In My Mind..

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Ya Allah... hanya pada Mu tempat ku mengadu & memohon, kurniakanlah kepada ku ketenangan hati & perkhabaran gembira... Aamiin

SEDIKIT yang mengingatkan lebih baik daripada BANYAK yang melalaikan.MENSYUKURI sedikit NIKMAT Mengundang limpahan BERKAT - source: Solusi Magazine

Isnin, Februari 06, 2017

Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Pati Aduan Murid SKI 2017

Salam

Alhamdulilah Pagi tadi telah berlangsung program di atas dengan jayanya. Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah menjayakannya..

Aktiviti : Ucapan perutusan KPN,PDRM dan KPPM,KPM, Gimik Pelancaran Program Jom ke sekolah dan pelancaran Peti Aduan, Nyanyian lagu Jom Ke Sekolah dan Penyampaian Cenderahati


Antara tetamu-tetamu yang hadir ialah Pn Jamilah bt Nordin (Pegawai Rakan Kongsi Sekolah), Sarjan Majer Arsyad bin Rasidi dan Koperal Tuan Suriati bt Tuan Man ( Pegawai Perhubungan Sekolah), En Shahrulnizam bin Samsuddin (YDP PIBG SKI) dan Tn Mejar Kamaruddin bin Misran (Wakil PIBG SKI).

Ucapan-ucapan oleh SM Arsyad bin Rasidi dan En Shahidan bin Hj Said
Nyanyian lagu Tema JOM KE SEKOLAH

Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan

#seronoknyakesekolah
#janganpontengsekolah 

Jumaat, Februari 03, 2017

Program Jom Bantu Rakyat 2017 ... PM Berkunjung ke SKI

Salam.
https://youtu.be/czOUf5XAC2E

Alhamdulilah...satu pengalaman indah untuk saya apabila SKI menjadi tuan rumah untuk program Jabatan Perdana Menteri bagi daerah Kuala Selangor tahun 2017.

Terima Kasih Ya Allah..

Program Jom Bantu Rakyat daerah Kuala Selangor..
Alhamdulilah!!! semoga ianya menjadi anugerah untuk aktiviti kemajuan diri dan kemenjadian murid-murid SKI dalam melestarikan pendidikan abad 21..insha allah.

Sekitar foto majlis berlangsung:
Warga pendidik dan Kakitangan SKI bersama tetamu  kehormat : Perdana Menteri  dan Pegawai-pegawai KPM dan PPD Kuala Selangor
#alhamdulilah majlisberjalanlancar
#terimakasihPM dan pegawai-pegawai KPM/PPDkualaselangor
#selamatmajujayaSKI

Sebelum itu....
bersama teman-teman guru dalam persiapan majlis....
**************************************
 Surat Khabar bertarikh 4.2.2017/Sabtu

Ahad, Januari 15, 2017

Ladap : Pendidikan Abad 21

Salam
team bahasa Arab :Ustazah Aini,Ustazah Rina dan Ustazah Ida menerima cenderahati daripada GB atas pembentangan mikroteaching terbaik

Alhamdulilah,semalam 14.1.2017 telah diadakan Latihan dalam kumpulan yang bertajuk Pendidikan Abad 21.

Terdapat 4 Slot membincangkan berkaitan dengan pendidikan terkini dan diakhiri dengan pembentangan simulasi mikroteaching dan RPH matapelajaran oleh semua guru SKI mengikut subjek masing-masing...

Alhamdulilah, Tahniah untuk semua kumpulan atas pembentangan yang sangat memberi manfaat untuk saya dalam memantapkan kemahiran PdP di dalam kelas..Insha allah..

#selamatmajujaya

Khamis, Januari 12, 2017

Program Transformasi Diri Unit Bimbingan dan Kaunseling Tahun 6 2017

Salam

Sahabat yang dirahmati Allah,

Berlangsung pada hari ini program PTD Peringkat SKI di bawah selian Cikgu Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib selaku guru Kaunseling sekolah..


Semoga KECEMERLANGAN menjadi milik kami 6A UPSR Insha Allah ..aamiin

#selamatmajujaya
#journeyofdCHAMPION 6A UPSR 2017

Ahad, Januari 08, 2017

Perjuangan Bermula lagi...UPSR 2017

Salam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Dialog Prestasi guru-guru tahun 6 bersama ibu bapa pada 6 Jan 2017/Jumaat di Dewan Rafulin SK Ijok

Alhamdulilah dan Selawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad alaihissalam dan keluarga baginda..

ucapan GB
 ucapan Tn Mejar Kamaruddin (wakil PIBG SKI)

Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang diberikan kapada hambamu ini...sekali lagi saya diberi peluang untuk menerajui perjuangan anak-anak CHAMPION dalam skuad Kecemerlangan UPSR 2017.

satu lagi cabaran dan tugas berat untuk digalas olehku...namun atas rasa ingin melihat bangsa ISLAM ku maju kehadapan akan ku teruskan dan sahut mengikut kemampuan diri..Insha Allah..Semoga Allah membantuku..

Terima kasih pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan kepada ku..
guru-guru yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak Cemerlang tahun 6 2017

Semoga Kecemerlangan yang dirancang untuk  anak-anak UPSR tahun 2017 ini menjadi kenyataan dan kemenjadian murid kearah insan yang cemerlang dalam akademik dan cemerlang dalam akhlak dapat di realisasikan dan diterbitkan.

#journeyofdchampion 6A UPSR 2017
#gurukelas6USMdanmerangkapSETIAUSAHAthn 6
#selamatmajujaya

Jumaat, November 25, 2016

Kelas 6UIAM 2016

Salam
Hari terakhir anak-anak kesayanganku di SKI..25.11.2016/JUMAAT
#terimakasihsayangsemua
#selamatmajujaya
#journeyofdchampion 6A UPSR

Rabu, November 23, 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) 2016

Salam..
Sahabat yang dirahmati Allah..
Alhamdulilah ..hari ini selesai sudah majlis Tahunan HAK 2016 peringkat SKI..

Tahniah kepada semua murid SKI yang Cemerlang dalam bidang Akademik bagi sesi 2016.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya tadi..

#terimakasih Ya ALLAH
#journeyofdchampion 6A UPSR dahberakhir 2016
#selamattinggal anak2 6UIAM 2016
#selamatmajujaya
#ustazahsayangkalian...
all is well my dearest students !!