melakukan ziarah dari kelas ke kelas seperti yang sering dilakukan pada tahun-tahun yang lepas...

Justeru,adalah diharapkan pada tahun ini majlis Aidilfitri 1430H dapat disambut dalam penuh kesyukuran kehadratNYA.

Salam Nur Kasih dariKU..

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...